BAB 27

234 9 3
                                    

Hari ini adalah merupakan hari bermakna buat Arsy. Hari dimana dia akan menjadi isteri kepada Marvin Lucian Caelan.

Dia juga bukan bakal menjadi seorang isteri, malah menjadi pedamping, Ratu, dan juga ibu kepada anak a mereka kelak

"Aku terima nikahnya Arsy Xaviera Aurelia Binti Axel Xavy dengan mas kahwinnya 10 000 ringgit dan senaskah Al-Quran

"Sah?"

"Sah."

"Sah?"

"Sah!"

Selafaz sahaja Lucian mengangkat akad tersebut. Tika itu Arsy telah menjadi isteri kepada Lucian.

"Assalamualaikum Blossom." Lucian menghulurkan tangan. Arsy menyambut huluran tersebut.

"Waalaikumsalam Dearest. " Balas Arsy 
dengan gugup. Melekap bibir Lucian di dahi suci aku. Terkedu sebentar Arsy disitu.

"Jangan merah sangat pipi itu. Comel! Rasa mahu gigit sahaja." Bisik Lucian dihadapan Arsy sambil mengusap pipi yang sudah menjadi merah.

"Abang! Kau kalau nak sweet lebih pun ingatlah orang lain." Ujar adik Lucian, Martyn. Kebanyakkan mata memandang kami.

"Kalau kau nak macam itu, kau perlu ada calon." Balas Matthew. Dia menepuk bahu adiknya.

"Bunda nak kah kenal dengan calon Atyn?" Tanya Martyn pada bunda tanpa segan silu. Puan Melissa memandang wajah Martyn dengan terkejut.

"Atyn sudah ada calon? Bila masa? Bunda tidak tahu menahu pun." Martyn mengusap belakang tengkuknya. Alahai bunda ni.

"Ada tu ada bunda. Tapi masih belum tahu lagi Atyn rasa." Balas Martyn dengan nada yang rendah.

"Bunda ingatkan sudah pasti rupanya hmmm masih belum." Ujar Puan Melissa seakan mengejek Martyn.

"Kamu pula Matthew? Tiada calon lagi kah?" Tanya Puan Melissa pula pada anak sulungnya.

"Sekejap lah bunda Matthew mahu tengok Evan di bilik sebentar." Pamit Matthew bergerak naik ke atas.

"Baiklah. Avin, Arsy. Kamu berdua naiklah bilik. Sekejap lagi kita perlu bergerak ke hotel untuk resepsi pula." Beritahu Puan Melissa kepada dua mempelai itu.

"Jadi Blossom? Kau mahu rehat atau mahu makan?" Tanya Lucian menghulurkan tangan kepada Arsy menyenangkan isterinya bangun dari duduk.

"Saya nak tidur boleh? Semalam saya tidur lambat." Rengek Arsy sambil mendepakan tangan meminta untuk dirinya dipeluk. 

"Alo alo sian nya kesayangan aku ini!" Kata Lucian memeluk tubuh genit itu. Tidak lama kemudian Lucian terus mengangkat tubuh itu. Terus masuk kedalam bilik mereka.

"Kita tidur dulu." Ujar Lucian meletakkan tubuh itu diatas katil dengan berhati hati. Dikucup dahi Arsy. Lucian juga membaringkan diri di sebelah Arsy.

Arsy mengiringkan badan menghadap Lucian. Lucian yang pulas tidur bagai tidak sadar. Tangan kecil itu menari nari di seluruh wajah suaminya.

Dari dahi turun ke mata, ke hidung yang agak mancung, ke pipi, turun pula ke bibir, turun ke dagu dan akhirnya turun ke leher.

Lucian menelan air liur dengan kasar. Tangan kecil itu bagai menggoda imannya tika ini.

"Suka?" Tanya Lucian dengan suara serak basah. Membulat mata Arsy memandang wajah Lucian. Terus dia mengiring membelakangi suaminya. Malu!

"Tak bagus tidur membelakangi suami Blossom." Tegur Lucian dengan nada yang lembut. Perlahan lahan badan Arsy menghadap Lucian kembali.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now