Sedang dia termenung melayani perasaannya ada seseorang datang memberikan dia sehelai tisu . Sosok seorang lelaki yang gagah , ya orang itu ialah Kahar.
"Nah ambik tisu ni , lap hingus kau tu geli aku tengok"
Dalam saat seperti ini pun lelaki itu masih mencari cara memulakan perang mulut mereka . Iris menjeling ke arah Kahar seraya mengambil tisu itu.
Iris menatap Kahar seketika , mungkin dia tidak percaya Kahar bertindak bergini mungkin juga dia terlalu memandang Kahar sebagai seorang yang dia benci sehingga tanpa sedar lelaki ini ada disaat dia memerlukan seseorang untuk menemaninya.
" kau okay tak? Kenapa kau nangis? Ada orang kacau kau ha?"
Wajah Kahar yang kerisauan itu dapat dilihat jelas oleh Iris. Kahar seolah-olah risau dengan keadaan Iris yang sedang menangis.
"Tak ada sesiapa nak kacau aku selain kau Kahar"
Dia tersenyum kecil dengan kata-kata Iris. Kali pertama untuk Iris melihat senyuman ikhlas dari Kahar yang menampakkan gigi taring miliknya menambahkan lagi manis senyuman itu.
"Aku tahu senyum aku limited tapi janganlah tengok aku lama sangat"
"Asal?"
"Takut kau jatuh hati nanti"
"Tak ada masa aku nak jatuh dekat kau, kalau nak jatuh pun aku bangun balik"
Kahar ketawa kecil dengan kata-kata Iris sebelum dia kembali serius seperti biasa.
"Kenapa dengan kau Milea?"
Tanya Kahar dengan nada serius seraya mengambil tempat di sebelah Iris.
"Kau ni aku dah cakap kan jangan panggil aku Milea , panggil aku Iris."
"Kalau aku tak nak"
Iris malas melayan telatah Kahar, dia bangun seolah ingin pergi dari situ namun Kahar menahannya dengan memegang erat pergelangan tangan Iris.
"Iris duduk la, cuba kau cerita dekat aku kenapa dengan kau?"
Iris mengalah , dia mengambil semula tempat duduk di sebelah Kahar.
"Entah , cuma aku dari kecil lagi di besarkan tanpa kasih sayang seorang ayah. Bila besar aku jadi perempuan yang haus kasih sayang seorang lelaki , aku nak rasa dilindungi macam budak perempuan yang lain juga ke aku yang terlalu mengemis kasih sayang dari seorang ayah ? Papa aku selalu sibuk dengan kerja dia terutama lepas arwah mama meninggal dia makin sibuk sampai abaikan aku . Aku dapat rasa hubungan aku dengan papa semakin renggang dari hari ke hari . Aku cuma nak rasa bahagia, salahkah orang macam aku nak rasa bahagia ? Tak layak ka aku ?."
Kahar menatap Iris sambil mengesat lembut air mata yang membasahi pipi Iris. Tanpa sedar pipi Iris mula memerah entah kenapa dengan tindakan Kahar itu yang membuat wajah Iris berubah merah.
"Kau buat apa ni ?"
Dia menepis tangan Kahar seraya menyorokkan wajahnya yang kemerahan.
"Aku lap air mata kau tu , asal kau blushing ka?"
Kahar tersenyum memerli Iris
"Mana ada"
balas Iris cuba menyorokkan wajahnya."Eleh tak payah sorok la aku nampak muka kau merah"
"aduh boleh pulak mamat kahak ni perasan muka aku merah."
Iris bermonolog dalam hatinya.
"Ishh diam lah kau kahak"
"Oo..kalau aku kahak kau tu milah"Kahar tersenyum sinis mengejek nama Iris
"Ish dah lah kau malas aku layan kau"
Iris bangun dari tempat duduknya . Tidak sempat dia mengatur langkah Kahar terlebih dahulu menarik tangannya dekat dengan Kahar. Mata mereka berdua saling menatap satu sama lain. Mereka sangat dekat sehingga Iris dapat mendengar jelas hembusan nafas Kahar.
"Iris , kau berhak bahagia. Siapa cakap kau tak layak bahagia? Dulu mak aku selalu cakap kalau kita masih hidup sampai sekarang maksudnya ramai orang sayangkan kita."
Lembut tangan Kahar mengatur helaian rambut Iris yang menutup wajahnya akibat deruan angin malam.
"Ramai sayang aku ? Siapa ja sayang aku hah?"
Iris bertanyakan pada Kahar tetapi Kahar hanya tersenyum sebelum menjawab soalan Iris. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga Iris seolah ingin berbisik sesuatu.
"aku, aku.....sayang....kau Milea Iris"
Sebelum Kahar melangkah meninggalkan Iris, dia sempat mengusap lembut ubun kepala Iris seraya menayangkan senyuman manis miliknya . Kahar melangkah pergi meninggalkan Iris yang masih terkaku dengan tindakan drastik Kahar.
Muka Iris pula mula terasa bahang memerah seperti tomato membuatkan Iris terus memegang kedua-dua belah pipinya . Setelah Kahar berlalu pergi dia baru teringat yang dia tidak berterima kasih kepada Kahar yang telah memberikannya tisu tadi.
"KAHAR!! Terima kasih untuk tisu nii"
"Sama-sama sayangku"
balas Kahar singkat namun tuhan sahaja tahu bagaimana perasaan Iris saat itu. Selepas kelibat Kahar hilang dari pandangan matanya. Iris terus balik ke dorm semula kerana sudah lewat lagi pun dia letih dan perlukan rehat .
AUTHOR POV's
Tanpa Kahar dan Iris sedar perbualan mereka tadi diperhatikan dari jauh oleh Fakhri. Fakhri hanya mengetap bibir menahan amarahnya melihat Kahar dan Iris yang mesra bersama , perasan cemburu dan iri hati hadir dalam dirinya .
"Kau tunggu apa aku akan buat dekat kau, Kahar ! Berani kau rampas Iris dari aku. Kalau aku tak dapat Iris tak ada sesiapa boleh dapatkan dia!"
Fakhri berkata dengan penuh dendam.
TBC....
YOU ARE READING
PHC: Kahar & Milea love story
RomanceABDUL KAHAR||MILEA IRIS Apakah yang bakal terjadi bila dua musuh jatuh cinta pada gadis yang sama. Siapa yang dapat si gadis? Dan siapa pilihan hati si gadis? "Pernyataan aku mencintaimu adalah pernyataan yang berlaku tidak hanya di hari itu tapi j...