Empat pelajar tersebut sedang menunggu ketibaan pengetua di luar pejabat untuk disoal siasat .
Aira mengerling kawan baiknya dan dia bingung melihat ekspresi Irish .
Minah ni boleh tersenyum masa genting macam ni ?
Dia kemudian menoleh ke belakang untuk melihat wajah junior nya , Nisa .
Yang sorang senyum , yang sorang ni dah macam mayat hidup , sorang lagi macam mana ?
Aira kemudian melihat wajah orang kanannya , Batrisyia yang berada di belakang Nisa .
Hm . Kosong . Macam hatiku . Eh tiber .
Aira kemudian dikejutkan oleh tepukan lembut dibahunya .
" Kau okay ke tak ni nyah ? " Irish bertanya kepada Aira .
" Nervous sikit ah sebab tak sangka juga aku kena panggil " Aira jujur berkata .
" Ala takde apa-apa la . Kau tak buat salah , kau rilek je unless ... " Irish membiarkan ayatnya tergantung dan hanya merenung muka Aira .
Eh eh minah ni , dia nak cakap muka aku ni macam penagih dadah ke ?
" Eh senah , kau ingat aku ni gila sangat ke nak ambik benda jahanam tu ? " tanya Aira kepada Irish dengan muka yang jelas menunjukkan tidak berpuas hati .
" Nyah , aku tengok muka kau je pun , aku tak cakap apa-apa . yang kau gelabah sangat ni dah apahal ? " tanya Irish dengan curiganya .
Ha sudah , minah sorang ni dah start dah nak jadi detektif tak berbayar .
Aira menjentik dahi Irish dengan kuat lalu berkata ,
" Kau tak payah cakap , tengok muka pun dah tau yang kau tu tengah suspek aku yang main benda jahanam tu " jeling Aira kepada kawannya .
" Eh we never know , you know ? Mana la tau kau terjebak dengan budak bawah jambatan "
" Budak bawah jambatan amende kau ni ? Bukan budak bawah jambatan tu , budak yang main hisap gam ke ? Lagipun , aku kan kat asrama , jambatan mana aku nak pergi kat sekolah ni ? Kaya nau sekolah ni . " sindir Aira
Mendengar kata-kata Aira membuatkan Irish ketawa kecil .
" But still , kau memang tak sentuh benda haram tu kan ? " tanya Irish kepada Aira .
" Mati hidup balik pun , aku takkan sentuh benda tu " kata Aira .
" Or , kau yang sebenarnya main benda alah tu ? Haaaa bagi tau aunty dayang , jeng jeng jeng " usik Aira sambil mencuit bahu Irish . Sengaja sebut nama aunty dayang, ibu kepada Irish . Rindu pula dengan kek coklat yang sering Irish bawa ke dorm , setiap kali kembali dari cuti sekolah .
" Eh eh dia main nama mak kita pula . Eh jenab , aku siku ko kang , baru tahu " kata Irish sambil menunjukkan sikunya ke muka Aira .
Aira tergelak melihat respons Irish namun gelaknya terhenti ketika dia melihat kelibat pengetuanya yang dalam perjalanan ke pejabat .
Setibanya pengetua mereka di pejabat, satu-satu pelajar dipanggil untuk masuk dan disoal siasat .
Semasa giliran Aira , seseorang hanya tersenyum puas ketika giliran Aira dipanggil .
" Jujur saya berkata , saya amat kecewa mendengar laporan ini , Aira . " kata pengetua setelah Aira melabuhkan diri di kerusi yang disediakan .
Aira mendengar kata-kata pengetua tersebut , mula rasa keliru .
Dia kecewa sebab aku tak jaga pelajar dengan baik ke ? Or dia tuduh aku yang main benda alah tu ?
" Maksud pengetua ? Pengetua kecewa sebab saya tak jaga pelajar-pelajar STIA ke ? Ataupun pengetua - " belum sempat Aira menghabiskan ayatnya , Encik Bahari menghentakkan tangannya ke meja dengan kuat menyebabkan Aira terkejut .
" Jangan nak berlakon depan saya Aira ! Seorang pelajar dari dorm yang sama dengan awak , report yang dia jumpa benda bodoh ni dalam lokar awak ! " kata pengetua sambil melemparkan satu plastik kecil berzip yang mempunyai serbuk putih di dalamnya .
