BAB 26

199 9 0
                                    

"Mana dia?" Dingin suara Lucian menanyakan soalan kepada anak buahnya. Menunduk wajah anak buahnya.

"Dia ada di bilik zon merah Tuan Muda. " Balas anak buahnya. Mereka mengiringi Lucian pergi ke bilik tersebut.

"Aku rasa 'haus' sekarang ini." Ujar Lucian dengan senyuman misteri. Dia memberikan arahan kepada anak buahnya.

"Ahh!" Terdengar suara jeritan. Basah kuyup tubuh yang dalam keadaan terikat tangannya dengan gari.

"Kau... kau si..apa?" Tanya lelaki yang digari itu. Badannya sangat lemah kerana dipukul, diseksa dengan kejam.

"Kau tanya aku? Eh! Kau sudah lupa kah? Perempuan yang kau ganggu vikram?" Balas Lucian dengan sinis. Tangannya menari nari menyentuh senjata tajam.

"Perempuan? Apa kau merepek ini?" Pertanyaan dari Vikram memecahkan tawa sinis Lucian.

"Merepek? Eh! Kalau kau nak tahu perempuan itu tunang aku Vikram!" Jerkah Lucian. Pucat sudah muka Vikram tika ini.

"Mana kau tahu nama aku?" Tanya Vikram dengan perasaan takut.

"Tahu nama kau? Aku rasa tak penting untuk kau tahu. Baiklah aku tak mahu buang masa. Mari kita main sekarang?" Lucian menapak mendekati Vikram.

"Tangan mana yang kau guna untuk sentuh dia?" Tanya Lucian dengan dingin. Senyap. Hampanya soalan itu tidak dijawab .

"Kalau begitu, aku potong sahaja lah dua dua. Tiada fungsi pun tangan ini untuk kau kan." Membulat besar mata Vikram mendengar ujaran Lucian.

"Aghhhh!" Jeritan Vikram kesakitan. Bergema jeritan tersebut dipelusuk bilik yang gelap itu. Terjelumpur badan tidak bemaya itu dilantai.

"Apa kata kita buat pada kaki pula? Sebab kaki ini pun tiada guna itu diri kau kan?"

"Aghhhh!" Vikram tidak boleh berbuat apa. Dia hanya mampu menjerit kesakitan sahaja.

Lucian tersenyum sinis. Jeritan Vikram sekarang bagai irama musik yang bagus baginya.

"Kau ingat senang senang aku nak lepaskan Kau? Lepas apa yang kau buat pada kesayangan aku? Tidak! Tiada sapa yang boleh sentuh kepunyaan aku! Walaupun sedikit!" Gumam Lucian tidak puas hati. Dengan cara inilah dia dapat memuaskan hatinya.

"Nizam, wildad. Selesaikan. Aku tidak mahu satu titik darah pun yang tinggal." Setelah berkata begitu, Lucian terus beredar pergi.

"Selt, bawa aku balik mansion." Arah Lucian masuk ke dalam kereta. Meluncur kereta itu pulang ke mansion.

TBC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC.

THE STORY BETWEEN US [ C ]Where stories live. Discover now