Bab 24 - Ibuku

1 0 0
                                    


“Hai, Aishah. Ingat ibu lagi?”

Duniaku seakan berhenti seketika. Peluh merenek perlahan di dahi. Perasaan seram sejuk menyirap keseluruh tubuh.

Senyuman dibibirnya sentiasa buat aku tak selesa.

“Kenapa sayang ibu, cat got your tongue?”
“I-ibu buat apa kat sini?”

“Ibu nak jumpa anak ibu, tak boleh ke? Aishah tak jumpa ibu langsung lepas berkahwin.” Matanya dilirik dingin ke Nadim.

“Tak nak kenalkan ibu pada suami Aishah?”

Aku masih terdiam. Seribu kata mati dibuah fikiran. Aishah yang selalu petah berbicara membidas kata cacian kini terdiam rapuh.

“Assalamualaikum, ibu. Saya Nadim Sukma, suami Aishah.” Nadim menghulurkan kedua tangan.

Doktor Balqis memandang rendah dan angkuh menantunya. Lama dia biarkan huluran tangan itu tergantung sepi. Ketika Nadim hampir menarik kembali tangannya, akhirnya tangan itu disambut bersama sekeping senyuman sinis.

“You've got good taste.” Ujarnya kepadaku. Kemudian dia menghampiriku dan memandang tepat ke dalam anak mataku.

“He’s as beautiful as death.” bisiknya dengan intonasi yang hanya mampu didengariku.

“Ibu buat apa kat sini?” Nadim cuba berbasa-basi.

“Ibu datang cari sesuatu yang hilang.” Dia merenungku selamba.

“Ibu ada nak pergi mana-mana ke lepas ni? Kalau tak ada, jemputlah datang ke rumah kami.” Terus aku menjeling Nadim setelah pelawaan itu dibuat. Nak plan tak ajak aku!

“Tak apa ke? Tak menyusahkan?”

“Tak adalah. Kami pun tak ada hal mustahak pun, alang-alang nak balik rumah terus.”

“Baguslah macam tu.”


......


Jari-jemari bergeliang-geliut dengan gelisah. Bebola mataku kerap kali dikerling ke arah Nadim di dapur. Katanya nak sediakan snek je, apa yang lama sangat? Ambil kerepek tu hidang atas pinggan je.

Aku memandang ke depan semula, mendapati ibu juga turut memerhati menantunya. Lama dia mengekalkan poker face, menyukarkan aku membaca apa yang dia sedang fikirkan pada satu-satunya menantunya. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri dan beralih pandangan kepadaku.

“Do you love him, Aishah?”

“Ha? Kenapa ibu tanya macam tu?”

Pertanyaanku dibalas dengan tenungan ibu yang kelihatan cuba membaca isi hatiku. Aku memandang ke arah Nadim sekilas. Pada waktu yang sama juga dia tiba-tiba menoleh sehingga mata kami bertentangan. Jantungku seraya berdetak aneh. Terus aku mengalihkan pandangan dan menekur meja.

“Nampaknya ya.” Ibu tersenyum kecil.

Cawan teh dibawa ke bibir. “Good for you.”
Aku masih menunduk.

“Finally, a man can enter your heart other than your dead old man.”

Kepalaku diangkat untuk bersemuka dengan ibu. Keningku berkerut.

“Itu suamimu, ibu. Sanggup ibu gelar begitu pada suami sendiri.”

“Itu dulu. Dia hanya suamiku dalam kisah lama yang sekarang tinggal memori semata. Dia bukan lagi suamiku, kami bercerai mati! Lelaki itu bukan lagi sesiapa bagiku.” Sinis senyumannya bersama jawapan bernada angkuh.

“Ibu!” Aku terbangun dari dudukku.
Aku mengerling Nadim didapur. Nasib baik suara kami tidak sampai kepadanya.

“Sudahlah, Aishah. Ibu tidak datang ke sini untuk berbicara soal lelaki itu. Ibu datang ke sini untukmu.”

Perlahan-lahan, aku berlabuh ke kerusi semula.

“Bagaimana perkahwinan Aishah? Semuanya baik-baik saja?”

Aku diam. Perbualan tadi masih menganggu fikiranku.