HAH ? LOKAR AKU ??
" Eh jap jap , lokar saya ? Benda ni dalam lokar saya ?? Biar betul ni pengetua ? Saya pegang benda tu pun tak pernah apatah lagi guna . Ini semua bukan kerja saya pengetua, saya difitnah ! " Aira kemudian berdiri kerana rasa terhimpit bila dirinya dituduh sebegitu .
" Kalau betul lah awak tak pernah pegang benda ni , macam mana benda ni boleh ada dalam lokar awak , Aira Kirana ?! Awak sedar tak yang saya boleh bawa awak ke balai sekarang dan awak boleh masuk dalam penjara ?! Awak dengar ke tak ni Aira ?! "
" Sumpah demi Allah saya tak pernah tengok , sentuh apatah lagi gunakan benda haram ni , pengetua . Just because benda ni ada dalam lokar saya , tak bermaksud benda ni saya yang punya ! Ada chance yang orang lain letakkan benda haram ni dalam lokar saya untuk memerangkapkan saya ! " Aira meninggikan suaranya apabila pengetua mula menunjukkan yang dirinya tidak lagi boleh dipercayai .
" Saya dah soal siasat lima orang pelajar yang sama dorm dengan awak , Aira dan semua cakap benda yang sama bahawa awak selalu pergi ke belakang sekolah pada waktu tengah malam ! Awak pergi sana sebab awak beli benda ni kan ?! Jawab Aira ! "
Binatang mana pula cakap benda ni ? Sejak bila aku selalu pergi sana ? Buang tabiat ke apa nak pergi sana tengah-tengah malam ? Dahla jauh , gelap lagi tu . Kau ingat aku nak ke jumpa dengan cik gula-gula ?
" Siapa yang pengetua tanya tu ? Sejak bila saya pergi sana ? Saya boleh bawa saksi yang saya memang stay dalam bilik masa tengah malam , pengetua. Saya boleh bawak Irish untuk jadi saksi saya sebab dia roommate saya "
" Masalahnya, Irish pun cakap benda yang sama , Aira Kirana ! " kata pengetua sambil menghentakkan tangannya dengan kuat ke atas meja .
Aira terkedu .
Irish cakap macam tu ? Irish ?
Pengetua STIA melihat reaksi Aira hanya mengeluh kemudian melabuhkan diri ke atas kerusinya .
" Saya terpaksa buang awak dari sekolah ni , Aira . Kira baik saya tak bawa benda ni jadi kes polis , Aira . Kalau tak , masa depan awak memang akan lebih gelap . Saya tak sampai hati untuk reportkan hal ni sebab bapa awak sangat berbakti kepada sekolah ni . Beliau sering memberi sumbangan sekiranya kita memerlukannya . Kenapa awak sanggup buat macam ni Aira ? " tanya pengetua kepada Aira .
Aira hanya mendiamkan diri kerana masih terkejut bahawa kawan baiknya sendiri mengkhianati dirinya .
Ketibaan Dato' Khairulnizam , bapa kepada Aira di pejabat tersebut menyebabkan mereka terkejut kerana pintu tersebut dihempas dengan kuat .
PANG !
Dia menampar Aira dengan kuat sehingga terduduk Aira dibuatnya .
" Dasar anak tak kenang budi ! Aku tak pernah ajar anak aku main benda sial tu ! Kau memang selalu memalukan nama aku kan Aira ! " tengking Dato' Khairulnizam .
PANG !
" Buang masa dan tenaga aku besarkan anak macam kau ni . Hidup pun bawak sial je lah ! " kata Dato' Khairulnizam dengan mukanya yang jelas jijik dengan Aira .
Dato' Khairulnizam baru sahaja ingin menampar anaknya buat kali ketiga namun ditahan oleh Encik Bahari , pengetua STIA .
" Bawa bersabar , dato' . Benda ni takkan ke mana kalau dato' tampar dia . Makin teruk nanti kalau kita teruskan . " kata pengetua yang tengah mencuba untuk memujuk Dato' Khairulnizam.
Dato' Khairulnizam hanya mendengus kasar sebelum meninggalkan pejabat tersebut .
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.