BAB 22

194 7 0
                                    

Pintu bilik rawatan dibuka dengan perlahan. Arsy melangkah masuk kedalam. Dia berjalan kearah almari yang tinggi disebelah katil Lucian. Pintu almari dibuka, baju Lucian di keluarkan dan dilipat masuk kedalam beg baju.

"Kenapa kau keluar kan baju aku?" Lucian yang baru bangun dari tidur , terpesat pesat bangun.

"Awak dah boleh keluar dari hospital hari ini. Jadi Saya mahu kemas barang awak." Ujar Arsy sambil tangannya masih ligat melipat baju.

"Terima kasih. Sayang juga kau dengan aku." Lucian tersenyum miang kearah Arsy. Gedik! Arsy pula melihatnya dengan pandangan meluat. Geli!

"Eh! Untung lah saya ni nak tolong awak! Kalau tak buat sendiri!" Kata Arsy sambil memasukkan baju Lucian kedalam beg.

"Bebel bebel juga. Tapi tangan masih buat." Gumam Lucian sambil tersenyum.

"Apa awak kata?" Arsy menoleh kearah Lucian.

"Apa? Mana ada apa apa. Aku cuma.. yerlah bersyukur ada kau jaga aku kan."

"Hah! Bagus pun."

"Aku nak mandi. Nak balik cepat nanti dapat pergi kerja. Tak adalah orang itu bising saja. Kan!" Ujar Lucian.

Arsy rasa hilang sabar langsung dia baling kain tuala pada Lucian. Dengan tangkas Lucian mencapai. Dijelirkan lidah pada Arsy. Dengan cepat dia lari masuk dalam bilik air.

"Lucian! Ih! Geram lah!"

"Hahahaha. Padan!" Jerit Lucian dari dalam.

Indah nya dunia ini!

Derapan kaki kedengaran. Kasut tumit tinggi menampakkan lagi dirinya lebih elegan.

"I nak tahu bilik pesakit Marvin Lucian dimana?" Tanya Sarahh dengan angkuh.

"Urm... bilik nombor 104." Balas nurse yang menjaga di kaunter tersebut.

Langkah demi langkah Sarahh akhirnya jumpa juga bilik tersebut.

"Hai babe ! Oh I'm so sorry sebab lewat datang jumpa you!" Ujar Sarahh dengan nada suara gediknya.

"Aku tak nak pun tengok muka kau." Dingin Lucian bersuara. Tegang wajahnya tika ini. Hilang terus moodnya hari ini.

"Babe! What you talking about? You.. eh! Siapa perempuan ni?" Tanya Sarahh sambil menatap Arsy atas bawah. Low class!

"Kalau aku kata dia bakal isteri aku?" Lucian mengukir senyuman sinis. Dia menatap wajah polos Arsy. Comel!

"What? But.. I thought... that you... ah! How dare you?! Apa you merepek ni babe? You yang janji nak kahwin dengan I!" Teriak Sarahh tidak puas hati.

"Bila masa aku janji dengan kau ni? Hah perempuan?"

"You tak boleh buat I begini!"

"Boleh saya tahu kenapa Cik ni nak marah marah tak tentu pasal?" Sarahh terus menoleh melihat Arsy. Jari ditunding ke Arsy.

"You! You penyebab semua ini!" Jerit Sarahh. Tangannya terasa ditepis dengan kuat.

"Yang kau nak buat macam itu kat dia kenapa?" Lucian melarikan Arsy kebelakang tubuh sasanya.

"Sebelum kau bertukar jadi mayat. Lebih! Baik! Kau berambus!" Bisik keras Lucian disebelah telinga Sarahh.

Sarahh memandang wajahnya dengan perasaan geram.

"You ingat eh perempuan jangan harap you dapat jadi bakal isteri dia." Amaran dari Sarahh tidak menakutkan Arsy. Malah Arsy suka.

"Kau pun ingat jangan harap rancangan kau akan berjaya." Ujar Arsy dengan tenang.

Sarahh terus melangkah pergi dari situ.

"Wait aku salah dengar ke? Dia kata jangan harap kau jadi bakal isteri aku dan kau jawab jangan harap rancangan dia akan berjaya." Arsy mengerut dahi.

"Itu maknanya kau nak jadi bakal isteri aku lah kan. Wow!" Sambung Lucian lagi.

"Ish! Mana ada! Dah Jom kita kemas dan balik." Dalih Arsy. Dia terus menyambung kerja yang tergendala.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now