BAB 15

227 11 0
                                    

Angin yang bertiupan membelai diri seorang gadis yang berada di tepi pantai. Menenangkan fikiran yang kini serabut dek kerana masalah yang muncul. Dia tiada hala tuju sekarang ini. Kalau mengikutkan perancangan dia sekarang sudah menjadi isteri orang tetapi malangnya, terpaksa ditangguhkan.

TING! TING! TING!

Bunyi message yang masuk bertubi tubi. Dia mengerling kearah beg dan mengambil telefonnya itu.

"Astaghfirullah." Mengucap dia melihat skrin telefon. Disitu terlihat gambar tunangnya dengan seorang gadis begitu mesra sekali sehingga berpegangan tangan dan berpelukkan. Dia terus mendail nombor tunangnya.

"Assalamualaikum saya nak jumpa awak dekat cafe flowers." Usai dia berkata begitu dia terus mematikan panggilan dan masuk kedalam kereta menuju ke tempat itu.

"Hai assalamualaikum, ada apa awak nak jumpa saya ni? Rindu ker?." Ujar Zhain melihat Arsy dan seraya dia duduk dihadapan Arsy. Arsy memandang dia tajam.

"Waalaikumsalam. Boleh awak bagitahu saya siapa dalam gambar ni?" Terus sahaja dia menunjukkan gambar-gambar itu tadi. Dia tidak mahu berdalih lagi. Dia sakit melihat gambar tersebut. Perit. Dia perlukan penjelasan.

"Mana awak dapat gambar ni?" Tanya Zhain dengan gugup. Resah. Dia takut jikalau Arsy tinggalkan dia. Dia juga tidak mahu meninggalkan Haura. Egois bukan dia?

"Saya tak kesah sapa yang beri. Saya cuma tanya siapa dalam gambar ni? Susah sangat ker?" Tanya Arsy. Dia masih mengawal suara dia dari meninggi.

"Muka dia memang macam saya." Kata Zhain seakan mahu membuat lawan hambar. Dia melihat wajah Arsy yang memandang kearah dia tajam.

"Jadi awak lah dalam gambar tu? Kenapa tak cakap ada perempuan lain? Kenapa tak putus tunang jer terus. Dah lah saya penat macam ni! Sakit tau tak!? Sakit!" Ujar Arsy dengan suaranya sedikit meninggi seakan menahan geram. Mata sudah mulai berkaca.

"I love you Arsy. Apa yang you tengok dalam gambar tu tak betul. That guy is not me. Please percayakan saya." Kata Zhain dengan nada yang merayu.

"Apa yang bukan nya? Hah!? Saya penat lah Zhain! Jadi betul lah hari tu saya nampak awak keluar dengan perempuan lain! Masa tu saya bodoh! Difikiran saya, saya hanya perlu positif yang lelaki itu bukan awak! Sakit! Awak tipu saya! Awak kata Awak setia pada saya!Mulai sekarang kita putus dan tiada apa apa hubungan!" Ujaran Arsy membuatkan Zhain terbungkam. Tergamam. Tidak tahu berkata apa.

Arsy keluar dari cafe itu. Dia tiada hala tuju. Dia duduk di satu bangku panjang bagi menenangkan dirinya dahulu. Dia masih sayang dirinya.

"Tak perlu kau menangis disebabkan dia." Terdengar suara garau yang menyapa pendengarannya. Jejaka itu memberikan sebuah kain lap tangan kepada dia. Arsy melihat dan perlahan-lahan mengambil kain tersebut.

"Dah aku pergi dulu." Tidak sanggup dia melihat gadis kesayangannya menangis disebabkan jantan itu. Dia, Lucian yang melihat semua adegan tadi.

"Eh! Kejap awak punya..." Belum sempat Arsy mahu memulangkan kain itu, Lucian terus menghilang. Arsy melihat kain itu. Dia membelet kain tersebut. Ada satu jahitan dihujung kain itu. Ia bertulis,

"Lucian. Cahaya." Gumam Arsy sambil tersenyum nipis melihat nama itu. Lucian bermaksud cahaya. Mungkin dengan nama itu boleh menerangkan kehidupannya? Siapa yang tahu bukan?

 Mungkin dengan nama itu boleh menerangkan kehidupannya? Siapa yang tahu bukan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"angah ada sesuatu nak cakap sikit." Ujar Arsy. Mereka sekeluarga berada di ruang tamu. Dia rasa sekarang adalah waktu yang sesuai memberitahu hal dia dan Zhain.

"Cakap lah perkara apa itu?" Tanya ayahandanya, Tuan Axel. Arsy berasa gugup waktu ini. Takut melukakan hati ibu bapanya kerana hal ini.

"Angah dengan Zhain dah putus tunang." Terbuntang mata semua ahli keluarganya. Apakah yang baru sahaja mereka dengar tadi?

"Putus tunang? Tapi kenapa?" Tanya ibunya, Puan Adriena dengan pelik. Kenapa perlu putus tunang? Bukankah pernikahan ini hanya ditangguhkan?

"Zhain sendiri yang curang dengan Arsy ummi." Ujar Arsy dengan nada yang sayu. Sungguh hatinya hancur ketika itu. Dapat pula gambar tunangnya sendiri berpelukkan, bermesraan dengan perempuan lain.

"Astaghfirullah, sabar yer sayang. Mungkin angah dan Zhain bukan jodoh. Kita hanya mampu merancang tapi Allah menentukan. Dia ada perancangan yang terbaik buat angah sayang." Lembut Puan Adriena menasihatkan anaknya. Kasihan dengan apa yang menimpa anaknya.

"Baik ummi. Angah minta diri naik bilik dulu." Arsy bangun dari duduk dan terus masuk dalam bilik. Ahli keluarganya menghantarnya dengan ekor mata.

Sampai sahaja bilik dia ternampak satu kain. Kain yang diberi oleh Lucian. Dia menyimpan kain itu dalam beg tangannya. Senang kalau terserempak dengan jejaka bernama Lucian itu. Hari pun sudah gelap dia terus merebahkan badan fan hanyut dalam alam mimpi.

 Hari pun sudah gelap dia terus merebahkan badan fan hanyut dalam alam mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now