Dalam kehidupan ni, apa yang aku mahukan?
Bahagia, ketenangan dan cinta?
Atau... Sekadar masih bernafas?Aishah namaku, tetapi lebih dikenali sebagai Shah. Umur 18.
Apa kelebihan yang aku ada?
Pintar? Keputusan SPM-ku ke laut. Rupawan bukanlah gelaran yang sesuai untukku. Aku tahu beberapa seni bela diri.
Tidaklah sehebat tok guru, tapi mampu menewaskan segelintir musuh. Ketinggian yang sederhana, tidak terlalu tinggi mahupun terlalu rendah, cuma 168cm. Otot-otot tambahan yang tidak terlalu kekar ini juga sudah cukup sempurna menambah kekuatan dan fleksibiliti tubuhku terutama dalam melakukan aktiviti lasak dan seni bela diri.Mungkin... aku bukan sekadar mampu, tetapi lebih dari itu. Extraordinary. Sering kali aku mendengar sebaris perkataan itu keluar dari bibir beberapa mereka sama ada kawan atau lawan. Kehadiranku tidak disenangi mereka yang tidak sepihak. Seperti yang dikatakan mereka, aku senjata bagi ibuku, Dr Qis.
Sebahaya taring musuhku, bahaya lagi senyuman Dr Qis. Setiap kali wanita ini senyum, aku akan merana. Mastermind yang sungguh bijak memanipulasi keadaan untuk kelebihan dirinya.
Kerana dia, aku mahu lenyap... Bukan dari dunia, tetapi hanya dari pengawasannya.
Alangkah bagusnya kalau aku boleh hilangkan segala memori pahit dan mulakan hidup baru. Bukan sebagai Shah tapi sebagai orang lain.
Aku memejam mata. Kemudian menarik nafas panjang dan dilepaskan bersama keluhan berat. Aku cuba menenangkan fikiran dari masalah yang membebani, fizikal dan mental.
Angin menyentuh luka dibahagian kulit terbuka yang terhasil daripada pertembunganku dengan dua lelaki yang dihantar oleh musuh Dr Qis. Rasa sakit luka ini perlahan-lahan memudar. Degupan jantung terdengar kuat di halwa telinga. Segalanya menjadi gelap gelita...
Eksistensi berganti mimpi,
Lautan biru berubah hitam pekat,
Nafas tersekat di dada,
Laungan suara berganti dengan ribuan buih yang menyesakkan, menenggelamkanTangan dilontar ke arah cahaya di atas,
Namun yang mencapai ialah rerambut panjang dari dasar lautan,
Menarik dengan daya yang mengatasi kekuatan tubuh manusia,
Tubuh terasa kaku dan membekuAku tenggelam semakin dalam bersama nafasku yang kian memudar.
Mata dicelik kembali, nafas beralun kencang. Aku tercungap-cungap kembali menarik nafas dan menyedut oksigen semahu-mahunya. Sungguh nikmat bernafas itu besar sekali. Peluh merenek di dahi dan leher. Aku mengalami semula sleep paralysis setelah bertahun lamanya, mengerikan!
Aku mengelap peluh di dahi. Ketika aku mula mendapatkan semula diriku dari mimpi buruk, aku menyedari sesuatu yang aneh. Bilik yang aku sedang beristirahat ini bukanlah kamarku.
Maka, aku di mana?
Aku menoleh ke sekeliling bilik memerhati setiap penjuru ruang yang begitu asing pada pandangan. Degupan jantung yang mulai reda kembali mengepam laju apabila adrenaline dilepaskan semula ke seluruh tubuh menyebabkan aku kembali panik.
Di fikiranku cuma satu, aku berada dalam tawanan musuh. Apa mereka menangkapku ketika aku terlena semalam? Tetapi bilik ini kelihatan terlalu selesa untuk dikatakan sebagai bilik tawanan.
Aku menolak semua prasangka ke tepi dan segera turun dari katil. Aku bahkan tidak peduli kepala yang berpinar dan terus mencapai tombol pintu. Pelik, badan aku rasa lemah longlai semacam. Kaki aku macam taugeh, kepala lutut macam skru longgar.
Aku abaikan hal tu, ada yang lebih penting untuk aku beri perhatian sekarang. Iaitu keselamatan aku. Telinga ditekapkan ke pintu, sunyi nampaknya di luar tanpa sebarang pergerakan atau suara asing. Macam peribahasa air yang tenang jangan sangka tiada buaya, walaupun maksudnya tak ada kaitan tapi sekarang rumah yang tenang jangan sangka tiada orang .
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...