BAB 32

208 10 0
                                    

MAJLIS BERJALAN dengan lancar. Sepasang pasangan yang sudah diijab kabul tadi, kian duduk bersanding di atas pelamin yang sangat indah.

Lucian hari ini ada sedikit perubahan yang positif. Semakin sihat dan bertenaga sikit. Muntah muntah nya juga sudah berkurangan. Cuma sekarang ini Lucian tidak mahu berlepas dengan Arsy.

Lucian mara berdiri disebelah Arsy. Memeluk bahu isterinya. Dilentukkan kepalanya dibahu Arsy.

"Baby...cakap dengan ibu yang Abi dah lapar ini... nak makan..." Lucian berkata seakan berbual dengan anaknya.

"Alah kesian nya Dearest. Lapar yer? Jom kita makan." Ajak Arsy berjalan ke bawah khemah. Selesai mengambil makanan, mereka duduk di meja.

"Nak suap." Pinta Lucian sambil mengelipkan mata kearah Arsy. Arsy hanya mengikut sahaja. Kalau tidak mahu nangis.

"Amboi.... sweetnya pengantin lama ini. Kan abang?" Sampuk sepupu perempuannya yang sudah menjadi isteri orang sebentar tadi. Syaheda. Syaheda melihat suaminya.

"Kan.. sweet sangat. Lagi sweet kalau sayang pun nak buat macam itu juga kat abang." Kata suaminya pula. Azhar.

"Mengada tangan ada tak nak guna." Balas Syaheda pada suaminya pula.

"Alahh... abang pun nak macam Lian." Kata Azhar seakan mahu juga disuap oleh isterinya ini. Susah betul!

"Tak usah mengada. Lian ini lain! Dia ada siptom ibu mengandung." Balas Syaheda lagi tidak mahu mengalah.

"Sudah sudah. Jangan gaduh kat sini." Arsy memberhentikan perbalahan kecil pasangan suami isteri ini. Ada sahaja yang digaduhkan.

"Dah lah makan makan. Kalau nak tambah lagi ambil lah. Kami nak pergi tengok yang lain pula." Ujar Syaheda memeluk lengan suaminya dan bergerak meja lain.



























PETANG YANG REDUP sesuai untuk anak anak kecil bermain. Tidak panas sangat. Majlis tadi sudah pun tamat dan semua barang sudah dikemas. Arsy dan Lucian balik dalam dua atau tiga hari lagi.

"Dekat sini tak ada apa apa yang best ke?" Tanya Lucian pada Arsy. Arsy terdiam sejenak dan mengangguk laju.

"Ada ada! Memandangkan Dearest dah baik demam Jom kita bersenam." Ujar Arsy sambil berdiri. Dia berjalan kebelakang rumah Tok Abah.

"Angsa?" Tanya Lucian melihat muka Arsy. Arsy mengangguk kepalanya. Lucian sudah telah air liur. Kesat. Apa yang isterinya lakukan selepas ini?

"1"

"2"

"3"

"Blossom!!! Oiii!!" Berlari laju Lucian dari situ melihat Arsy yang melepaskan semua angsa yang ada dalam reban tadi.

"Dearest! Laju nya angsa ini!" Jerit Arsy sambil lari masuk kedalam rumah. Lucian masih lagi berlari.

"Aduhh!!" Arsy mengerang seperti kesakitan. Lucian yang mendengar jeritan itu terus pergi ke arah isterinya.

"Blossom... ok, tak?" Tanya Lucian sambil melihat Arsy atas hingga bawah.

"Ok, ok." Balas Arsy menunjukkan tumb up. Lucian perlahan menepuk bahu Arsy.

"Yang pergi lepaskan itu sapa yang suruh." Lucian menggelengkan kepala. Nakal sungguh perangai isterinya.

Angsa tadi sudah dimasukkan kembali di dalam rebah oleh Ayahda Axel. Orang lain lepaskan, orang lain masukkan.






























ANGIN YANG MENAMPAR dirinya tidak dihuraukan. Lebih suka dirinya kena angin begitu. Mereka berdua naik basikal bersama pusing kampung. Lucian yang mengayuh basikal tersebut.

"Dearest! Jom singgah dekat kedai itu sekejap." Ajak Arsy sambil menunjukkan keberadaan kedai itu.

Lucian meletakkan basikal yang dinaiki di tembok. Disandarkan sahaja basikal tersebut. Lalu dia dan Arsy masuk ke kedai tersebut.

"Eh Ray! Lama makcik tak jumpa kamu." Sapa Makcik Bibah. Kedai itu ialah kepunyaan Makcik Bibah.

"Ray pun lama tak jumpa Makcik. Makcik macam mana sihat?" Sahut Arsy bersalaman dengan Makcik Bibah.

"Makcik ini macam yang kamu tengok je lah Ray. Sekejap ok sekejap tidak." Balas Makcik Bibah sambil tersenyum nipis. Dia melihat gerangan disebelah Arsy.

"Ini ke suami kamu itu Ray?" Tanya Makcik Bibah sambil melihat Lucian. Arsy hanya mengangguk kepalanya.

"Segak orangnya. Ada dapat rezeki?" Tanya Makcik Bibah. Arsy mengangguk kepalanya lagi.

"Alhamdulillah. Jaga betul betul." Pesan Makcik Bibah. Barangan yang dibeli diletakkan diatas kaunter.

"Baiklah Makcik. Terima kasih." Ujar Arsy sambil membuat pembayaran.

Hari pun sudah senja. Mereka berdua pun balik semula kerumah.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now