BAB 4

279 12 0
                                    

"ASSALAMUALAIKUM bunda, Avin dah sampai ni". Lucian masuk kedalam rumah dan menyalam tangan ibu bapa nya.

"Waalaikumsalam". Jawab keluarganya dengan serentak." Dah sampai dah Avin". Ujar Puan Haira kawan kepada Puan Melissa.

"Haah dah sampai dah Avin nya". Balas Puan Melissa sambil tersenyum. Lega hatinya dengar anaknya sudah datang. Puan Haira hanya tersenyum.

"Sini lah Avin kita makan.. sekali tu bunda nak kenalkan dengan anak Aunty Haira..ni Sarahh Amerlina dia ni baru balik dari oversea..belajar kat sana". Terang Puan Melissa dengan panjang lebar.

Lucian yang tadi berdiri sudah duduk. Lucian hanya melihat sahaja kearah gerangan wanita yang dikenalkan oleh bundanya sebentar tadi.

Sarahh yang tersadar dirinya dilihat oleh Lucian tersipu malu. Dia ingat Lucian suka dia manakala Lucian melihatnya dengan tidak senang kerana pakaian yang dipakai oleh Sarahh. Pakaian yang tak cukup kain.

Lucian hanya mengekalkan wajah bekunya itu. Dia melihat kearah bundanya dan tersenyum nipis.

"Macam mana dengan company CAELAN Avin?" Tanya Tuan Louie ayahanda kepada Lucian. "Company ok jer ayahanda". Balas Lucian dengan tenang.

"Abang ni apa bukak topik company kat rumah". Puan Melissa memang tidak suka jika hal syarikat di bawa balik ker rumah.

"Apa kata kita tanya tentang Sarahh". Ujar Puan Melissa sambil tersenyum. Sarah yang sedang makan hampir hampir sahaja tersedak dek kerana namanya di panggil.

"Yer aunty, aunty nak tanya apa dekat Sarahh?" Tanya Sarahh dengan suaranya yang terpaksa dilembutkan. Nak ambik hati bakal mak mertua lah katanya.

"Aunty nak tanya umur kamu berapa?" Tanya Puan Melissa. Dia memandang kearah Sarahh. "Ouh..Sarahh baru masuk 24 tahun ni aunty". Jawabnya dengan tersipu malu.

Dia mengerling kearah Lucian yang masih focus pada makanannya. Baik aku menghadap makanan dari menghadap muka kau yang mekap tebal 5 inci. Monolog Lucian.

"Ouh tua Avin setahun lah dari Sarahh". Ujar Puan Melissa. Bagus juga Sarahh masih muda boleh dia padukkan anaknya dengan Sarahh.

"Sarahh belum berpunya ker?" Tanya Puan Melissa tanpa segan silu. Sarahh yang tadi sedang makan tersedak dek kerana soalan yang dilontarkan oleh Puan Melissa. Straight to the point sangat.

"Ugh..ugh..ouhh Sarahh masih belum berpunya lagi aunty". Jawabnya selepas minum air.

"Ouh kalau macam tu boleh lah dipadukkan dengan anak aunty Si Avin". Ujar Puan Melissa sekali lagi tanpa segan silu.
Lucian yang menjadi pendengar perbualan mereka hanya tergamam.

"Apa bunda ni Avin belum sedia nak kahwin  lagi". Ujar Lucian dengan tenang menatap wajah bundanya. Dia bukan tak nak ada sesiapa tapi dia takut dengan pekerjaan keduanya menyebabkan dia hilang orang yang dia sayang.

"Bunda nak tengok Avin bahagia jer". Dia hanya nak tengok anaknya bahagia tapi tulah anaknya degil. Bukan susah pun permintaannya hanya mahu melihat anaknya bahagia.

"Avin bahagia jer bunda sekarang ni". Balas Lucian dengan lembut. Kalau ada jodoh adalah kalau tidak tak mengapa.

Setelah habis mereka menjamu selera mereka semua terus pergi ke ruang tahu mansion itu kecuali Lucian. Dia meminta diri untuk naik ke bilik kerana badannya berasa letih.

"Maaf yer kalau perangai atau percakapan Avin mengguris hati Sarahh". Pohon Puan Melissa. Dia pun mengerti dengan situasi anaknya.

"Tak per lah aunty...Sarahh ok jer tak terasa pun". Ujar Sarahh dengan tersenyum nipis.

"Kalau tak de apa apa lagi kami minta diri dulu lah ... malam dah makin tua mari abang , Sarahh kita balik". Ujar Puan Haira seraya dia bangun dari duduknya begitu juga dengan Sarahh dan Tuan Ridzwan.

"Terima kasih lah kerana datang diner di rumah aku". Ujar Tuan Louie." Sama sama...terima kasih jugak sebab jemput kami datang diner". Ujar Tuan Ridzwan.

"Kami minta diri dulu". Ujar Tuan Ridzwan dan keretanya meluncur keluar dari mansion itu.

Mereka berdua pun duduk di ruang tamu."Abang rasa kalau kita padukkan anak kita tu dengan Sarahh macam mana?" Tanya Puan Melissa kepada suaminya.

"Abang tak kesah sayang..tapi sayang kene tanya lah Avin dulu sebelum buat keputusan..lagipun dia yang nak kahwin bukannya kita". Terang Tuan Louie kepada isteri tercintanya.

"Yerlah Abang". Ujar Puan Melissa dengan pasrah. "Daripada sayang sebuk fikirkan pasal anak kita baik kita masuk bilik sekarang dah malam ni". Ujar Tuan Louie seraya bangun dari duduk dan memeluk bahu isterinya.





MARVIN LUCIAN CAELAN menghempas dirinya ketas katil. Ditenung syiling putih biliknya. "macam macam sahaja perangai budak budak ini." Aircond dibuka. Tetapi badannya tetap panas. Kot baju dan vest yang masih disegam dibadan nya sekarang dibuka.

"Tua sangat ke aku ni? Siap nak jodohkan pula." Gumam Lucian tidak tentu arah. Mereka mempunyai haluan hidup masing masing.

Direhatkan semula badannya diatas katil. Tangannya memicit pelepis kepala. Pening. Dia tidak mahu dijodohkan.

Malas dia memikirkan hal itu, dia terus menutup matanya. Selamat malam, dunia.

"Marvin Lucian Caelan! Hey kamu ni! Bila nak bangun? Matahari dah mula naik anak oii!!" Pekik Puan Melissa mengejutkan anak terunanya. Lucian mengerut dahi mendengar pekikan suara ibunya.

"Ye bunda , Avin nak bangun lah nii." Ujar Lucian tetapi , selimut yang digunakan untuk menutupi badannya masih lagi ditarik menutup muka.

"Bangun apa nya kalau macam ni Avin oii!! Kamu pergi bangun sekarang! Mandi!" Puan Melissa membuka selimut yang menutupi Lucian. Lucian yang masih mamai itu bangun dan mengambil tuala.

"Apa nak jadi lah dengan kamu nii , Avin." Puan Melissa menggelengkan kepalanya melihat perangai Lucian.

– T B C –

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now