BAB 30

222 10 0
                                    

ENJIN KERETA JENAMA AUDI R8 dihidupkan oleh Arsy. Memandangkan pagi tadi Lucian muntah muntah tidak berhenti. Tidak tahu kenapa.

"Blossom.... aku masih larat lagi lah nak--" Belum sempat Lucian menghabiskan ayatnya terus dia berlari masuk kedalam bilik air. Mengeluarkan semua isi perut yang ada.

"Itu Dearest kata larat lagi? Hmm?" Ujar Arsy sedikit memerli suaminya. Diusap belakang suaminya. Lembut.

"Blossom, aku minta maaf. Aku tak larat." Kata Lucian dengan nada meleretnya. Manja! Dipeluk badan Arsy.

"Ye, tak apa. Biar Blossom je yang drive harini. Dearest rehat je kat tepi eh?" Pujuk Arsy sambil memeluk juga badan itu. Dimainkan jejarinya dirambut lembut suaminya. Wangi!

Lucian mengangguk kepalanya lemah. Terasa nyaman didalam pelukkan isterinya.

"Jom, kita gerak sekarang. Nanti diorang tunggu lama pula." Ujar Arsy sambil menepuk belakang badan Lucian dengan lembut.

"Dearest duduk elok elok." Arsy memimpin suaminya masuk dan duduk di tempat tepi pemandu.

Arsy masuk dan membetulkan tempat pemandu tersebut. Radio yang terpancar di tekan Bluetooth. Disambungkan dengan musicnya.

























AUDI R8 diberhentikan dihadapan farmasi. Arsy turun untuk membeli ubat buat Lucian. Dimenolak pintu masuk farmasi tersebut.

"Dik, akak nak ubat demam dan cool fever." Pinta Arsy kepada pekerja disitu. Pekerja itu menganggukkan kepalanya.

Sementara menunggu ubat tersebut Arsy menoleh memandang di kirinya. Diambil kotak itu. Hatinya gugup. Di kuatkan hati untuk mengambil kotak itu.

"Dik, ini sekali." Selepas membuat pembayaran, Arsy terus masuk ke dalam kereta. Cool fever yang baru dibeli, dibuka dan ditampal didahi Lucian.

"Cepat sembuh ye, Dearest." Ujar Arsy sambil mengucup pipi Lucian. Lucian yang pulas tidur merengek. Arsy menarik selimut ke atas dada Lucian.

"Betul ke ini apa yang aku buat? Tak kecewa ke?" Gumam Arsy memikirkan sesuatu. Disimpan barang barang ubatan tadi di dalam handbag miliknya.
















SAMPAI SAHAJA dilaman rumah kayu itu. Kereta diberhentikan disitu. Arsy memandang Lucian yang masih lagi diulit mimpi. Kesian nak kejut!

"Dearest? Bangun kita dah sampai." Kejut Arsy sambil mengusap pipi Lucian dengan Lembut. Digoyangkan bahu Lucian perlahan.

"Erm? Dah, sampai?" Tanya Lucian sambil melihat diluar tingkap. Arsy mengangguk kepalanya.

"Mari keluar." Arsy membuka pintu kereta. Terlihat Tok Abah yang sedang duduk melihat orang sedang membuat kerja.

"Assalamualaikum." Ujar Arsy sambil menggegam tangan dengan Lucian. Disalam tangan Tok Abahnya.

"Waalaikumsalam. Baru sampai?" Tanya Tok Abah kepada pasangan itu. Arsy menjawab.

"Ye tok Abah. Baru sampai ni ha. Perut pun dah bunyi ni." Balas Arsy sambil memegang perutnya yang kelaparan. Tergeleng kepala Tok Abahnya melihat kelagat cucunya ini.

"Pergi lah kat dapur. Layan sekali suami kamu. Ini suami kamu kenapa? Pucat sahaja  mukanya." Tegur Tok Abah sambil melihat Lucian.

"Ouh.. Lian ini dia muntah muntah sebelum pergi lagi. Ray pun tak tahu kenapa Tok Abah." Balas Arsy sambil melihat suaminya.

"Sudah lah. Nanti kalau teruk jumpa Doktor. Pergi makan dulu." Ujar Tok Abah kepada pasangan itu. Berjalan pasangan tersebut terus ke dapur.

 Berjalan pasangan tersebut terus ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC





THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now