Semua sudahpun pulang dari kem bulan madu dan berehat . Pagi itu Iris bangun untuk mandi tetapi kepalanya masih sakit .
"Aduh malas la nak pergi kelas kalau macam ni , kepala pun sakit semacam ja ni dah kenapa. Baik aku mandi lepas tu turun klinik minta MC ja senang"
++
Sesampai di klinik , Iris melihat ramai form4 yang sakit ada juga yang muntah tidak berhenti entah kenapa dia sendiri pun tidak tahu.
Mata Iris memandang tepat ke arah Fakhri dan Ayam.
Iris mula risau apabila melihat keadaan Ayam yang sudah tidak bermaya, dia menghampiri mereka berdua.
"Fakhri kenapa dengan Ayam ni?Ayam kau okay tak?"
Fakhri memandang Iris seolah dia masih marahkan Iris.
"Kau tanya lah kapla kesayangan kau tu apa dia dah buat sampai semua form4 jadi macam ni. Apa yang kau nampak dekat Kahar tu? Aku tak nampak baik dia pun yang aku nampak jahat dia ada la lagipun dia tu tak jujur dengan kau Iris , dia tu nak mainkan kau ja. Aku takut kau menyesal nanti tapi mungkin kau yang buta agaknya ."
Mendengar kata-kata Fakhri yang menghina Kahar buatkan hati Iris sakit. Dia tidak suka apabila ada sahaja orang yang bercakap buruk tentang Kahar. Dia berdiri memandang Fakhri tepat mencuba menahan amarahnya tetapi tidak mampu lagi dia kalah dengan perasaan amarahnya sendiri.
"Kau Fakhri kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik kau diam."
Iris mengatur nafasnya menenangkan diri sendiri sebelum menyambung percakapan dia semula.
"Kau nak tahu sangat kenapa aku pilih Kahar?"
"Ya, memang aku nak tahu sangat sebab aku tak nampak apa-apa yang baik dekat Kahar"
"Aku pilih Kahar sebab dia tak macam kau, pengecut. Kau ingat aku tak tahu ka sebab apa kau selalu tumbuk dinding tu? Kau tumbuk dinding tu sebab hati kau ni lembik tak cukup kuat nak hadap sakit . Ya aku akui Kahar tu bukan baik sangat pun but at least dia tak selfish macam kau yang rasa kau tu la mangsa sampai tak fikir keadaan orang sekeliling kau terutamanya abang kau sendiri Naim. Aku tak suka hidup dengan orang pengecut , lembik and selfish macam kau, faham."
Iris terus keluar dari klinik dan menuju ke biliknya semula . Dia malas untuk fikirkan semua itu , dia hanya baringkan badan di atas katil dan termenung melayani sakit kepalanya. Apatah lagi dia tiada kelas hari ini kerana semua sibuk menguruskan pelajar yang sakit untuk dihantar ke hospital.
Sementara itu dia yang baru sahaja mahu melelapkan matanya tiba-tiba terhenti apabila terdengar pengumuman pengetua yang memanggil nama Kahar.
"Abdul Kahar bin Abu Yamin sila ke perjabat sekarang"
Iris bangun dari lamunannya. Segera keluar menuju ke pejabat. Semasa perjalanan ke sana dia terdengar pelajar form 2 bercakap tentang semua yang sakit tadi.
"Kesian semua senior form 4 sakit"
"tapi aku dengar ada sorang tu dari form5 nama dia Hakeem"Terdengar itu , langkah Iris terus terhenti.
"Hakeem sakit juga? Aduh aku kena pergi melawat dia" dia bermonolog dalam hati.
Iris berpatah balik ke klinik semula mencari keberadaan Hakeem.
"Hakeem kau okay? Macam mana sekarang sakit lagi ke?"
Tanya Iris penuh kerisauan pada Hakeem kerana selain Ayam , Hakeem juga kawan rapatnya.
"Lah Iris risau juga kau dekat aku. Aku sihat ja dah makin sembuh".
"Mesti lah aku risau gila, kau kawan aku Hakeem. Lagi pun masa dekat kem haritu kau selalu jaga aku".
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomansaABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...