BAB 11

229 9 0
                                    

Majlis perkahwinan antara Arsy dan Zhain hanya tinggal satu hari sahaja lagi. Dari tempoh tiga hari lepas, mereka tidak dibenarkan untuk berjumpa. Maklumlah darjah manis katakan.

"Sayang... I nak jumpa you lahh." Arsy menghela nafas. Esok sudah majlis perkahwinan mereka. Tiga hari tersebutlah Arsy melayan rengekkan dari Zhain.

"Awak ni pun kan..esok jer pun majlis kita. Tunggu yer esok." Ujar Arsy yang mengundang tidak senang si Zhain. Arsy memandang baju nikah yang akan dipakainya esok hari. Sungguh cantik dan berseri.

"Yer lah esok kita jumpa bye assalamualaikum." Kata Zhain mahu menutup panggilan telefon tersebut."Yer waalaikumsalam." Balas Arsy dan menutup panggilan tersebut.

Di sudut Zhain , dia sekarang berada di hadapan club. Dia melangkah masuk kedalam tempat haram tersebut. Sebelum pernikahan esok hari, dia mahu menenangkan dirinya dengan pergi tempat tersebut.

"1 glass please." Jerit Zhain kearah bartender yang berada disitu. Dia meneguk air kencing syaitan itu.

Usai sahaja, dia mahu keluar dari tempat tersebut dan mendengar ada suara jeritan yang tidak senang dari seorang perempuan.
Zhain melihat seorang perempuan yang ditarik oleh seorang lelaki. Dia berjalan kearah tersebut.

"Jangan main kasar lah bro dengan perempuan." Dengar sahaja ujaran yang dingin dari Zhain, kedua insan yang sedang bergelut tadi terus memandang kearah Zhain. Zhain melihat perempuan tersebut yang seakan membuat muka untuk meminta tolong kepadanya.

"Kau boleh lepaskan dia kot sebab aku nak dia." Lagi sekali dia bersuara. Lelaki tadi berdiri dan berkata..

"Ini perempuan ha banyak mahal oh lu sanggup kah beli dia mah?" Mendengar ujaran lelaki tersebut Zhain mengeluarkan duit yang begitu banyak. Entah apa yang membuatkan dia mahu sahaja menolong perempuan itu.Zhain mencampakkan duit tersebut keatas meja.

"Itu lebih dari perempuan ni aku kasik kau." Zhain melontarkan kata yang dingin kepada lelaki itu. Lelaki itu melepaskan tangan perempuan tadi dan menolak perempuan itu kearah Zhain. Zhain dengan tangkas memeluk tubuh perempuan itu daripada terjatuh.

"Aku sudah cakap jangan kasar dengan perempuan aku." Lelaki tadi mengangkat kedua tangan dia keatas. Selepas Zhain berjalan pergi dari situ lelaki tersebut terus mengira duit yang didapatinya sebentar tadi.

Zhain masuk kedalam kereta dan meluncur pergi. Dia mengerling kearah perempuan yang dibantu oleh dia sebentar tadi.

"Apa nama kau?" Tanya Zhain dengan dingin. Pelik sungguh perempuan sebegini boleh ada di tempat yang begitu.

"Nama saya Haura." Kata perempuan yang bernama Haura tadi. Haura sungguh gugup dan takut ketika ini. Dalam masa yang sama dia juga bersyukur ada orang yang sanggup bantu dia.

"Kau tinggal kat mana? Aku nak hantar kau." Mendengar sahaja kata Zhain, terus menggeleng kepada Haura tidak mahu. "Kenapa kau tak nak?" Tanya Zhain dengan pelik. Kalau tak nak balik nak duduk mana?

"Saya tak nak balik-- rumah-- isk... isk saya takut nanti..isk..isk.. kene jual dengan makcik lagi." Sungguh dia trauma dan sangat takut. Menitis air matanya mengingatkan kisah itu.

"Dah berhenti menangis." Zhain terus fokus kepada pemanduannya. Dan menghiraukan pandangan pelik dari Haura.

Sampai sahaja di hadapan hotel, Zhain keluar dari kereta begitu juga dengan Haura yang mengikut Zhain. Selesai dia mengambil kunci bilik dia terus pergi dan masuk kedalam bilik tersebut.

Tanpa mereka sedari, ada sekumpulan insan yang datang untuk membuat serbuan di hotel tersebut.

"Kau boleh tinggal sini buat sementara waktu." Ujar Zhain melihat Haura yang duduk dibirai katil di bilik itu. Baru sahaja dia hendak melanjutkan ujarannya, tiba tiba dia terdengar bunyi ketukan pintu.

TOK TOK TOK

"Ishhh!! Sapa pulak ni!" Gumam Zhain dengan tidak suka. Geram. Dia terus berjalan kearah pintu dan membuka pintu seketika dia tergamam dan terkaku.

"Siapa tu awak?" Tanya Haura seraya dia bangun dari duduknya. Dia menjengahkan kepala melihat siapa yang datang . Dia pun tergamam dan terkaku.

"Assalamualaikum, awak berdua ni ada apa apa ikatan ker seperti suami isteri?" Tanya salah seorang dari mereka. Dia melihat wajah dua insan yang berada di dalam bilik tersebut.

"Waalaikumsalam." Zhain hanya membalas salam yang diberikan oleh si dia. Dia menundukkan kepalanya. Dan menggelengkan kepala perlahan-lahan. Si dia sungguh tidak percaya yang mereka berdua tidak mempunyai hubungan .

"Astaghfirullah, jika begitu kamu berdua wajib dinikahkan malam ini juga." Mendengar kata si dia, jantung Zhain terus berdegup kencang. Perasaan risau, takut, terus menyerbu kedalam dirinya.

 Perasaan risau, takut, terus menyerbu kedalam dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now