6

549 32 0
                                    

Seperti biasa selesai dari kelas Iris akan balik ke dormnya semula kemudian mandi dan berehat . Dia termenung seketika sehingga terlena dibuai mimpi.

++

Tekaknya terasa kering yang membuatkan dia terjaga dari lenanya.

"Haus pula tekak aku ni"

Iris memaksa diri bangun dan mencuci wajahnya dengan air untuk segarkan diri. Iris bersiap-siap turun mencari vending machine . Sesampai di vending machine dia mengeluarkan duit dan memilih tombol air tin 'ice lemon tea' , air kegemarannya sejak kecil lagi.

Dia duduk di bangku yang disediakan sambil meminum air itu . Sekejap saja dia sudah hanyut dalam lamunan sendiri . Dia memikirkan kata-katanya yang tidak sengaja dia lemparkan kepada Encik Yusof semasa hari pertama Iris tiba di KUDRAT. Rasa bersalah mula menghantuinya , hatinya terasa tidak tenang mengenangkan bertapa tidak sopan kata yang dia lemparkan apatah lagi dia seorang anak perempuan.

Jadi Iris memutuskan untuk berjumpa dengan Encik Yusof di pejabat dengan niat ingin meminta maaf.

++

Iris berjalan ke pejabat menuju ke bilik Encik Yusof . Dia mengetuk pintu bilik Encik Yusof .

TUKKTUKTUK!!

"Masuk".

Iris membuka pintu dan tersenyum pada papanya, tetapi dia melihat Encik Yusof masih sibuk menguruskan fail-fail kerja yang berselerak di atas mejanya.

"Ehh...Iris, kenapa ni ? Ada masalah ke?"

"Tak ada apa papa , sebenarnya Iris nak minta maaf atas apa yang Iris cakap dekat papa haritu , Iris tak ada niat pun papa . Minta maaf ya papa"

Iris melemparkan senyuman manis pada Encik Yusof tetapi Encik Yusof hanya menganggukkan kepalanya tanpa melihat langsung ke arah Iris.

"Papa dengar tak Iris cakap ni? Papa? papa? Pa-"

Encik Yusof memotong percakapan Iris dengan nada yang agak serius.

"Milea Iris papa busy nii kejap lagi lah ya Iris"

Iris mula merasa marah kerana dia merasakan Encik Yusof terlalu sibuk sehingga tiada sedikit masa untuknya.

"PAPA! Please fokus on me. Papa ni selalu pentingkan kerja tak pernah fikir pasal Iris. Kalau arwah mama ada mesti mama sedih dengan perangai papa yang tak ubah-ubah nii!!"

Iris melenting seperti disampuk hantu , entah kenapa dia tidak dapat menahan amarahnya apabila Encik Yusof selalu mementingkan kerja dengan alasan untuk masa depan Iris  .

Bagi Iris masa depannya sudahpun gelap sejak mamanya pergi tinggalkan dia . Iris hanya teruskan hidup kerana dia tahu dia tiada pilihan lain selain hadap sahaja semuanya.

"Iris papa buat semua ni untuk masa depan Milea Iris, papa nak yang terbaik untuk-"

Tidak sempat Encik Yusof habiskan percakapannya Iris memotong dengan bantahannya .

"Masa depan? Papa masa depan Iris dah gelap sejak mama pergi! IRIS TERUSKAN HIDUP SEBAB IRIS MASIH HIDUP! IRIS tak ada arah lepas mama meninggal , papa pulak langsung tak kesah pasal Iris . Iris hilang tempat bergantung papa. Bukan harta yang Iris nak sekarang , Iris cuma nak masa dengan papa itu je papa. Mahal sangat ke masa papa untuk anak papa ni?"

"Milea papa minta maaf sayang"

Encik Yusof cuba memujuk Iris tapi hatinya sudah berdarah diguris dengan sikap papanya sendiri yang tidak ubah-ubah.

"JANGAN PANGGIL MILEA, nama tu hanya khas untuk mama ja . Papa tak ada hak untuk panggil Iris dengan panggilan tu . Papa lupa sebabkan papa mama MATI!. Iris benci papa . Papa tak pernah berubah , Iris umpama pengemis yang mengemis untuk dapatkan kasih sayang ayah sendiri.!"

Tidak sempat Encik Yusof memujuknya , dia terus berlari keluar dari pejabat milik Encik Yusof . Hati Iris sakit dengan perbuatan papanya .

"Salahkah aku sebagai anak yang nakkan sedikit kasih sayang seorang ayah?" 

Iris bermonolog dalam hatinya. Air matanya yang mula mengalir diseka kasar olehnya

++

Dia duduk di kerusi belakang dewan makan sambil menangis. Kali terakhir Iris menangis hanya kerana pemergian mamanya tetapi kali ini dia menangis lagi kerana Iris merasakan seakan jauh dengan papanya sendiri. Kemesraan antara dua beranak itu semakin pudar . Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa hitam itu di mana punca mama mati.

++

FLASHBACK

"Milea cepat kita nak gerak dah nii!!!"
Jerit mama memangil aku di atas.

"Ye, mama kejap Milea nak turun dah ni"
Aku cepat-cepat turun tangga dan pergi ke kereta .

"Ha Milea masuk cepat kita kan nak suprise kan papa"

Aku ingat lagi hari tu 17/7 hari lahir aku yang ke 12 tahun . Papa tak dapat sambut hari lahir aku kerana sibuk bekerja , aku agak sedih tapi mama cakap aku boleh sambut di tempat kerja papa . Mama seronok tengok aku yang teruja untuk sambut hari lahir aku dengan papa. Ya, aku memang rapat dengan papa dulu tapi entahlah kenapa semuanya berubah.

Semasa perjalanan , kami terlalu seronok sehinggakan mama tak perasan ada sebuah kereta dengan pemandu mabuk , memandu laju ke arah kami . Tak sempat mama mengelak dari kereta itu dan akhirnya menyebabkan kereta kami bertembung dengan kereta itu . Kepala aku terhentak kuat sehingga aku merasa sakit , mama pula kakinya tak boleh bergerak kerana patah .

"Sayang bangun, Milea cepat keluar dari sini"
"PERGI MILEA IRIS PERGIII!!!"

aku terus keluar tetapi mama tak dapat keluar kerana kaki mama sakit dan pintu arah mama tersekat . Aku cuba memujuk tapi mama marah dan mengarah aku pergi. Semasa aku berlari pergi aku mendengar kereta itu meletup kuat di depan mata aku sendiri.

Sejak itu aku mula salahkan papa kerana papa masih memilih untuk kerja walaupun dipujuk mama untuk meminta cuti sehari sahaja semperna hari lahir aku. Sekarang aku kehilangan mama pada hari lahir aku yang ke 12 tahun.

Aku mula kecewa dengan papa kerana semasa menguruskan jenazah mama, papa tak dapat datang kerana kerjanya dan hanya mewakilkan atok dan nenek sahaja. Aku kecewa dengan sikap papa. Papa semakin sibukkan diri lepas mama tiada sehingga meninggalkan aku di rumah atok dan nenek. Aku membesar menjadi remaja yang dahagakan perhatian dan belaian dari seorang lelaki bernama ayah.

End flashback .

End flashback

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC....

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now