BAB 7

259 10 1
                                    

TELEFON PINTAR milik Arsy berdering meminta diangkat. Arsy mengerut dahi. Siapa pulak telefon kita ni? Arsy melihat gerangan tersebut. Lah! Cinta kita rupanya yang telefon! Panggilan tersebut diangkat.

"Assalamualaikum sayang.. I mintak maaf sebab tak call sejak kebelakangan ni". Pujuk Zhain dengan suara yang lembut . Kesah pulak kalau kita ni merajuk dengan dia.

"Hmm". Balas Arsy dengan nada merajuk. Kalau tak call boleh jer message dia kata busy sikit ni tak tau tau dah hilang begitu sahaja.

"Petang ni I bawak you date dekat pantai nak?" Zhain masih lagi berusaha untuk memujuk Arsy.

"Apa dia? Boleh ulang semula?" Ujar Arsy dengan ceria. Dia suka kalau di bawa ke pantai. Dan dia bukan jenis yang suka shopping. Terus hilang rajuknya dengan Zhain.

"Yer sayang.. I nak ajak you keluar date petang ni dekat pantai my dear". Kata Zhain dengan lembut sambil tersenyum manis membayangkan wajah Arsy yang menatapnya.

"Betul ker ni!! Wahh bestnya..ok lah kalau macam tu dah hilang lah merajuk". Ujar Arsy dengan keriangan. Dia suka kalau orang bawa dia pergi ke pantai. Baginya tempat itu boleh menerangkan fikiran.

"Nanti I amik you datang amik you kat rumah. Ok sayang nanti kita jumpa bye!". Kata Zhain sambil tersenyum manis mendengar buah hatinya sudah tidak merajuk dengan dia lagi.

Dia memang tahu Arsy bukan wanita yang merajuk lama sangat. Paling lama Arsy pernah merajuk hanya 10 jam selepas itu Arsy sudah tidak merajuk lagi. Senang bukan??

"Ok bye jumpa nanti". Ujar Arsy sebelum menamatkan call itu. Dia berjalan ke arah wardrobe dan memilih baju yang sesuai.

"Ummi?" Suara Arsy merata seluruh rumah memanggil ibunya. Namun hampa ibunya tiada. Dia berjalan keluar rumah dan menuju ke satu taman.

Baru dia ingat selalu jika ibunya tiada dalam rumah dia akan berada di taman. Mana nak ingatnya dia duduk kat luar negara setahun kot.

"Ummi?" Panggil Arsy kearah ibunya. "Yer Angah kenapa panggil Ummi?" Tanya ibunya Puan Adriena. Dia preparing untuk melihat wajah anaknya.

"Angah nak mintak izin keluar dengan Zhain". Itu menjadi disiplin dirinya sebelum keluar rumah akan memberi tahu atau meminta izin.

"Pergilah .. tapi kene jaga diri ok?" Dia ok sahaja kalau anaknya berkawan dengan Zhain. Baginya Zhain itu budak yang baik.

"Ok Angah nak amik handbag dengan telefon dekat atas takut nanti--"

PIN PIN PIN

"Baru nak cakap nanti dia sampai..dah sampai dah pun". Ujar Arsy. Dia menyalam tangan ibunya dan berjalan keatas mengambil barang yang ingin di ambilnya.

Dia berjalan kearah kereta. Terlihat Zhain yang bersandar di luar kereta menunggu keberadaannya. Zhain menyorokkan sesuatu di belakang badannya.

"Hai awak!.. awak sorokkan apa kat belakang awak tu? Macam pelik jer ni?" Ujar Arsy sambil memanjangkan lehernya melihat benda yang di sorokkan oleh Zhain.

"Mana ada apa apa sayang.. Ni I nak bagi you bunga tulip". Zhain memberikan bunga tulip tersebut kepada Arsy. Arsy tersenyum manis dan mengambil bunga tersebut.

"Amboii sweetnya couple depan rumah nii... kan Vira". Ujar adik Arsy iaitu yang paling kepoh Antonio Xavier Arnold. Adik bongsunya hanya mengangguk mengikut apa yang abangnya cakap.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now