BAB 35

221 9 1
                                    

PASANGAN PENGANTIN melangkah masuk dengan mesranya kedalam dewan. Semua tetamu di situ melihat kearah pasangan tersebut. Ada juga tetamu yang mengambil video serta gambar pasangan itu.

"Sungguh manis wajah pengantin ini, menjadi raja sehari pada hari ini. Selamat datang kepada, para tetamu. Semoga majlis pada hari ini berjalan dengan lancar amin, amin, ya rabb alamin. Saya selaku pengacara majlis memohon ampun terlebih dahulu jika tersilap kata atau Tutur." Pengacara majlis itu bersuara.

"Majlis dimulakan dengan Bismillah, dijemput adik pengantin lelaki untuk memberikan sedikit ucapan kepada dua mempelai kita pada hari ini. Silakan." Ucap pengacara majlis itu lagi.

Seorang jejaka bangun dengan segaknya, membetulkan pakaian yang sedikit ronyok. Dia berjalan ke tempat untuknya berucap.

"Assalamualaikum, Bismillah, saya adik kepada Zhain Rizkarl ingin membuat sedikit ucapan. Kepada abang yang selama ini dengan ku, kita bersama sudah pun lama. Setiap perangai ku, tingkah ku, hidup ku, sudah engkau tahu. Aku harap engkau bahagia dengan pasangan hidup mu ini. Jaga ia, sayangi dirinya seperti nyawa sendiri. Ikhlas dari adikmu, Zhaen Raukarl." Zhaen terus turun dan pergi ke mejanya semula.

Majlis ini dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk dan masakkan. Ini membuatkan Arsy yang mengandung kecur dan ingin mencubai semua lauk tersebut.

"Blossom, Dearest tak kesah kalau Blossom nak rasa semua tapi makan jangan lah sampai pipi tu naik kembung jadinya Tak lari mana pun makanan Blossom tu." Lucian mengelapkan sedikit kuah yang tercalit ditepi bibir Arsy.

"Sorry, Dearest. Makanan ni sedap sangat." Arsy berkata sambil menarik sengih. Lucian hanya menggelengkan kepala sahaja.

"Sedap sangat itu Ummi tengok angah makan. Dengar cakap suami tu angah." Pesan Ummi Adriena. Dimajlis ini keluarga Arsy sahaja yang ada.

Selesai mereka menjamu selera, keluarga tersebut berjumpa dengan keluarga pengantin. Tidak sedap pula kalau pergi tanpa pemamitan bukan?

"Congrats to both of you. Saya harap awak berdua kekal hingga ke jannah." Ucap Arsy sambil bersalaman dengan Haura.

"Congrats, bro! Aku minta diri dulu. Come Blossom. " Selepas bersalaman terus mereka pulang ke mansion mereka sendiri.




























PERUT YANG semakin membesar itu diusap lembut oleh Lucian. Sayang yang tidak terhingga dia pada isterinya. Dilentukkan kepalanya diperut itu. Arsy mengusap rambut lembut suaminya.

"Blossom dah ada nama untuk anak kita?" Tanya Lucian.

"Dah."

"Apa dia? Dearest pun nak dengar jugak." Ujar Lucian dengan nada meleretnya.

"Lekir Afwad." Balas Arsy dengan membayangkan kehenseman dan kecomelan anak mereka nanti.

"Kalau perempuan?" Tanya Lucian lagi.

"Lesty April." Balas Arsy lagi.

Lama mereka berdiam kan diri. Lucian juga hampir tertidur. Arsy menggegam tangan suaminya dan berkata.

"Dearest, kalau masa Blossom lahirkan anak kita, Dearest tetap ada di sebelah Blossom boleh? Blossom takut untuk hilang Dearest." Ujar Arsy. Air matanya mula bertakung.

"No, no, Blossom. Aku tetap ada disisi kau. Walau bagaimana cara sekali pun yang memisahkan kita adalah hanya ajal Sayang." Tutur kata Lucian dengan lembut. Memujuk sang purnama hidupnya. Usap lembut air mata yang jatuh ke pipi itu.

"Thank you very much for coming in my life, Dearest." Ujar Arsy dengan penuh kekusyukkan merasakan cinta di hati.

"I know. Thank you to you, too, for believing me. Thank you, Ya Allah!" Menitis air mata kedua pasangan itu mengatakan cinta dan kasih sayang.




















MALAM itu, Arsy tersedar dari tidur. Diraba tangannya disebelah kanan. Kosong. Tercelik terus mata itu. Dia melihat sesorang masih bertelengku di atas sejadah. Itu suaminya!

Dia dapat melihat Lucian yang mengangkat tangan seperti berdoa. Merasakan perutnya agak tegang, dia kembali ke posisi asalnya. Baring.

Arsy tidak tidur lagi. Dia terdengar suara yang seakan menangis. Dia juga terdengar suara suaminya berdoa. Dan doa itu,

"Jika bahagia itu milikku, Maka aku akan menjaga ia dengan penuh kasih sayang, berhati hati dan melimpahkan kasih kepadanya yang tidak terhingga. Sekarang bahagia aku adalah dia Ya Allah! Dia isteriku! Terima kasih ya Allah! " Esakkan kecil Lucian didengari.

Berlinang air mata Arsy. Akhirnya air matanya jatuh juga. Sedih juga mendengar doa suaminya. Lama kelamaan Arsy menutup kembali kedua belah matanya. Hanyut dalam mimpi.

Bahagia itu untuk semua manusia. Redha dan ikhlas kan lah apa yang kau dapat, dan apa yang kau lepaskan.

 Redha dan ikhlas kan lah apa yang kau dapat, dan apa yang kau lepaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now