BAB 31

195 10 0
                                    

PERSIAPAN berjalan dengan lancar. Arsy menolong kaum hawa di dapur. Manakala kaum Adam semua menolong pasang khemah dan barang barang yang berat. Lucian sahaja yang tidak menolong kaum Adam. Kerana kurang sihat.

Lucian dari tadi mengikut sahaja Arsy pergi kemana mana. Arsy diri Lucian pun diri. Arsy duduk Lucian pun duduk.

"Dearest, kalau tak sihat rehat lah dalam bilik yer." Pujuk Arsy sambil mengelus rambut lembut suaminya. Lucian merengek.

"Tak nak! Nak duduk dengan Blossom. Aku nak bau kau. Wangi!" Rengek Lucian tidak mahu berjauhan dengan isterinya.

"Iyalah iyalah." Akhirnya Arsy pasrah dengan perangai manja suaminya.

"Aku susah kan kau ke? Isk... isk.... aku minta maaf." Menitis air mata Lucian. Terkebil kebil mata Arsy memandang suaminya. Diseka air mata yang jatuh itu.

"Mana ada Dearest menyusahkan Blossom. Tak pernah pun." Tubuh sasa Lucian dipeluk Arsy. Lucian tersedu sedu berhenti menangis.

Makcik makcik yang ada disitu melihat adegan suami isteri tadi.

"Suami kamu kenapa Ray?" Tanya mak long Arsy sambil memotong bawang. Dia melihat Lucian yang melepek lemah sahaja.

"Lian ini mak long. Muntah muntah dari semalam lagi. Ray tak tahu kenapa." Balas Arsy. Dia mengelus lagi rambut suaminya. Menenangkan Lucian yang menangis.

"Kamu tak cuba check?" Tanya makcik yang berada disitu pula. Arsy melihat Lucian disebelahnya yang tertidur dibahunya.

"Belum lagi. Ray takut nak check sebab takut kecewa." Ujar Arsy sambil menundukkan kepalanya.

"Kau check je Ray. Mana tahu tersangkut ke." Sampuk sepupu perempuan Arsy pula. Wahieda. Merupakan sepupu rapat pada Arsy juga.

"Iyalah, nanti Ray cuba." Kata Arsy tidak mahu memanjangkan lagi topik ini.























PREGNANT TEST masih lagi ditangan Arsy. Dia sudah membeli masa di farmasi tempoh hari. Sungguh tidak sangka hasilnya akan jadi begini. Menitis air mata Arsy jatuh ke pipinya. Dipegang perutnya yang masih kempis.

"Anak ibu sihat kan? Terima kasih sebab datang dalam hidup ibu dan abi." Ujar Arsy dengan nada yang perlahan pada anak didalam rahimnya.

Dia keluar dari bilik air dan terus pergi dalam bilik dia dan Lucian. Tidak sabar untuk memberitahu suaminya.

"Dearest." Kejut Arsy sambil mengusap pipi Lucian. Dikucup juga pipi itu.

"Hmm? Kenapa Blossom?" Terpesat pesat Lucian bangun dari tidurnya. Badan diangkat bertukar kepada posisi duduk.

"Apa itu?" Tanya Lucian dengan polos apabila Arsy memberinya pregnant test tadi. Arsy menepuk dahi.

"Aku mengandung ke?" Tanya Lucian lagi melihat isterinya. Arsy sekali lagi menepuk dahi.

"Dah kenapa Dearest pula yang mengandung? Blossom yang mengandung!" Ujar Arsy sambil memegang kedua pipi suaminya. Menyedarkan suaminya ini.

"Jadi sekarang ini aku bakal jadi Abi? Begitu?" Tanya Lucian lagi dengan polos. Ya Allah Kenapa dengan suaminya ini?!

"Iyalah! Tak akan Dearest jadi tukang kebun pula!" Balas Arsy sambil menggelengkan kepala. Lucian tergamam dan memeluk isterinya.

"Terima kasih! Terima kasih! Jadi Dearest dapat siptom ibu mengandung lah ye?" Pertanyaan Lucian dapat anggukkan dari Arsy.

"Kita patut berterima kasih dekat Allah. Dia bagi kita peluang." Ujar Arsy dengan keriangan.

"Anak Abi tumbuh dengan sihat tahu? Pasal siptom itu biar Abi yang dapat tak apa jangan ibu yang dapat. Abi tak sabar nak tunggu awak sayang. Berapa minggu ke bulan ini Blossom?" Dipandang muka isterinya. Diusap perut kempis Arsy itu.

"Baru tiga minggu Abi saya ini dalam perut ibu." Balas Arsy dengan membuat suara kecilnya.

Mereka pun gembira dapat berita itu. Bahagialah pasangan itu.


























TERKEJUT SELURUH keluarga Arsy mendengar berita yang disampaikan. Mereka pun turut gembira dapat berita tersebut.

"Mak long tumpang gembira juga dengar berita ini." Ujar mak long Arsy dengan lembut.

"Mak cik dah agak dah. Alhamdulillah dapat juga rezeki untuk kamu berdua. Jaga baik baik." Pesan mak cik yang menyuruh Arsy untuk check tadi.

"Tok Abah tak sabar nak jumpa cicit." Kata Tok Abah membuatkan semua diruang tamu itu meledak ketawa.

"Sabar lahh Abah oii.... yang atok dia ini pun tahan sabar juga." Balas Ayahda Axel pada ayahnya.

"Abang tak sabar kan... saya lagi lahh. Mesti comel kan." Sampuk Ummi Adriena pula membayangkan anak Arsy nanti.

"Dearest dah bagi tahu bunda dan Ayahda?" Tanya Arsy pada suaminya. Ditolak kekanan nya. Lucian mengangguk lemah. Macam mana muntah lagi kan.

"Lian dah melepek lemah dah aku tengok. Sabar lah ye?" Kata sepupu lelaki Arsy. Akmal. Umur dalam lingkungan 30-an.

"Tak pe. Ok lagi ini." Balas Lucian sambil membuat tumb up bersama dengan senyuman nipis.

"Kesian shuben saya ini." Ujar Arsy sambil mengusap pipi Lucian. Lucian suka dibelai oleh isterinya sahaja. Tidak dengan orang lain! Isterinya sahaja!

 Tidak dengan orang lain! Isterinya sahaja!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now