BAB 17

215 9 0
                                    

"Kau betul dah boleh menerima semua hal ini?" Pertanyaan dari Adinda membuatkan Arsy mengerut dahi. Perlukah dia berduka kerana lelaki seperti itu?

"Tiada maknanya kalau aku berduka tapi dia hidup bersenang lenang dengan isteri dia Adinda." Ujar Arsy dengan nada yang tenang. Dia minum air yang terhidang dihadapannya.

"Wait! What?! Isteri?! Kenapa aku tak tau?" Terkejut Adinda mendengar ujaran Arsy tadi. Tidak semena mena tangan dia terasa sakit kerana dicubit oleh Arsy. Arsy membuat isyarat untuk senyap.

"Kau ini perlahan lah sikit. Kita ini dekat public. Macam kau dengar yer betul mereka sudah nikah dan ibu bapa Zhain jemput aku sekeluarga untuk datang majlis persandingan mereka nanti."Terang Arsy dengan tenang dan membuatkan Adinda hampir tersedak mendengarnya

"Habis kau ok tak? Majlis sendiri dipakai oleh orang lain." Ujar Adinda dengan bersahaja. Dia tidak boleh bayangkan bahawa Arsy dapat menerima semua ini.

"Kan aku sudah kata aku ok dengan semua ini. Buat apa untuk aku berduka." Balas Arsy lagi. Sudah dia kata dia tidak berduka dan redha menerima hakikat.

Sedang dia tenang mendengar derasan air laut yang begitu tenang. Tetiba ada sesuatu yang berlanggar dengan dia.

Buk!

Aduhh!

"Apa yang aku langgar ni?" Gumam Arsy sambil memegang kepala dia yang sakit. Keras sangat ni!

"Kau ok tak?" Tanya suara garau kepada dirinya. Arsy mengangkat kepalanya melihat wajah yang menyapanya dirinya itu.

"Eh? Awak bukan ker orang yang bagi kain pada saya beberapa hari lepas?" Diambaikan soalan dari Lucian tadi. Dia ingat wajah Lucian. Orang yang nenyuruhnya untuk berhenti nangis dan memberikan kain lap tangan.

"Aku rasalah. Aku Lucian. Marvin Lucian Caelan. Selamat berkenalan." Ujar Lucian melihat wajah Arsy dengan tenang.

"Ouh hi. Saya Arsy. Arsy Xaviera Aurelia. Selamat berkenalan juga." Giliran Arsy pula memperkenalkan dirinya. Mereka duduk dibangku tepi pantai itu. Melihat ciptaan Allah yang sangat cantik.

Sedang mereka melihat ombak di tepi pantai tetiba Arsy teringat dan dia menyelongkar beg tangannya mengeluarkan sehelai kain

Lucian yang melihat Arsy memberikan dia kain miliknya balik dia mengambil perlahan-lahan dan melihat kain itu.

"Tak apalah kau amik lah. Aku bagi kau." Mendengar ujaran Lucian tadi terus Arsy mengerut dahi. Kenapa pula bagi kepada dia?

"Eh ni kan awak punya, kenapa pula bagi saya?" Tanya Arsy sambil melihat wajah Lucian yang masih lagi memberi kepada dia.

"Kau amik sahaja lah. Sebagai tanda perkenalan kita." Ujar Lucian dengan tenang menatap wajah Arsy. Arsy mengambil kain itu dengan perlahan-lahan.

Mereka menghambiskan masa bersama. Berkenalan, mengetahui diri mereka sesama sendiri, bertukar nombor. Dan misi Lucian untuk berkenalan dan rapat dengan Arsy semakin berjaya.

"Hai bunda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hai bunda." Lucian mengengokkan kepalanya melihat keberadaan bunda, Puan Melissa di dalam bilik. Terlihat bundanya sedang duduk di birai katil memegang sebuah buku.

"Bunda Avin masuk yer." Ujar Lucian meminta izin untuk masuk ke kamar tidur bundanya. Dia masuk setelah mendengar kebenaran dari bundanya.

"Yer kenapa Avin?" Lembut bundanya menegur anaknya yang terlihat gembira dan bahagia. Senyuman Lucian melebar sejak dia masuk kedalam kamar tidur bundanya.

"Avin nak bagitahu bunda yang Avin sikit lagi mahu mendapat hati perempuan Avin cintai itu bunda." Ujar Lucian tersenyum manis melihat wajah bundanya. Begitu juga bundanya turut tersenyum manis.

"Bagus lah dapat bunda menantu jikalau begitu." Balas bundanya. Dia bersyukur sahaja jika begitu.

"Perempuan itu Bagaimana bunda?" Tersentak Puan Melissa mendengar pertanyaan anaknya. Dia menekup dahi Lucian dengan tapak tangannya. Memeriksa bahawa anaknya demam atau tidak. Tetiba sahaja.

Lucian yang menyedari hal itu mengerut dahi dan mengambil tangan bundanya. Dihelus tangan tersebut.

"Avin tak demam lah bunda. Avin cuma tanya iyalah sebelum ini Avin tidak pernah tahu tentang perempuan. Avin bukan macam Atyn seorang playboy bunda. Walhal Avin tidak pernah dekat pun dengan perempuan selain bunda." Terang Lucian kepada bundanya.

"Hahaha. Yer Avin bunda tahu itu. Apa kata Atyn begitu tidak baik. Dia cuma tidak sama macam perangai Avin sahaja. Mungkin dia sejenis mudah rapat dengan perempuan." Ujar Puan Melissa melihat wajah anaknya.

"Perempuan ini Avin, dia seperti sebuah buku yang tebal sekali. Semakin lama kita mendalam semakin menarik isinya. Tetapi ingat ketika kita menyelak helayan kertas tersebut kita perlu berhati hati, jaga ia jangan sampai kertas tersebut terkoyak Sama juga seperti perempuan, kita perlu menjaga, membimbing, melindungi, kerana lelaki yang memelikinya adalah imam, suami, penjaga, pada dirinya. Faham Avin?" Sambung Puan Melissa menjawab pertanyaan Lucian tadi.

"Faham bunda. Avin cuma tidak yakin pada diri Avin yang Avin boleh dapatkan diri dia bunda." Ujar Lucian dengan nada yang sayu. Dia merasa tidak yakin pada dirinya tika ini.

"Bunda tahu anak bunda boleh dapat kan dia. Avin juga perlu berdoa pada yang Maha Kuasa, minta jagakan hati dia untuk Avin. Sudah lah Avin hari pun makin lama makin tua pergilah tidur bunda sudah letih hari ini." Lucian tidak banyak bicara hanya mengangguk kepalanya dan keluar dari kamar orang tuanya.

" Lucian tidak banyak bicara hanya mengangguk kepalanya dan keluar dari kamar orang tuanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now