BAB 21

195 11 0
                                    

"Lian tu kerja apa angah? Ummi lupa hari itu nak tanya." Puan Adriena membuka cerita tentang Lucian. Baginya Lucian lelaki yang baik, sopan, dan hormat orang tua.

"Oh , dia Ceo dekat Syarikat CAELAN. Jadi adalah banyak jugak projek yang berkerjasama dengan dia." Ujar Arsy sambil mengelap pinggan mangkuk yang baru habis dicuci oleh Alvira.

"Umur abang Lian berapa angah?" Sampuk Alvira yang tadi hanya mendengar perbualan mereka.

"Angah tak pasti. Mungkin 25 tahun ini." Teka si Arsy.

"Wah! Muda lagi." Alvira seakan tidak percaya mendengar umur Lucian.

"Kenapa? Nampak macam abang ni dah tua ker?" Tanya Lucian sambil badannya disandarkan di pintu. Tangan disilangkan didada.

"Eh Lian bila sampai?" Tanya Puan Adriena menegur Lucian.

"Kenapa datang sini?" Potong Arsy dengan pantas.

Berkerut dahi Puan Adriena melihat Arsy.

"Angah ni apa lah. Biarlah Lian nak datang pun. Lagi Ummi suka. Meriah lah rumah ni."

"Dengar tu. Ummi suka aku datang sini tahu?" Lucian membuat muka bangga. Bangga kerana dapat belaan dari Puan Adriena.

"Vira pun suka! Lagi best dapat borak dengan abang Lian!" Ujar Alvira sambil tersenyum. Lucian dan adik adiknya sudah rapat juga.

"Yer lah Ummi." Pasrah si Arsy.

"Ummi! Sapa datang itu?"

"Ni ha si Lian."

"Wah! Hai bro!" Jerit Aaron melihat kawan baiknya disini.

"Hai bro!" Mereka berdua berjabat tangan.

"Wait! Korang dua kenal ker?" Arsy bergilir melihat wajah Lucian dan Aaron.

"Yep! Kita orang lebih dari kenal. Kitaorang bestie!" Ujar Aaron memeluk bahu Lucian.

"Oh! Ni lah orang yang Along cerita dekat Ummi tu. Marvin Lucian Caelan. Anak kepada Puan Melissa dan Tuan Louie Caelan." Aaron memperkenalkan Lucian kepada Umminya.

"Ummi dah tahu. Lian macam mana dengan bunda kamu? Sihat?" Tanya Puan Adriena.

"Bunda sihat jer Ummi. Cuma adalah sakit sedikit yerlah umur sudah meningkatkan." Ujar Lucian dengan lembut.

"Iyalah. Ummi dah lama tidak jumpa bunda kamu."

"Ummi kalau mahu datang katakan sahajalah. Lian boleh bawakan." Lucian menyisip air teh yang baru dibancuh oleh Arsy.

Sedap! Tapi...

"Kenapa teh ini rasa lain?" Berkerut dahi Lucian menanyakan hal itu.

"Itu teh Strawberry." Dengan tenang Arsy membalas. Dia melihat wajah Lucian yang seakan tidak suka.

"Eh! Strawberry? Lian kau kan..." Belum sempat Aaron menghabiskan ayatnya Lucian terus berlari masuk bilik air.

"Lucian! Awak ok tak?" Arsy mengetuk pintu bilik air tersebut. Tiada sautan dari dalam. Membuatkan semua orang berasa cemas.

"Along! Ambilkan kunci bilik air ini!" Teriak Arsy melihat Aaron. Aaron berlari mencari kunci. Arsy masih lagi cuba mengetuk dan memanggil Lucian. Namun hampa tiada sautan.

"Nah!" Kunci bertukar tangan.

"Lucian! Allah! Kenapa boleh jadi macam ini!" Tubuh Lucian resah didalam bilik air tersebut.

"Cepat! Kita ke hospital!" Ujar Puan Adriena memberi ruang kepada Aaron untuk mengangkat Lucian.

Masing masing risau dengan keadaan Lucian. Arsy temenung mengingatkan kejadian tadi.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now