Selepas Nadim bertolak ke tempat kerja, aku mempunyai rancangan tersendiri. Iaitu sambung tidur! Aura pagi-pagi yang sejuk nilah yang buat aku lebih liat nak bangun dari katil. Tilam dan bantal yang empuk, tambah pula dengan hujan lebat membasahi bumi pagi ni. Fuh! Sedap tidur macam ni.
Sedang mata terkatup rapat, memori indah berbunga semalam datang menyapa. Sudahnya, aku terkekek sendiri di atas katil sambil menendang-nendang udara seperti remaja yang dilamun cinta.
Akibat perangai tak semegah ini, aku tak sengaja melanggar susunan buku di tepi katil. Jatuh berteraburan semuanya. Senyuman masih kekal di wajah ketika aku menunduk untuk mengutip sepahan buku sehingga sebuah buku usang mencuri perhatian.
Bukan sekadar buku biasa, tapi diari milik Sofea. Diari berkulit keras berwarna ungu itu dibuka sehelai demi sehelai. Sebelum ni, aku tak nak tengok langsung helaian ini sebab aku benci dengan kewujudan dia. Rimas dengan kelemahan yang dipamerkannya. Buat aku muak!
Tapi pemikiran itu sudah berubah. Aku mendapatkan tempat yang selesa di atas katil. Setiap baris ayat dibaca dengan teliti.
Tak ada apa yang baru, semuanya luahan akan masalah yang aku dah tahu kecuali...
Stalker?
Ayatnya berbunyi,
Aku tahu apa yang dirasai bukan sekadar perasaan. Dia memang ada, mengekori jejak langkahku. Bersatu bersama bayang-bayang kegelapan, bersama langkah yang ringan bagai angin.
Tetapi siapa dia? Apa tujuannya?
Aku menyedari kewujudannya, cuma aku sering kurang pasti. Sejak tiga bulan lalu, bukan? Tidak... Sejak tiga tahun lalu.
Dia sudah lama wujud di antara sedar dan tidak. Tidak membawa bahaya mahupun kesenangan. Dia bukan sekadar bayangan perasaan, tapi bersembunyi di sebalik bayang!
Ia berakhir di situ hanya dengan satu helaian sahaja. Belakang muka surat yang dikoyak memberi tanda tanya.
Ni bukan mamat yang dah melingkup dalam penjara tu ke? Takkanlah, sebab dia baru je di hantar oleh Erin. Jadi ini stalker 2.0?
......
PAKK!
Air di dalam cawan turut berkocak hasil gegaran daripada tanganku bertemu permukaan meja secara kasar.
Nadim terhinjut bahunya, matanya bundar memerhatikan aku dari hujung meja dengan kebingungan.
"Oh, sorry. Tak sengaja."
"A-ahaha. You feeling good, Shah?"
"Nah, I'm good." Balasku senada. Air dihirup perlahan.
"Maksudnya... Yes... Or no?"
Kemudian satu memori lama menjeguk masuk. Umairah pernah tersebut pasal stalker ni, tapi dia tak mahu panjangkan sebab...
"Kenapa? Kau betul okay ni? Macam tak je." Aku memerhati Nadim tajam untuk beberapa seketika.
Cawan dibawa jauh dari bibir, aku berfikir sejenak. Kemudian, aku menarik kerusi dan dibawa betul-betul di hadapan Nadim. Dia kelihatan masih kebingungan dengan tindak balasku yang tidak menentu.
Seraya aku melabuhkan duduk di kerusi, aku memandang tepat ke mata Nadim. Kedua belah tangan direhatkan ke atas meja, tubuhku sedikit ke depan meja, menunjukkan penuh minat.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...