“Apa Nadim melayanimu dengan baik, Aishah?”

“Ya! Nadim sangat baik pada Shah. Sungguh baik dan adil sehinggakan Shah rasa Shah tak layak memiliki dia. Dia suami yang mengambil berat, bertanggungjawab dan prihatin. Sama seperti arwah ayah pada ibu.”

Dalam sesaat aku dapat melihat kocakan pada wajahnya yang kemudian hilang bagai air yang tenang di balik senyuman sinis.

“Itu yang dilihat di matamu ya, Aishah? Teruskanlah melihat dunia dengan cara begitu. Jadilah isteri yang taat itu pada suamimu. Aku gembira melihatmu bahagia. Ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.” Dan senyumannya kali ini memberi kegerunan dalam jiwaku.

Aku kembali memandang Nadim. Di mana kau ketika aku memerlukanmu, Nadim? Sungguh aku tak mampu berdepan dengan wanita ini sendirian.

Dan apa yang dilihat aku buat aku geram. Kau tahu dia buat apa? Dia sedang potong angin dengan pisau. Tak ada apa pun atas papan potong tu, dia berlakon sibuk saja rupanya. Sungguh suami mithali! Lepas ibu balik, aku akan berleter sampai bernanah telinga dia.

“Ah, laparlah pula.” Ibu bersuara tiba-tiba.

“Nadim?” Mendengar panggilan ibu, segera dia menoleh.

“Ya, ibu?”

“Ibu lapar. Boleh Nadim tolong belikan makanan?”

“Sure! Ibu nak makan apa?”

“Anything light tapi mengenyangkan.”

“Kalau ibu lapar, Shah boleh masakkan.” Aku mempelawa.

“No, I crave outside food.” Suaranya lembut tapi bernada arahan.

“Tak apa, Shah. Aku pergi beli. Kau nak makan apa?”

Aku menggeleng perlahan.

“Apa-apa je eh? Okaylah, sembang-sembanglah dulu, saya pergi keluar dulu.”

Aku menghantar pemergiannya dengan mata.

“Ibu.”

“Apa? Kan Aishah bernikah tak minta restu ibu, if he wants my appoval, this is the least he can do. Bukan begitu?”

Dia kembali bersandar pada kerusi.
“Ibu nampak Aishah beberapa minggu lepas. Dekat sebuah kafe dengan kawan-kawan, Aishah.”

Kawan-kawan? Aku jarang lepak dengan orang lain selain Maira. Siapa yang ibu maksudkan?

“Ibu ingat nak tegur Aishah, tapi nampaknya berbincangan kamu nampak serius. Jadi ibu cuma memerhati dari jauh.” Pandangannya dilontarkan ke kawasan belakang rumah yang tersusun dengan beberapa jenis pokok bunga.

“Dan salah seorang kawan Aishah menarik perhatian ibu.” Dia memandangku semula. Matanya tajam menikam.

“Kalsom Binti Uda.”

Ha? Siapa pulak. Tak kenal nama Kalsom ni.

“Ayahnya, Uda antara customer penting yang berurusan dengan ibu.”

Ibu mengeluarkan sekeping fail dari beg tangannya dan menyerahkan padaku.
Aku mengambilnya tanpa ragu dan membuka isinya. Maklumat yang tertera di dalamnya memberiku kejutan. Ini nama sebenar perempuan itu?

“Macam mana ibu boleh dapat maklumat ni?”

“You know ibu suka mencari tahu perihal dengan siapa ibu berurusan. Ibu terkejut juga nampak Aishah mesra dengan anak perempuan dia.”

“Kami bukan rapat pun.”

Aku meletakkan fail itu di atas meja semula.

“Oh ya? Baguslah kalau macam tu. You need to be careful with that snake family.”

Oh ya, perihal ibuku. Dia merupakan pembekal bahan terlarang, dadah kepada organisasi gelap. Lapan tahun lalu, aku bertugas sebagai penghantar bekalan kepada mereka yang membayar ibuku.

