BAB 13

226 11 0
                                    

Hening.

Itulah situasi bagi pihak Arsy dan Zhain. Dengan keputusan yang diambil oleh pihak Zhain sungguh menimbulkan rasa pelik dari pihak Arsy. Mereka mengambil keputusan untuk mengganjakkan tarikh perkahwinan Zhain dan Arsy.

Jam dinding yang berdetak dapat didengari di situasi yang sungguh hening ini.

"Kenapa perlu mengganjakkan tarikh nikah dalam masa begini? Bukankah pernikahan mereka esok hari sahaja." Akhirnya suara bapa Arsy, Tuan Axel memecahkan situasi ini. Dia pelik dengan pihak pengantin lelaki, bukankah waktu majlis pertunangan mereka yang paling tidak sabar sekali?

Tuan Raykarl dan puan Zharifah saling berpandangan.

"Kami minta maaf kerana mengganjakkan tarikh perkahwinan kerana kami mempunyai sedikit kesulitan yang berlaku." Balas Tuan Raykarl.

"Kenapa tidak memberitahu kami? Kami boleh tolong dan boleh saya tahu kesulitan yang dialami itu?" Tanya Tuan Axel. Semua yang berada ditempat itu melihat dan mendengar kedua belah pihak menyelesaikan masalah.

Tuan Raykarl terus tergamam tidak tahu mahu berkata apa untuk menutup masalah anaknya.

"Kami minta maaf sekali lagi kerana kami tidak boleh mengatakan hal kesulitan tersebut." Pintas Tuan Raykarl. Dia tetap lagi terlihat tenang menyelesaikan masalah tersebut. Wahal hatinya gugup untuk berkata kerana tidak mahu kes anaknya terbongkar.

"Baiklah kalau begitu, kami minta diri dahulu." Ujar Tuan Axel seraya dia bangun dan berjabat tangan dengan Tuan Raykarl.
Dia terus keluar dan balik ke mansion dia.

"Encik tak rasa sedih ker kene tangguh hari perkahwinan Encik?" Pertanyaan dari Haura menarik perhatian Zhain yang sedang tekun membuat kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Encik tak rasa sedih ker kene tangguh hari perkahwinan Encik?" Pertanyaan dari Haura menarik perhatian Zhain yang sedang tekun membuat kerja. Dia melihat wajah Haura. Cantik. Polos. Baik.

"Encik? Kenapa Encik?" Pertanyaan Haura tadi dibiarkan. Berguraukah isterinya ini? Encik?

"Salah ker Haura panggil? Maaf Haura tak tau Tuan." Makin berkerut dahi Zhain melihat Haura seperti ketakutan. Trauma pun ada. Dia bangun dari duduk dan berjalan kearah Haura. Haura yang melihat menggigil ketakutan.

"Saya tak marah awak pun. Saya cuma pelik Kenapa perlu panggil suami sendiri Encik ataupun Tuan. Tak perlu pun semua itu Haura. Awak isteri saya. Saya yang akad nikah nama Awak. Tak perlu panggil Encik. Just call me abang or apa yang sayang mahu." Terang Zhain membawa Haura kedalam dakapan hangatnya.

Haura yang merasa pelukkan itu terkesima. Dia tidak mampu membuat apa selain membalas pelukan itu.

"Abang tak rasa sedih sebab tangguh tarikh perkahwinan tu ker?" Sekali lagi Haura bertanya begitu. Dia menghela nafas. Bukan dia tidak sedih tetapi dia tidak mahu Haura berasa sedih. Malah waktu sekarang dia buntu untuk memilih Haura ataupun Arsy.

"Abang bukan tak sedih tapi Abang tak nak sayang sedih sebab cerita perkara ni." Ujar Zhain mengusap pipi isterinya. Tidak sangka dia boleh membuka hati kepada isterinya, Haura.

"Haura yang salah dalam hal ni. Kalau Haura tak ada mesti Abang dan Kak Arsy tu dah berkahwin kan? Abang pilih sahajalah antara kak Arsy atau Haura." Kata Haura dengan nada sayunya. Dia berasa diri dia yang bersalah.

"Astaghfirullah sayang...mungkin kita ditakdirkan untuk bersama. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Bagi Abang waktu untuk fikirkan tentang hal ini." Usai berkata begitu dia terus berjalan keluar dari bilik meninggalkan Haura yang terpingga pingga.

" Usai berkata begitu dia terus berjalan keluar dari bilik meninggalkan Haura yang terpingga pingga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now