8

559 26 4
                                    

Sejak dari kejadian malam itu hubungan Iris dan Kahar semakin rapat . Iris mula merasa selesa bersama Kahar walaupun ramai yang membawa mulut tentang Kahar seorang yang bersikap kurang baik tetapi bagi Iris , Kahar masih ada sisi baiknya hanya ego Kahar sebagai 'anak jantan' dan pantang di cabar itu yang merubahnya . Apatah lagi kalau dicabar oleh orang seperti Fakhri itu menjadi-jadilah sifat anak jantannya .

++

Hari ini tiada kelas kerana semua sedang sibuk mengemas barang untuk pulang ke rumah yang dirindui . Hanya Iris yang tinggal di dormnya oleh kerana Encik Yusof masih banyak urusan yang perlu diselesaikan. Nasib Iris baik kerana Ayam juga tidak pulang pada cuti sem ini.

Iris menuju ke dorm Kahar untuk berjumpa dengan Kahar . Mereka semakin rapat sekarang. Kadang-kadang Kahar sendiri yang mencari Iris di bilik tetapi kali ini Iris sendiri yang rajin untuk mencari Kahar di dormnya.

Pintu bilik dorm mereka diketuk oleh Iris . Iris sangkakan Kahar yang bakal membuka pintu namun rupanya Hakeem yang membuka pintu.

"Lah... aku ingat siapa tadi rupanya kau Iris. Kahar awek kau datang nii"
"Awek? Eyy siapa awek dia? Aku kawan dia lah bangang"
"Ehh... setepek erk kena? Alaaa dah hari hari jumpa tak kan bukan awek kut? Kalau tak awek pun tak kan la tak ada perasan langsung ? Kahar tu hensem apa tapi tak boleh lawan aku lah"

"geram je aku dengan si toyol pendek ni"
Iris bermonolog dalam hatinya.

Tetapi ada betul juga kata Hakeem . Hari makin hari hubungan mereka semakin rapat namun Iris sendiri tidak dapat menilai status hubungan mereka berdua yang sebenarnya apa? Bercinta? Tidak mungkinlah, tetapi mereka berdua saling memerlukan antara satu sama lain entahlah rasanya seperti tidak lengkap jika Kahar tiada sehari pun.

"Ish kau bising lah. Dah tepi jangan kacau awek aku"

Kahar memang suka memanggil Iris sebagai kekasihnya , mungkin juga memang itu yang dia maksudkan selama ini .

"Dah jom sayang kita gerak"

Kahar meletakkan tangannya di bahu Iris.

Wajah Iris mula memerah mendengar panggilan sayang yang dipanggil oleh Kahar namun dia masih mencuba untuk menyembunyikannya.

"Ehh...apa kau ? Suka hati ja kau ingat bahu aku tempat letak tangan kau?"

"Memang bahu kau khas untuk aku ja , Abdul Kahar Abu Yamin"

Iris terkaku mendengar jawapan dari Kahar. Dia hanya menatap Kahar yang tersenyum bangga di hadapannya . Tanpa sedar Iris sedang dibuai lamunannya .

"Kalau nak bersemut jangan depan ni nanti gatal badan aku kena gigit semut dah gi main jauh-jauh sikit"

Kata Hakeem sebelum dia menutup pintu bilik dorm mereka

++

Di belakang Dewan Makan

"Kahar kau balik mana cuti sem ni?"

Iris bertanya pada Kahar sambil menyandarkan kepalanya dibahu Kahar.

Tabiat barunya sejak mula rapat dengan Kahar, dia memang suka sandarkan kepalanya dibahu Kahar . Iris merasa selamat apabila dekat dengan Kahar dan merasa tenang setiap kali dia menyandarkan kepalanya dibahu Kahar.

"Entah lah, aku malas nak balik Kelantan jumpa bapak aku."

Kahar membalas soalan Iris sambil bermain helaian rambut Iris.

"Habis tu kau balik mana?"
"Aku balik rumah sewa yang bapak aku dah sewakan untuk aku. Aku tahu dia benci tengok aku sebab tu dia sewakan rumah untuk aku, lagi pun aku tak kesah aku selesa duduk situ tenang tak ada lah aku kena hadap dia"

Hubungan mereka juga semakin rapat kerana nasib mereka yang hampir sama. Iris yang merasa tersisih kerana papanya sibuk kerja dan merasa kurang kasih sayang dari papanya manakala Kahar pula merasa tersisih kerana ayahnya selalu membandingkan dirinya dengan abang-abangnya.

"Ouh aku ingat kau stay sini je"
"Asal kau takut rindu aku ke Iris?"

Kahar senyum sinis seolah mengejek Iris.

"Rindu kau? Lambat lagii la gilaa!"
"Alaaa kau Milea ego sangat . Susah sangat nak mengaku yang kau tak boleh hidup tanpa aku"

Mendengar kata Kahar membuatkan Iris terdiam seketika sambil menatap wajah lelaki itu.

"Memang aku tak boleh hidup tanpa kau , kau umpama cahaya yang menyinari jalan gelap aku , Kahar . Kalau aku boleh cari seribu satu alasan untuk berhenti dari terus hidup maka kau adalah sebab aku tidak mencari alasan dan memilih untuk terus hidup"

Iris hanya mampu bermonolog dalam hatinya sendiri . Dia masih malu mengungkapkan bertapa penting Kahar dalam hidupnya . Namun tanpa sedar dia , dia telah mengelamun sambil memandang Kahar.

"Oii aku cakap dengan kau , boleh pulak kau mengelamun tengok aku. Aku tahu aku hensem, Milea"

Mendengar kata Kahar membuatkan Iris terus sedar dari lamunannya tadi.

"Eyy perasankan kau ni Kahar? Lagi satu kan aku dah cakap jangan panggil aku Milea!"

"Tapi aku nak panggil juga"

Iris membalas dengan riak wajah yang menyampah.

"Dah lah aku blah dulu"

Tak sempat Iris bangun , Kahar terlebih duhalu menarik lengan Iris untuk duduk semula.

"Tunggu lah Milea aku ada benda nak cakap ni"
"Apa kau nak cakap gila?"
"Ahad ni jom keluar. Aku ambik kau keluar kita pergi lepak luar , boring lah asyik lepak belakang DM je"
"Biar aku fikir dulu"

Iris bangun dan bergerak pergi tetapi Kahar menahannya dengan menarik tangan miliknya.

"Milea please kali ni ja"

"Ish yalah sebab kesian ja aku setuju . Dah tepi aku nak balik"

Iris pura-pura terpaksa padahal jauh di sudut hatinya dia meronta-ronta gembira.

Iris pura-pura terpaksa padahal jauh di sudut hatinya dia meronta-ronta gembira

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC....

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now