Hidupku ketika itu terasa jijik dan kotor dikelilingi oleh manusia yang dahaga akan harta dunia. Aku akan berselubung seluruh tubuh dengan pakaian gelap sehingga aku disangka sebagai lelaki. Kadangkala, pembeli akan cuba membunuhku setelah aku berjaya sampai ke lokasi mereka bagi menjaga rahsia mereka. Anehnya aku masih bernafas sehingga ke hari ini.

“Ibu masih buat kerja tu semua?”

“Pekerjaanku sekarang bukan keinginan, tapi keperluan. Keluar dari pekerjaan ini, aku perlu membayar dengan nyawaku sendiri.”

Aku tidak mahu terlibat lagi dengan semua ni.

“Sekali kamu berada di haluan ini, kamu takkan dapat keluar selamanya.”

Aku seram-sejuk dengan jawapan yang keluar dari bibirnya.

Apa dia cuba menarik aku kembali bersamanya untuk melakukan hal yang sama seperti dulu?

......

“Hati-hati pulang, ibu.” Nadim menghulurkan tangan untuk bersalam.
Sekali lagi ibu biar tangan ibu tergantung lama sebelum menyambutnya.

“Dah tentu.” Dia memandang kepadaku pula.

Tangannya dibuka memintaku datang kepadanya. Aku menghampirinya dengan kekok. Ibu mendakapku erat. Aku membalas pelukan itu walau hatiku tawar sekali.

“If you need my help, I'll always open my arms to you, my dear Aishah. Come to me, I won’t abandon you.” Dia berbisik padaku.
Pelukan kami terlerai. Sehingga pacuan empat roda milik ibu menghilang dari pandangan, barulah nafasku dilepaskan.

“Shah, kau okay?”

Aku memandang Nadim. Wajah itu memberi aku ketenangan. Aku tersenyum.

“Okay, alhamdulillah.”

Dia membalas senyumanku.

“Sekarang ni, apa kau buat kat dapur tadi? Potong bawang halimunan?”

Nadim menelan liur.

“Haha!”

.......

Bungkusan plastik dan beg kanvas yang dipenuhi bekalan harian disusun dengan elok di bonet kereta. Bahan basah pula diletakkan di dalam bekas polisterin untuk mengelakkan air hanyir tumpah merata. Selesai semuanya, bonet ditutup rapat.

Sedang menuju ke pintu kereta, sempat aku mendail nombor telefon milik Nadim. Malangnya panggilanku masuk ke peti suara.

Nadim meminta aku masuk kereta duluan kerana dia mahu ke tandas. Aku mematikan panggilan dan menarik pintu di bahagian pemandu. Nadim tak suka aku memandu bila dia ada bersama, katanya aku bawa macam pemandu f1, nak luruh jantungnya di sebelahku. Ah, siapa suruh dia tak munculkan diri lagi, biar aku yang pandu.

Belum sempat kaki melangkah masuk ke dalam perut kereta, satu bayang susuk manusia yang terpantul di cermin kereta kelihatan sedang berdiri di belankangku.

Segera aku menoleh pantas, serentak dengan itu, satu libasan cota melepasi kepalaku dan mendarat di pintu kereta.
Bumbung kereta yang menjadi mangsa sasaran itu kemek, termasuk tingkap hadapan kereta yang sedikit retak akibat gegaran yang terhasil.

Hanya seinci saja kepala aku hampir dihentam senjata tumpul itu. Nasib baiklah aku sudah terbiasa dengan serang hendap, mengelak serangan ini bukan masalah.
Tapi ada satu masalah, aku terhimpit di ruang kecil untuk mengelak dari serangan seterusnya.

Si penyerang itu berpakaian ganas dengan gabungan jeans koyak dan jaket kulit. Wajahnya terlindung di sebalik topeng muka bersama polarized sunglass. Tubuhnya kekar dan tinggi. Semestinya seorang lelaki.

Setelah berjaya mengepungku di bucu, dia muka mengangkat tinggi cota. Sedang aku bersedia menangkis serangan itu, satu susuk tubuh manusia memayungiku dari lelaki itu.

Nadim sudah tiba, dengan tangannya kini mengunci pada cota itu menghalangnya dari terus mendekatiku.

“How you doing, sweetheart?” senyuman terukir dibibirnya bersama renekan peluh di dahi.


She as HerWhere stories live. Discover now