AMARAN PEMBACA!
Episode ini mengandungi unsur gangguan seksual yang boleh trigger sebilangan pembaca. Sila skip jika menganggu.
________________________
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni selera makan aku berkurang. Natijahnya, berat badan aku menyusut dengan banyak. Sekarang Nadim berusaha sedaya upaya memaksaku makan. Suapan demi suapan singgah ke mulutku.
“Erk!” Krim kek ditempek ke hidungku dengan sengaja.
“HAAHAHHAAHHAHAHA!” Nadim ketawa besar, punya suka dia bila aku terpedaya dengan trick simple dia.
Aku cuba bersihkan sendiri, tapi semakin comot jadinya. Ketawanya terburai lagi. Air mata di hujung mata di seka, lalu dibawa tangan itu ke mukaku. Dia membersihkan krim yang tersisa, sempat juga dia memicit hidungku.
Aku tampar lengannya dengan lembut. Ketawa kami sambung menyambung. Tetapi kertawaku mati segera apabila mata aku bersambung dengan tenungan sepasang mata dingin. Baik, aku lupa kami bukan berdua tetapi bertiga semeja.
Arjuna memandang kami berdua dengan pandangan yang sama ada menyampah atau sakit hati, aku tak pasti. Boleh jadi keduanya sebab dia adalah bekas kekasih Sofea. Tak tahan dengan adegan kami, dia segera bangun beredar.Selepas sisa makanan dihabiskan, aku segera menyelesaikan tugas membersihkan meja makan. Ketika aku menuju ke dapur bersama pinggan mangkuk, aku dikejutkan dengan kelibat manusia tinggi lampai. Selepas satu tegukan secawan minuman, dia berhenti setelah melihat aku.
Dia pandang pinggan di tangan dan muka aku bersilih ganti.
“Oh, saya halang jalan ke?” Dia berganjak dari singki. “Maafkan saya, ADIK IPAR.” Sindiran hujung ayat tu buat telinga aku berdesing. Aku menjeling tajam dan lalu melepasinya.
Nak tambah sakit hati, dia tak beredar pun dari dapur. Tak apa, berdirilah kau macam tunggul kat situ, aku tak heran. Selagi kau tak kacau aku, aku tak kesah.
“Selepas bersweet kat meja makan tadi, suami kesayangan kau tinggal kau seorang ja buat kerja mencuci ni? Baiknya suami mithali kau tu. Bagus sangat, kau adalah contoh isteri syurga.”
“Nadim pergi masjid dengan abi, malam ni ada ceramah. Betullah cakap kau, dia lelaki mitahli, waktu-waktu macam ni elok ada kat masjid. Bukan macam kau, duduk sini peluk tubuh sibuk menyindir orang.”
“HA! Aku memang tak pernah pergi masjid, suami kau seorang je yang paling alim. Dia ja yang rajin jejak kaki ke masjid, kerja pun bersungguh-sungguh nak beri nafkah pada buah hati dia. Tapi, pada masa yang sama dia boleh ada kat sebelah kau 24/7, sepanjang masa. Sebab itulah abi sampai kena ajak dia sendiri ke masjid.”
“Apa yang kau mengarut ni?”
“Oh, sorry. Dengar mengarut ya? Maaflah, tadi dinner aku tak boleh nak lahap makan sebab ada pemandangan yang buat aku hilang selera makan. Mungkin sebab tak makan tadi, otak aku tak betul sikit.”
“Oh, and— tolong basuh ni sekali alang-alang kan.” Dia campak cawan ke dalam singki kemudian berjalan pergi dengan kereknya.
Aku tak tahu punca kenapa Sofea putus dengan mamat ni kalau dia masih sayang padanya walaupun selepas berkahwin. Buktinya, Sofea simpan gambar mereka bersama dalam peti berkunci. Apa pun jawapannya, itu adalah keputusan yang baik. Boleh sakit jiwa kalau bersuamikan lelaki macam ni.
.....
Aku tak boleh menafikan, kata-kata Arjuna ada benarnya. Azan sudah berkumandang, tapi Nadim masih melekat pada kerusinya dengan mata tertacap pada skrin tablet. Aku tahu kerja, tapi tak salah tinggal sekejap saja untuk solat berjemaah. Nak kata dia sibuk, tidak sebab dia ambil cuti tiga hari. Bunyi moto buruk abi mula kedengaran, Nadim masih di tempatnya.
YOU ARE READING
She as Her
RandomSofea, Cinderella moden berkerjaya sebagai seorang penulis. Si rupawan yang sering dipergunakan kerana dia begitu baik hati dan lemah lembut. Aishah pula saling tak tumpah macam kakak tiri Cinderella, kasar dan berhati batu. Siapa saja yang cuba men...