IRIS POV's
Aku melihat papa sedang berborak dengan Encik Awang dan biarkan aku tertunggu seorang diri diluar. Aku cuma mengintai disebalik cermin kaca bilik pengetua untuk mendengar perbualan mereka berdua.
Papa melangkah keluar dari bilik pengetua itu dengan wajah yang sedang menahan kemarahan .
Ya, aku tahu papa marahkan aku atas apa yang aku telah lakukan tapi aku tak kesah bagi aku ini sahaja cara aku untuk mendapatkan perhatian daripada papa.
END POV's
TUAN YUSOF POV's
Aku agak kesal dengan kelakuan anak perempuan aku . Apa salah aku ketika mendidiknya dahulu sehingga dia menjadi seorang pemberontak ? Adakah kerana aku terlalu sibuk dengan kerja sehingga aku tidak mengenali isi hati anak aku sendiri? Iris kenapa kamu berubah jadi seorang pemberontak selepas pemergian mama ? Adakah kerana mama sahaja tempat Iris bergantung ?, bagaimana dengan papa ? Bukankah seorang ayah tempat bergantung anak perempuannya?
END POV's
AUTHOR POV's
Banyak persoalan Encik Yusof kepada anak perempuannya, Iris tapi hanya dipendam sahaja. Si bapa yang menyoalkan perubahan anaknya namun si dara melakukan itu semua untuk mendapatkan perhatian si bapa walau perkara b0d0h sekali pun dia tidak peduli lagi . Baginya itu sahaja cara dia agar dapat melihat bapanya peduli akan dirinya.
END POV's
++
Encik Yusof menyuruh Iris naik ke dorm dan mengemas pakaiannya untuk mengikuti Encik Yusof ke KUDRAT. Iris hanya akur kerana malas membantah . Setelah selesai Encik Yusof menolong Iris mengangkat beg pakaian serta barangnya masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta;
"Kenapa dengan Iris ni? Sampai buat macam tu sekali ? Kenapa Iris pukul anak dato tu? Apa yang dia dah buat sampai Iris bertindak buat perkara macam tu?"
Soal Encik Yusof tidak henti kepada anaknya namun Iris hanya menayangkan riak wajah yang biasa sepertinya dia langsung tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku.
Setelah lama mendiamkan diri, Iris akhirnya membuka mulut menjawab persoalan Encik Yusof .
"Papa, Iris bukan sengaja. Iris pukul betina tu bersebab lah paa-"
Tidak sempat Iris menghabiskan katanya Encik Yusof terlebih dahulu menyelit
"Apa yang bersebabnya Iris? Papa tak nampak sebab tu yang papa nampak KAMU SENGAJA BUAT SEMUA TU KAN ! INGAT MILEA IRIS KAMU TU ANAK DARA BUKAN ANAK JANTAN YANG TAK HABIS-HABIS BERGADUH! KAMU NI-"
Tidak sempat Encik Yusof selesai dengan kata-katanya Iris memotong terlebih dahulu percakapan papanya.
"Ya Iris tahu papa Iris bukan anak jantan tapi Iris buat bersebab papa, bersebab!!"
"Apa sebabnya? Sebab kamu memang suka menyusahkan hidup papa ke Milea?
Iris yang pada mulanya tidak mahu berlawan mulut dengan Encik Yusof kini mula dikawal api kemarahannya sendiri saat mendengar kata bapanya itu . Tanpa berfikir panjang dan terikut perasan amarahnya dia terus lantang bersuara menjawab soalan papanya.
"IRIS BUAT SEMUA TU SEBAB PEREMPUAN TU HINA IRIS , DIA CAKAP IRIS NI PEMBAWA SIAL SEBAB TU IRIS TAK ADA MAK , ADA BAPAK PUN SIBUK MEMANJANG DENGAN KERJA TAK FIKIRKAN IRIS. DIORANG CAKAP IRIS NI ANAK BAWA SIAL PAPA TAHU TAK!? , OH LUPA.... MANA PAPA TAHU PAPA ASYIK SIBUK DENGAN PANGKAT PENGETUA PAPA JA KAN?"
Balas Iris dengan nada marah. Dia seakan-akan disampuk hantu , tidak dapat menahan kemarahannya sehingga mengeluarkan semua yang terbeku dihatinya selama bertahun-tahun.
"Lagi satu papa jangan pernah panggil Iris dengan panggilan Milea sebab panggilan tu hanya untuk orang istimewa dalam hidup Iris sahaja dan yang pasti papa tak termasuk"
Encik Yusof yang mendengar kata-kata anak gadisnya itu hanya mendiamkan diri. Dia mula sedar dia adalah punca Milea Iris satu-satunya anak gadisnya berubah dari seorang anak gadis yang manis dan riang menjadi seorang anak yang memberontak .
++
Perjalanan dari Cameron Highland ke Ipoh mengambil masa 2 jam lebih . Sepanjang perjalanan Iris dan papanya tidak bercakap masing-masing dengan dunia sendiri . Iris memilih untuk duduk di tempat duduk belakang sambil melihat permandangan di tepi tingkap kereta sehingga tertidur.
TBC.....
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
Roman d'amourABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...