2.3

97 15 109
                                    



" kau jangan lupa tau cendawan ! kalau kau tak datang , memang aku serbu rumah pak long untuk heret kau . "

aira tertawa kecil mendengar kata-kata jejaka tersebut .

" insyaallah , aku pergi . jangan risau la , kalau aku tak pergi pun bukannya tak jalan majlis kau tu . "

" ahhh takde takde .. kau tak datang , memang aku tak tegur kau setahun "

" heeleh , lelaki pun nak merajuk " usik aira .

" whatever .." jelas kedengaran meluat suara jejaka tersebut .

" kau ... tak jemput dia kan ? "

tiada balasan daripada hilmi membuatkan aira mengangguk faham .

" dia ada la maksudnya .. "

" aku tak nak jemput dia pun sebenarnya tapi mak aku dah bagi kad jemputan kat dia . jadi nak tak nak , hadap je lah .. sorry dho cendawan .. " hilmi berkata dengan kesal .

" takpelah hilmi .. takkan aku nak halang dia datang ? lagipun ni kan majlis kau , biarlah mamat tu nak datang ke tak .. dahlah , aku nak cau dulu . tahniah mat , laku jugak kau eh ? "

" coii .. nasib baik aku sayang kau . dah bye , jangan tak datang tau ! "

aira hanya tertawa kecil lalu menamatkan panggilan tersebut .

tak sangka sepupunya itu akan menjadi suami orang tak lama lagi . rupanya , majlis pertunangan hilmi telah diadakan masa persekolahan menyebabkan dia tidak dapat hadir ke majlis tersebut .

" hmm , navy blue .. aku mana ada baju kurung warna tu haih .. mak long ada- opocot ! mak longgggg .. nak tercabut jantung adik ni haa .. " terkejut dengan kehadiran mak longnya di muka pintu .

mak long tertawa kecil mendengar anak buahnya melatah .

" mak long dari tadi panggil adik turun bawah , makan . tak juga turun-turun . adik buat apa sampai tak dengar mak long panggil ? "

" sorry lerr , hilmi call tadi , cakap pasal majlis dia tu . mak long ada baju navy blue lebih tak ? adik nak pinjam satu boleh ?" kata aira sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

" aduhaii .. mak long ada satu je baju navy blue .. takpe takpe , nanti mak long suruh pak long kamu bank in duit buat beli baju ye ? nanti bawak la kawan kamu zahrin tu untuk teman . "

" haa boleh jugak . dah dah jom makan , perut aira dah buat concert dah ni . "



++++



hari berjalan seperti biasa , zahrin pick-up dia dekat rumah dan mereka terus ke pusat beli-belah yang berdekatan kerana malas ingin membuangkan masa .

" bosan dho tengok muka kau je cuti ni "

mendengar kata-kata aira membuatkan zahrin ketawa sinis .

" ohh bosan ? tapi aku juga yang kau suruh untuk jemput kau apa semua . aku juga yang kau minta teman . orang yang kau bosan sangat nak tengok ni la yang kau-"

" okayyyy terima kasih sangat-sangat tuan zahrin kerana sanggup meluangkan masa bersama patik . patik sangat mengahargainya . " dengan nada yang sarkastik , aira berkata .

zahrin hanya memutarkan bola matanya sambil tersenyum lembut .

tiba-tiba , semasa mereka ingin memasuki satu butik , telefon milik zahrin berdering membuatkan mereka berdua terhenti seketika .

lacuna . phcWhere stories live. Discover now