BAB 36

206 9 0
                                    

ARSY XAVIERA AURELIA berjalan menuju ke ruang tamu bawah mansion itu. Saja dia mahu mengikut tangga. Sudah berkali dihalang dan ditegah oleh suaminya tapi masih lagi dia berdegil. Kata orang, masa mahu dekat bersalin inilah banyakkan bersenam bagi memudahkan sewaktu bersalin.

"Baik baik turun tangga. Terberanak dekat situ tak tahu lah Dearest nak cakap apa." Tegur Lucian menghulurkan tangan untuk membantu isterinya.

"Apa cakap macam tu, kata kata satu doa tau." Balas Arsy menggapai tangan suaminya. Usia kandungannya sudah 9 bulan tinggal tunggu tarikh sahaja.

"Blossom! Air ketuban kau pecah lah!" Jerit Lucian dengan panik. Dia gelabah. Ah sudah!

"Haah lah." Kata Arsy tampak tenang melihat air ketuban yang mengalir. Lucian tercengang melihat Arsy yang tidak mengerang sakit.

"Sayang! Tak sakit ker? Jom kita pergi hospital." Terus sahaja tubuh itu dicepung oleh Lucian.

"Aww!" Arsy mendesis sakit dirahimnya. Baru lah sekarang dia rasa sakit sedikit. Itu pun hanya sedikit.

"Sabar Blossom! Kita dah nak sampai." Ujar Lucian menenangkan Arsy. Arsy hanya mengangguk kepalanya.

























"DOKTOR! Isteri saya nak bersalin." Dengan cepat nurse dan Doktor disitu berlari kearahnya. Tubuh isterinya diletakkan diatas katil pesakit. Ditolak sehingga masuk ke Labour room.

"Ya Allah selamatkan lah isteri ku ya Allah." Rintih Lucian menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir deras.

"Maaf, Tuan mahu menemani isteri Tuan? Kerana Puan sangat memerlukan Tuan sekarang." Tanpa banyak bicara, Lucian terus masuk kedalam.

"Sayang! Dearest tahu Blossom kuat. Kuat untuk anak kita." Tangan Arsy digenggam erat. Tidak mahu dilepaskan tangan itu.

"Uwrkk! Uwrkk!" Tangisan bayi sudah didengari. Lucian sudah mengucap syukur yang tidak terhingga didalam hati.

"Terima kasih, Blossom." Dikucup dahi isterinya dengan penuh syahdu. Arsy hanya membalas dengan senyuman nipis. Dia letih.

"Doktor! Degupan jantung pesakit semakin menurun!" Lucian tersentak. Apa yang berlaku?

"Tuan, sila keluar sebentar." Nurse itu menolak badan Lucian keluar dari bilik tersebut. Lucian menunduk. Ya Allah, dia akan meninggalkan aku ke? Tidak! Tidak mungkin!

"Bunda, Ayahda." Seru Lucian seraya dia bangun dari duduk. Didakap tubuh ibubapanya. Tangisan dihemburkan lagi. Perit. Sakit.

"Sabar, Sayang. Isteri kamu tidak akan apa apa. Dia kuat. Percaya pada kuasa Allah." Pujuk Bunda Melissa pada anaknya. Diusap lembut tubuh anaknya.

"Lian." Lucian mengangkat muka melihat gerangan tersebut. Ummi dan Ayahda Axel.

"Maafkan Lian, Ummi, Ayahda." Ujar Lucian dengan teresak esak menangis.

"Tidak perlu Lian. Ummi tahu Angah seorang wanita yang kuat. Dia tidak akan tinggal kan kamu." Ummi Adriena pula memujuk menantunya.

Sayu pandangan yang diberikan kepada Lucian oleh mereka berempat disitu.

























"SELAMAT DATANG kedunia, Lekir Afwad." Selepas mengazankan anaknya pertamanya, dia terus mengucup pipi merah itu. Dia meletakkan tubuh kecil itu semula ketempat asal.

"Selamat datang kedunia juga,Lesty April." Selesai juga Lucian mengiqamatkan anak perempuan mereka. Arsy melahirkan anak kembar. Seorang lelaki dan seorang perempuan.

Jujur dia katakan wajah anak perempuannya banyak mengikut isterinya. Dan wajah anak lelakinya pasti lah mengikut kekacakkan dirinya.

"Nanti kalau ibu sudah sedar abi bawa kamu berdua jumpa ibu yer?" Lembut Lucian bersuara kepada anaknya.

Air mata yang menitis dilap laju oleh Lucian. Rindu akan isterinya. Arsy diberitahu koma ketika ini. Tidak tahu sedar bila.

"Kami minta maaf, isteri Tuan Muda sekarang koma, kami tidak pasti Puan Muda akan sedar secepat mungkin. Urm paling cepat pun, dalam masa 3 atau 4 bulan. Kami harap keluarga Tuan Muda bersabar atas berita ini. Kami telah cuba seraya upaya. Saya minta diri dulu."

Masih terngiang lagi berita yang disampaikan oleh Doktor tadi. Kelopak matanya bertakung Air mata lagi.

"Kembali kepangkuan hubby, Sayang! Ya Allah, aku sayang dia! Sayang! I can't breathe without you! Dearest tak kuat Blossom! Dearest takkan mekar tanpa adanya Blossom!" Rintihan demi rintihan yang keluar dari Lucian.

Ujian apa ini ya Allah?

Ujian apa ini ya Allah?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now