0.5

251 16 3
                                    


" Aira Kirana ! Stay where you are "

Aira terkedu apabila dirinya diseru sebegitu . Dia mengangkat mukanya untuk melihat siapakah gerangan yang memanggilnya .

Pak long  .. ? Dia buat apa kat sini ?

" Tergamak kau buat anak kau sendiri macam ni Khairul ? Eh binatang pun sayangkan anak la daripada kau ! Bapa jenis apa kau ni , sampai nak halau-halau bagai ? Bapa kita sendiri tak buat kita sampai macam ni , kau yang melebih-lebih sangat ni dah kenapa ?? " Pak long menuding jarinya ke arah Encik Khairulnizam dengan amarah .

Buat pertama kalinya , aku rasa aku diperlukan .

Buat pertama kalinya , aku rasa dilindungi .

Buat pertama kalinya , aku rasa disayangi .

Air mata yang sudah lama ditahan akhirnya mengalir jua .

" Aku tak paham , macam mana kau boleh percayakan orang luar berbanding anak kau sendiri , darah daging kau sendiri . Aku tau yang kau tu bengal tapi aku takla expect kau sebengal ni khairul " ucap Pak long dengan nada sinisnya .

" Kau tak payah la nak masuk campur hal keluarga aku . Kau jaga family kau sendiri dahla , yang kau nak sibuk hal family aku jugak dah apahal ?! " Encik Khairulnizam berasa panas akan statement yang dilakukan oleh abangnya itu .

" Eh bangang , bodo tu simpan sikit boleh tak ? Kalau kau tu adik aku , dah semestinya dia tu family aku juga , bangang . Kalau bapa dia sendiri tak pandai jaga dia , takpe at least dia ada pak long yang dia boleh harap . Bukan macam kau ! Anak sendiri pun dibuat macam sampah . Kalau tak nak jaga anak , takyah la buat anak , bingai ! " segala cacian dilontarkan oleh pak longnya kepada Encik Khairulnizam .

Setelah melampiaskan amarahnya , dia pun menarik tangan Aira lalu menolongnya mengangkat kotak-kotak miliknya .

" Eh kau nak bawak pegi mana anak aku tu ?!" tanya Encik Khairulnizam dengan tidak puas hatinya .

Mendengar persoalan adik bongsunya itu membuatkan dia tersenyum sinis lalu berkata,

" Kisah pulak kau pasal dia ? Tadi bukan main halau bagai " dengan suara garaunya sambil menatap tajam muka Encik Khairulnizam .

Encik Khairulnizam berasa gerun akan pandangan tersebut lalu menundukkan kepalanya .

" Engkau taknak jaga dia takpe . Biar aku dengan bini aku sendiri jaga dia . Dasar bapa tak berguna . "

Dengan itu , dia menarik tangan Aira lalu meletakkan semua barang-barangya dia dalam boot kereta .

" Masuk Aira . Jom kita pergi dari sini . Takyah lama-lama kat neraka jahanam ni " kata pak long sambil membuka pintu kereta untuk anak buah kesayangannya .

Mendengar kata-kata pak long membuatkan Aira tersenyum lalu masuk ke dalam kereta pak longnya .

Boleh tahan jugak pak long aku ni kalau marah . Kalah aku mat . Once dia bukak mulut , fuhh menusuk ke kalbu sobatt .

Mereka beredar dan tidak sampai setengah jam , mereka sampai ke destinasi mereka iaitu rumah banglo pak longnya .

" Masuk la , takyah malu-malu . Mak long kamu dah risau dah tu kat dalam . Cepat pergi peluk dia " kata pak long sambil tersenyum .

Aira tersenyum lucu mendengar kata-kata pak longnya lalu meminta izin untuk pergi ke arah mak longnya .

Aira mengetuk pintu rumah tersebut dan tidak sampai seminit , pintu tersebut dibuka oleh seseorang dengan tergesa-gesanya . Aira ditarik ke dalam pelukan dan air matanya kembali mengalir setelah mendengar pujukan mak longnya .

lacuna . phcWhere stories live. Discover now