BAB 37

219 9 1
                                    

MARVIN LUCIAN perlahan-lahan membuka pintu kamar tidur mereka berdua. Masuk hari ini 3 hari isterinya koma tidak menyedarkan diri. Kepalanya melihat sekeliling kamar itu. Ya Allah, rindu yang tidak mampu diungkapkan.

Kakinya menapak kearah meja yang selalu isterinya akan pergi. Isterinya selalu menulis di satu buku diari milik isterinya. Tangannya mengambil diari isterinya.

"Kalau apa apa jadi pada saya, Dearest buka lah diari ini."

Kata kata isterinya terngiang ngiang di isi kepalanya. Tangannya menyelak helayan kertas tersebut. Terdapat banyak kertas Qoutes yang setiap rutin paginya pada isterinya.

' Diri mu selalu membuatku hilang kesedaran diri. Hilang begitu sahaja.'

Diambil pula kertas yang lain. Dibaca lagi.

' Tidak ada apa yang boleh lawan kemanisan dirimu.'

Menitis air matanya. Isterinya menyimpan seluruh ayat manis yang diberikan olehnya.

' I love you desperately. Kau nyawa aku sekarang.'

Dibuka buku diari tersebut. Banyak diari Arsy yang mengatakan tentang dirinya.

3 / 3 / 20_ _

' Terima kasih kerana datang dalam hidup ibu sayang. Abi pasti akan gembira mendengar kehadiran kamu. Kepada Dearest, Blossom nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Terima kasih kerana Terima saya. I love you always!'

Teresak esak Lucian menangis merindukan isterinya. Tangisan tersebut berhenti apabila mendengar telefon pintarnya berdering. Di geserkan ke punat hijau.

"Hello? Apa? Saya datang sekarang!" Selepas berkata begitu, dia terus mencapai pakaian isteri dan anaknya. Memecut terus pergi ke hospital.

























PINTU BILIK dirempuh oleh Lucian. Semua mata tertumpu kearah dirinya. Tanpa mata Lucian hanya tertumpu pada Isterinya. Ya Allah! Isteri ku sudah bangun!

"Siapa itu Ummi?" Tanya Arsy dengan keliru. Deg! Badannya sekarang bagai dihempap dengan batu yang sangat berat! Isterinya tidak mengenali dirinya? Bagaimana?!

"Puan Muda tidak ingat siapa lelaki ini?" Perlahan-lahan Arsy menggelengkan kepala.

"Puan Muda sekarang berumur berapa?" Tanya Doktor Nina. Arsy menjawab.

"22 tahun."

"Sudah berkahwin atau belum?"

"Belum." Jawab Arsy dengan tenang. Ummi Adriena sudah menitis air mata. Ya Allah dugaan apa ini?

"Tuan Muda boleh kita berbual sebentar? Tentang isteri Tuan Muda?" Doktor Nina keluar dan diikuti oleh Lucian.

"Bagaimana isteri aku tak mengenali aku?" Tanya Lucian dengan pantas kepada Doktor Nina.

"Disebabkan koma ini mungkin dia hilang ingatkan sedikit tetapi peratus untuk dia ingat itu bergantung kepada dirinya sendiri dan orang sekelilingnya. Jika orang sekeliling nya membantu memulihkan ingatannya mungkin peratus untuk dia pulih akan tinggi." Terang Doktor Nina. Melihat Lucian yang terdiam dia berkata lagi.

"Tuan Muda bersabarlah. Ada sahaja pesakit yang seperti Puan Muda. Dan Alhamdulillah pesakit itu pulih. Saya minta diri dahulu." Setelah memberikan kata semangat itu Doktor Nina terus beredar.

Lucian melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Dimana bilik yang menempatkan isterinya.

"Blossom." Perlahan suara Lucian menyeru isterinya. Ummi Adriena dan Ayahda Axel bangun dan pergi kearah Lucian yang berdiri tegak dihadapan pintu.

"Sabar yer Lian? Ummi tahu kamu berdua kuat. Hadap sahajalah ujian yang diberikan untuk kamu berdua." Kata Ummi Adriena dan berjalan keluar. Ayahda Axel pula menepuk bahu menantunya dan berjalan mengikut sang isteri.

"Awak siapa?" Tanya Arsy memandang wajah Lucian dengan kekeliruan.

"Kau nak makan? Lapar tak? Aku ada bawa kan makanan." Tanya Lucian dengan lembut. Dipandang segenap wajah yang dia rindui.

"Tidak." Perlahan lahan Arsy menggelengkan kepala. Tetapi perut berbunyi. Didengari oleh Lucian. Lucian Tertawa kecil

"Aku tahu kau lapar. Mari aku suapkan." Ujar Lucian sambil mengeluarkan makanan dari bekas.

"Tak apalah, saya boleh makan sendiri." Dalih Arsy sambil mahu mengambil sudut dari tangan Lucian.

"Aku suami kau. Ini tanggungjawab aku." Balas Lucian sambil menyuakan sudut yang berisi makanan ke mulut Arsy.

"Kalau awak ni bukan suami saya macam mana?" Soal Arsy lagi.

"Kalau aku ni bukan suami kau, tidak maknanya aku ni nak rempuh pintu sebab nak jumpa kau. Dan tidak juga aku ini datang jumpa kau kalau aku aku ini bukan suami kau." Terang Lucian. Arsy terdiam.

"Buka mulut." Arsy menerima juga suapan dari Lucian. Suapan demi suapan. "Ya Allah, berikan lah aku kekuatan untuk menghadap ujian mu ya Allah." Bisik Lucian dalam hati.






























BERKELIP MATA Arsy melihat wajah bayi yang dikatakan anak dia. Kembar? Dia melahirkan kembar? Lucian hanya berdiri tenang melihat wajah Arsy.

"Anak kita yang kedua, sama seperti muka kau, Blossom." Ujar Lucian. Arsy memandang muka Lucian dan mengangguk kepalanya.

"Benar. Sangat sama. Seperti mana muka saya ketika bayi." Balas Arsy setuju dengan apa yang dikatakan Lucian.

"Siapa nama mereka berdua? Awak sudah letak?" Tanya Arsy. Dan Lucian mengangguk kepalanya.

"Lekir Afwad dan Lesty April. Nama yang kau pilih untuk anak kita." Balas Lucian dengan lembut.

"Maaf saya tidak ingat." Ujar Arsy dengan nada yang perlahan. Lucian menggelengkan kepala.

"Tidak mengapa. Mari aku hantar kan kau masuk ke bilik. Kau masih dalam pantang, tidak boleh stress dan terlampau penat." Ujar Lucian sambil membawa Arsy ke bilik rawatannya semula.

"Terima kasih." Lucian membaringkan badan Arsy perlahan-lahan keatas katil.

"Tidur lah." Arah Arsy kepada Lucian. Lucian hanya mengangguk kepalanya. Sungguh dia rindu isterinya yang dahulu. Walau bagaimana cara sekali pun, dia perlu bawa isterinya yang dahulu balik. Kuatkan lah hatinya.


TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now