Jari-jemari runcingnya sibuk bermain dengan rantai kunci yang tergantung di beg tangan. Setiap kali dia menggerakkan jari, bunyi gemercik bergema hasil daripada objek logam itu berlaga antara satu sama lain. Malah, perbuatannya semakin asyik dan lincah seiring perjalanan masa dan pergerakan manusia yang tidak henti melintasi di hadapannya. Resah dengan ruang pejalan kaki dibanjiri manusia barangkali. Atau mungkin juga kesabarannya mula menipis setelah menunggu di situ hampir 30 minit. Batang hidung orang yang dijanjikan tidak kelihatan. Kepalanya sibuk tertoleh ke kiri dan ke kanan mencari empunya badan yang lewat dari masa yang dijanjikan.
Ding!
Cepat-cepat dia membuka zip beg dan mengangkat keluar telefon pintar itu setelah mendengar pesanan masuk.
' Sorry, ada emergency. Fea, you can chill out dekat kedai mana-mana dulu sebelum I sampai. See you there soon.'
Dia tersenyum kelat. Mesej dibalas kemudian telefon pintar kembali ke dalam poket beg tangan. Dia mula mengatur langkah mencari kedai untuk membasahkan tekak. Sebuah kafe berdekatan mencuri tumpuannya.
Lantas dia membuat pesanan di kaunter dan mencari meja kosong. Keadaan kafe agak lengang walaupun pada hari minggu. Mungkin kafe ini baru dibuka. Dia mengambil tempat duduk di meja kosong yang bertentangan dengan seorang lelaki di meja seberang. Lelaki itu sendirian di meja, membaca sebuah buku dengan tenang. Matanya tertumpu pada bahan bacaan yang berada di tangan lelaki itu. Itu buku yang ditulisnya! Terus pipinya berona merah padam. Segan dan tak sangka akan menemui pembaca penulisannya yang tak seberapa itu.
Dia segera melarikan pandangan, tak mahu diketahui dia adalah penulis buku itu. Setelah minumannya sampai, dia menyibukkan diri dengan membaca e-book.
" Sofea!" Yana, kenalannya yang juga seorang penulis di bawah penerbit yang sama dengannya akhirnya tiba.
Tergopoh-gopoh Yana berjalan sehingga tidak tengok ke kiri dan kanan. Akibatnya dia terlanggar seorang pelanggan lelaki yang mahu menuju keluar dari kafe. Mereka berlaga bahu dengan agak kuat sehingga buku milik lelaki itu tercampak ke lantai dan mendarat di tepi kaki Sofea.
Segera dia membongkok untuk mengutip buku itu, tapi helaian muka surat yang terselak itu membuat dia terkedu. Dia mengopak helaian itu lebih besar sehingga sekeping kertas kecil berwarna merah jambu kelihatan lebih jelas. Benar, itulah nota yang ditulisnya untuk teman maya yang dikenalinya melalui Facebook!
" Saya minta maaf sangat-sangat, encik. Saya tak perasan awak depan saya."
Suara lantang Yana membawa dia kembali ke realiti. Lelaki itu kini mendekatinya, cepat-cepat dia menutup buku itu rapat dan menghulurkan kembali kepada pemiliknya. Muka ditunduk dan dipalingkan ke sisi. Kalau boleh dia mahu sorok muka bawah meja sambil hulur buku, sungguh dia tak mahu lelaki itu melihat wajahnya. Reaksinya itu seolah lelaki itu mengenali siapa dirinya. Entah kenapa dia bertindak sebegitu, padahal mereka tak pernah bersua muka.
" Terima kasih."
Hanya suara itu melalui ke gegendang telinga. Mendengarkan langkah kaki si jejaka kian menjauh, dia mengangkat muka. Dia memandang lelaki itu yang semakin jauh berlalu. Dalam hatinya sedikit terusik. Padahal mereka sering berbual di social media sejak empat bulan yang lalu. Tapi, dia tidak berani bersua muka walaupun dia ingin saling menyapa secara bersemuka.
" Sofea, jom." Yana mengajak.
" Ya, ok."
.......
" Juna, awak ada mana?"
" Saya otw datang. Ada kat traffic light sekarang, lagi lima minit saya sampai."
" Okay, hati-hati memandu."
Panggilan ditamatkan, beg roda ditarik. Di pertengahan jalan, dia berhenti.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...