15

444 22 14
                                    

Iris sudah siap untuk pergi ke dataran seperti yang sudah dijanjikan. Dia hanya mengenakan hoodie berwarna putih bersama seluar cargo hitam.

Iris sedang menunggu ketibaan Kahar menjemputnya supaya mereka dapat turun bersama. Kahar agak lambat dari waktu yang dijanjikan dengan Iris yang membuatkan Kahar agak terburu-buru menuju ke bilik Iris seraya mengetuk pintu bilik Iris berharap gadis itu tidak marah padanya.

Iris bangun seraya memulas tombol pintu. Dalam hatinya tuhan sahaja tahu bertapa dia marah akan Kahar yang lambat menjemputnya.

"Haiii sayang dah siap ka?"
"Aku dah lama siap kau yang lambat kahak"

Iris menjeling Kahar menandakan dia sememangnya sedang marah dengan Kahar.

"Sorry lah aku tertidur tadi . Dah jangan lah jeling aku jom kita turun"

Kahar menghulurkan tangannya yang di sambut Iris . Sepanjang perjalanan ke dataran Kahar memegang erat tangan milik gadis itu. Mereka berdua tidak kesah lagi jika dipandang orang sekeliling. Bagi mereka biar sahaja semua orang tahu tentang hubungan mereka.

++

Sesampai di dataran mereka memilih tempat dan duduk disitu . Kahar mendekatkan bahunya dengan kepala Iris mungkin dia tahu yang Iris suka sandarkan kepalanya di bahu Kahar . Iris perlahan-lahan menyandarkan kepalanya dibahu Kahar dan menikmati detik bahagia ini.

Namun , entah kenapa hati Iris merasa tidak sedap hati seolah seperti sesuatu yang buruk bakal terjadi.

Baru sahaja cerita bermula tiba-tiba skrin terpadam, semua mula bising tidak berpuas hati.

Iris melihat Fakhri berjalan ke arah hadapan skrin . Fakhri seolah mahu memberitahu sesuatu.

"Maaf mengganggu semua aku cuma nak bagi pengumuman sikit, khas untuk Iris dan mungkin juga untuk Kapla kesayangan kita"

Fakhri tersenyum sinis . Matanya tepat bertembung mata helang Kahar.

Iris memandang Kahar hairan manakala Kahar sudah mengetap rahangnya kuat seolah menahan api amarah yang membuak-buak dalam dirinya.

Firasat Iris memang benar ada sesuatu yang buruk bakal terjadi tapi dia tidak faham apa yang Fakhri cuba sampaikan sebenarnya.

"Aku nak bagitahu kau sesuatu yang Kahar simpan rapi dari kau Iris. Kau masih ingat hari Kahar kena tampar dengan bapak dia tu? Sebenarnya masa tu aku ada jumpa Kahar untuk cabar dia settle dengan aku. Kau tahu Iris? dia setuju dengan aku dan dia mempertaruhkan kau sebagai ganjaran. Benda yang penting kau patut tahu ! AKU YANG MENANG MASA PERTARUHAN TU DAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN KAU AKAN JADI MILIK AKU SEKARANG BUKAN KAHAR LAGI!! DAN KORANG SEMUA PATUT TAHU YANG KAPLA KORANG NI BUKAN GENTLEMAN ! DIA TAK BERPEGANG PADA JANJI DIA"

Semua pelajar KUDRAT sedang berbisik antara satu sama lin sambil memandang ke arah Iris dan Kahar.

Iris terkejut dengan apa yang dikatakan Fakhri itu. Dia memandang Kahar yang hanya tertunduk memandang ke bawah tidak berani memandang wajahnya.

Iris tidak percaya lelaki dihadapannya sekarang telah mempertaruhkan dirinya hanya untuk puaskan perasaan amarah Kahar sendiri. Dia kecewa dengan Kahar kali ini, Iris tidak sangka orang yang dia sayang melukainya dengan cara ini.

Dia bangun seraya beredar dari situ. Kahar pula mengejar Iris dari belakang seraya menahan gadis itu dari pergi.

"MILEAA TUNGGU DULUU!!" Kahar memegang erat tangan Iris untuk menahan jalannya

Saat itu Iris cuma ingin pulang ke biliknya. Perasaannya bercampur-baur sehingga tidak dapat dia gambarkan perasaannya saat itu.

Rasa kecewa dalam dirinya semakin dalam apabila mengingati semula kata-kata Fakhri yang masih berlegar dalam benak fikirannya. Hatinya pula sakit dan kecewa dengan tindakan Kahar.

PHC: Kahar & Milea love story Where stories live. Discover now