" KUDRAT , here I come . "" Adik , pendaftaran adik , pak long dah settlekan , dorm adik nanti ada dua orang pengawas akan tunjukkan jalan . Adik nak pakai skirt hitam ataupun adik nak pakai seluar hitam macam pelajar lain ? "
Mendengar persoalan pak longnya membuatkan dia tersenyum lucu .
" Pak long tahukan adik macam mana ? Muka adik nak pakai skirt ? Lambert lagi . Buat apa pilih skirt kalau boleh pakai seluar ? Senang sikit adik nak wachaa kan dorang kalau apa-apa jadi " kata Aira sambil melibaskan rambutnya .
Pak long hanya tertawa kecil . Dia memang dah dapat agak jawapan anak buah kesayangannya itu .
" Bagusla kalau macam tu . Senang sikit kerja pak long . Takyah nak tempah skirt untuk adik . Nah , ni necktie dengan seluar hitam untuk adik . Kalau besar sangat , adik bagi tahu pak long . Pak long ada belt . " Kata pak long sambil memberikan necktie dan seluar hitam tersebut kepada anak buahnya .
Sheesh . Cool siot necktie ni . Bapak hensem uniform dorang . Kene kene kene . Ana suka ana suka .
Aira tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya semasa menyambut uniform tersebut . Pak long melihat gelagat Aira hanya mengusap kepalanya dengan lembut lalu berkata ,
" Tau la happy takyah pakai skirt tapi jangan la nampak sangat happynya tu . Awak tu perempuan Aira oii . Jangan lepas pakai uniform ni , terus tukar gender pulak . Ada yang kena kang . " kata pak long sambil menjentik lembut dahi anak buahnya itu .
Aira hanya tertawa kecil sebelum menganggukkan kepalanya .
" Mana pengawas yang pak long cakapkan tu ? "
" Aikk kenapa mencari ? Nak try ? " pak long mengusik .
" Eh pak long , awal sangat ni . Bukan bukan . Salahh eh salahh "
" Oh salah eh ? Mana la tau kan , jumpa jodoh kat sini . Lagipun si Naim tu not bad apa ? " pak long mengangkat keningnya dengan senyuman mengusik .
Aira hanya memutarkan bola matanya lalu berkata
" Jumpa pun belum pak long , jangan nak macam-macam . Adik report ngan mak long nanti haa kan naya tido kat luar " giliran Aira pula mengusik .
Pak long tertawa mendengar kata-kata Aira
" Yela yela pak long angkat bendera putih , yeay adik menang " kata pak long dengan nada yang sarkastik .
" Dah adik pegi depan tu dulu , tunggu Naim kesayangan pak long tu " sengaja menekankan nama si pengawas yang tidak dia kenali itu .
Aira melihat kawasan di sekelilingnya sementara menunggu tour guidenya di sekolah tersebut .
Not bad . Lawa juga sekolah ni . Lagi lawa dari sekolah STIA eventho all boys school .
Semasa dia sedang mengagumi interior sekolah tersebut , ada satu suara menegurnya dan membuatkan dia sedikit terkejut .
" Aira Kirana ? Anak buah Tuan Yusof ? Kan? "
Aira menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang menegurnya .
Ooooo..kayy .. Hmmm ... Now I get it kenapa pak long cakap dia ni not bad .. Ni bukan tahap not bad tapi ni dah tahap BAPAK AH HENSEM SIAK
" Ooo cik Airaa .. Are you still with me or roh awak dah cau entah ke mana ? " si dia memetik jarinya untuk mendapatkan perhatian Aira yang jelas mengelamun .
" Eh oh aaa hai ! Yes , saya masih kat sini alhamdulillah and yes again , saya Aira Kirana . Sorry mengelamun kejap . " kata Aira sambil tersengih .
" Eh takpe takpe , faham je . So kita gerak sekarang boleh ? Meh sini awak punya beg tu . "
YOU ARE READING
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"