" Aira ! "Gadis yang bernama Aira tersebut , terkejut apabila disergah oleh kawan baiknya .
" Kau kan , cubala bagi salam , bagi intro sikit . Ni tak , main sergah-sergah camtu , nasib baik aku ni tak berpenyakit tau , kalau tak memang kau adalah orang pertama yang aku akan kacau bila aku dah jadi hantu nanti "
Kata Aira sambil menjeling kawan baiknya , Irish . Irish yang mendengar kata-kata Aira itu , tertawa kerana muka kawan baiknya pada masa itu kelihatan lucu baginya .
" Alaa lek la Aira , aku saja je nak kacau kau . Yela mana la tau , kita akan berpisah ke apa nanti , kan dah tak dapat spend time together lagi . Masa tu nak nangis air mata darah pun takde guna lagi dah " kata Irish sambil tersengih .
Mereka berdua memang tidak pernah berpisah . Pergi la mana-mana , memang akan sentiasa berdua , macam belangkas la kata orang .
Aira yang mendengar kata-kata Irish tersebut lalu berkerut mukanya .
" Tak yang kau nak sendu sangat ni dah apahal ? Kau nak mati ke apa ni ? Boleh tak jangan cliche sangat kalau nak mati tu ? Cer kau bagi aku ferarri sebijik ke rumah sebijik ke , masa tu baru aku benarkan kau mati . Itu baru la ciri-ciri best friend till jannah yang baik " gurau Aira untuk menceriakan suasana .
Mendengar kata-kata Aira membuatkan Irish berasa geram dengan kawan baiknya yang sorang ini . Dia lalu memukul lembut bahu Aira sambil bercekak pinggang .
" Amboi mulut , kau memang nak aku mati ke apa ni ? Sampai hati kau Aira , aku punya la sayang diri kau yang bengap lagikan single tu , kau balas aku balik camni ? Sakitnya tuh di sini " Irish memegang dadanya dengan dramatik sambik membuat mimik muka yang ingin menangis .
" Eh ada tengok remote tak ? Nak tukar channel . Malas nak tengok drama tv3 yang tak berbayar ni " Aira menyindir kawan baiknya itu lalu pergi ke dewan makan .
Irish yang mendengar kata-kata Aira tersebut ketawa kerana dia suka mengusik kawan baiknya itu . Benda tu macam perkara yang harus dilakukan kalau jumpa dengan Aira . Dah jadi visi hidup Irish untuk mengusik Aira .
" Alololo shayang bucuk airaaa , majuk eh ? "
kata Irish sambil berlari dengan perlahan untuk mengejar kawan baiknya itu ." Aku tahu kau single , rish tapi jangan la nampak sangat . Kau okay ke wei ? Nak aku call rumah orang sakit jiwa ke ? Insyaallah aku lawat kau 3 bulan sekali tapi aku tak janji okay ? Kau duduk baik-baik kat sana tau "
dan sekali lagi , Aira menerima tamparan di bahunya tapi kali ni agak kuat dan ini membuatkan Aira ketawa kerana berjaya membuat kawan baiknya marah .
" Eh hello , kalau aku masuk kat sana , aku memang akan tarik kau sekali . Takyah 3 bulan sekali , aku pergi je bilik sebelah untuk tengok muka kau tu " kata Irish dan mereka berdua bergelak sakan sambil berjalan ke DM .
Semasa mereka sedang berbual sambil memakan mi goreng special kegemaran mereka . Tiba-tiba meja mereka didatangi oleh seorang budak tingkatan 1.
" K-kak A-Aira kan ? " tanya budak tersebut
" Ya , saya . Kenapa ? Adik okay tak ni ? Kenapa pucat sangat muka ni ? " bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Aira kepada budak yang tak dikenalinya itu akibat risau setelah melihat muka juniornya itu .
" S-Saya okay je . Kak Aira , ada orang minta saya untuk bagi benda ni dekat kak aira "
Melihat name tag budak tersebut , Aira lalu menanyakan soalan yang sama ,
" Okay okay , Nisa . Tengok muka kakak . Tarik nafas . Nisa sure , Nisa okay ? Ke Nisa belum makan ni ? Nak kakak minta orang hantarkan Nisa pegi klinik ke ? "
" Nisa okay tapi kakak perlu baca benda ni " kata Nisa , masih menegaskan bahawa dirinya okay saja namun mukanya kelihatan jauh daripada okay .
Setelah memberikan memo kecil berwarna kuning tersebut kepada Aira , dia terus berlari meninggalkan tempat tersebut.
Melihat situasi tersebut , Irish kelihatan keliru dan kawan baiknya juga turut menunjukkan reaksi yang sama .
" Creepy siot . Dia cam eh tiber tapi at the same time meghisaukan eh " kata Irish
Aira hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum mendengar kata-kata Irish . Dia lalu melihat memo kuning yang telah dilipat kecil yang terletak di tapak tangannya itu . Aira hanya merenung memo tersebut kerana masih berfikir untuk membuka benda tersebut atau buang saja .
" Buka la . Penat-penat budak tu pi hantar benda ni kat kau . Sayang pulak nak buang . "
Aira lalu memutuskan untuk membuka memo tersebut setelah mendengar kata-kata Irish yang ada betulnya .
Aira membuka memo tersebut
YOU ARE READING
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"