Bab 8 - Lover?

5 3 0
                                    

Sepupu Nadim datang petang tu. Arjuna dah cabut awal selepas Subuh lagi. Yang tinggal Cuma kami perempuan berempat.

" Mawar!!"

" Fila!"

Fila melanggar bahu aku untuk memeluk Mawar. Minta maaf pun tidak. Aku bagi bombastic side eye.

Juita dan umi saling bersalaman dengan saudara-mara mereka.

" Sofea."

" Ya, umi?"

" Ni Wany. Anak saudara umi yang sebaya dengan kamu."

Seorang perempuan bertudung memandangku atas bawah. Orangnya sedikit berisi tetapi masih mempunyai tubuh yang dikatakan ideal. Bak kata orang putih, thicc gitu. Dan tatapan matanya sungguh tajam.

" Wany kenal Sofea lagi kan?"

Wany mengangguk malas. Wajahnya menunjuk kurang minat.

" Pak Cik mana, Mak Cik Rina? Tak nampak pun."

" Pak Cik kamu biasalah, mana lekat kat rumah. Ada saja mesyuarat dengan kawan-kawan dia. Kamu pergilah rehat bilik Juita dengan Mawar. Mesti penat jalan jauh kan?"

Anak-anak gadis tersebut mula bergelak tawa dalam perjalanan menuju ke bilik. Aku menghantar pemergian mereka dengan ekor mata.

Nampak aku tak berganjak, umi menegur.

" Sofea? Kenapa tak ikut sekali? Boleh kamu berkenal-kenal dengan mereka semua. Jangan jadi kera sombong."

" Umi nak buat air ke? Shah boleh tolong."

" Umi nak buat teh. Kamu tolong potongkan kek buah yang Wany bawa tadi. Ada kat atas meja."

Aku menurut. Selepas siap potong, aku susun atas pinggan kaca. Lepas tu, aku kena hidang ke anak dara sekalian di tingkat atas.

Mereka semua berkumpul di dalam bilik tidur Mawar. Suasana di dalam sungguh riuh rendah. Kehadiran aku pun tak mampu membawa ketenangan di dalam ruang bilik yang saling sambung menyambung dengan gelak tawa.

" Kenapa Arjuna tak ada? Kata dia cuti lama kali ni kan?" Wany merugut.

" Abang Arjuna dah keluar awal pagi tadi. Matahari tak naik lagi dia dah lari. Dia kata kita ni bising, nanti ganggu ketenteraman dia. Huh!" Mawar mencebik.

" Buat apa aku datang sini dari Melaka, kalau dia tak ada? Ingat datang sini boleh jumpa dia. Dahla setiap kali raya dia bukannya balik pun."

" Alah, kalau tak ada Arjuna pun kami ada. Kami boleh ceriakan kau juga." Seorang gadis berambut merah menjawab. In case orang tak tahu, itu hasil hair bleach. Mananya Melayu asli punya rambut berwarna itu.

" Betul tu, Wany. Kita lama tak jumpa."

Hmmph! Kau orang buat apa? Aku datang sini sebab Arjuna saja. Buang masa aku je drive jauh-jauh, orang yang ingin ditatap tidak ada. Wany merungut sendiri dalam hati.

Acah busy hidang teh, sedangkan aku sibuk tadah telinga dengar perbualan hangat ni. Wany menyimpan perasaan pada Arjuna rupanya. Wahh! Menarik ni.

Lepas aku letak talam, dua tiga pasang mata tertumpu padaku. Dia punya tengok macam boleh tembus lazer kat jantung aku.

" Kak Fea jom la duduk sini sekali." Mawar mempelawa.

" Tak apa lah, akak ada hal."

Aku cepat-cepat blah. Walaupun hati mahu kekal disitu, akal berbicara tidak! Nak je aku kepoci dengar gosip percintaan di antara persaudaraan ni. Tapi apakan daya, tahu sangat ada yang tak berkenan dengan aku dalam tu. But I don't care.

She as HerWhere stories live. Discover now