Kahar menerima hukuman gantung sekolah atas kesalahannya. Iris pula? dia tentunya tidak setuju , entahlah tetapi kalau boleh dia tidak mahu jauh dari Kahar. Dia merasa selamat dekat dengan Kahar. Bagi Iris , Kahar sudahpun menggantikan tempat papanya itu.
Iris berjalan ke belakang dewan makan untuk berjumpa dengan Kahar sebelum dia pulang .
++
"Kahar"
"Ye , Milea kenapa?"Iris menatap Kahar seraya memeluknya. Berat hatinya untuk melepaskan Kahar pergi. Dia tahu hukuman apa yang akan menanti Kahar disaat pulang nanti . Tanpa sedar air matanya mula pecah di dalam dakapan Kahar. Kahar hanya membiarkan air mata Iris membasahi bajunya sambil mencuba menenangkan Milea .
"Hey Milea , kenapa ni? Jangan risau pasal aku. Aku tak boleh lari nak tak nak aku kena hadap juga ayah aku tu, lagi pun aku kuat untuk kau. Kau alasan untuk aku terus hidup"
Perlahan-lahan Kahar meleraikan pelukan itu seraya mengusap lembut pipi Iris yang dibasahi air mata . Cara Kahar melayani Iris bak seorang puteri yang membuatkan Iris rasa disayangi sepatutnya Encik Yusof yang melayaninya bergitu. Iris sangat takut untuk kehilangan Kahar.
"kalau aku, alasan untuk dia terus hidup maka dia adalah salah satu sebab dari seribu satu alasan untuk aku tidak berhenti dari terus hidup".
"Kau akan balik sini semula kan?"
"Ye aku akan balik sini semula. Kau jangan fikir banyak la Milea. Kau jaga diri okay"
"Yalah"
"Aku minta Hakeem untuk jagakan kau sementara aku tak ada kat sini. Aku ada juga minta tolong Naim untuk tengok kan kau takut adik dia , Fakhri tu buat hal dekat kau"
"Yalah , kau ni Kahar, aku boleh jaga diri aku lah."Kahar tersenyum sambil membelai lembut rambut Iris.
"Aku pergi dulu okay sayang, aku sayang kau , Milea "
Iris hanya membalas dengan senyuman manis miliknya. Kahar pula hanya membalas senyuman Iris semula , dia tahu Iris tidak akan membalas ayat terakhirnya.
Bukan Iris tidak mahu membalas cuma mungkin bukan masanya lagi, terlalu awal untuk dia ungkap semua itu.
Iris melambai tangannya kepada Kahar sebelum dia pergi, perlahan-lahan dia melihat jejak Kahar hilang dari pandangan matanya .
++
Iris berjalan semula untuk balik ke biliknya tetapi semasa perjalanan dia ke bilik dihalang oleh satu sosok lelaki yang memegang tangannya.
"Iris, aku nak bercakap dengan kau sekejap"
Fakhri memegang tangan Iris . Iris hanya mengikut kehendak Fakhri kerana Iris masih sayangkan persahabatan antara dia , Ayam dan Fakhri .
"Kau nak apa lagi Fakhri?"
"Iris aku dah lama nak cakap benda ni dekat kau yang aku sebenarnya...."
"Sebenarnya apa Fakhri?"
"Aku sebenarnya....suka kau Iris"Sudah Iris sangka semua ini, kalau tidak untuk apa Fakhri tiba-tiba melenting bila dirinya mula rapat dengan Kahar . Tapi Iris tidak mampu memaksa perasaannya untuk menerima Fakhri . Dia tidak boleh menipu perasaannya sendiri yang dia hanya menganggap Fakhri hanya sekadar kawan biasa.
"Fakhri cukup lah , kau tahu apa perasaan aku sebenarnya pada kau kan? Hanya sekadar kawan."
"Tapi Iris , tak boleh ke kau bagi aku peluang ? Kalau Kahar boleh pula kan kau bagi dia peluang tapi aku tak boleh?"Sakit hati Iris mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fakhri. Entah bagaiman cara untuk dia beritahu Fakhri agar Fakhri faham yang dia sayangkan Kahar.
"Fakhri! Cukup lah tuu. Kahar lain , dan kau lain. Aku kenal kau sebagai seorang kawan dan aku anggap kau sebagai seorang kawan lah tak lebih dari. Dah lah Fakhri aku pergi dulu"
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...