" Perhatian . Diminta pelajar yang bernama Aira Kirana bt Khairulnizam , sila pergi ke parking lot kudrat sekarang juga kerana bapa anda sedang menunggu . "masa seperti berhenti berdetak . degupan jantungnya yang normal bertukar menjadi laju . dadanya terasa sakit kerana rasa sesak untuk bernafas .
shit . shit . shit . kenapa mesti sekarang ?
aira terduduk lalu menekap dadanya kerana berasa terlalu sesak .
" aira ? aira ? hey , aira ! kau okay tak ni ? " amirr panik kerana aira tiba-tiba jatuh terduduk sebegitu .
naim yang sedar bahawa aira sedang mengalami panick attack, dengan cepat berlutut di sebelah aira lalu memegang muka aira dengan lembut .
" aira sayang .. hey hey aira , relax relax . relax okay ? tarik nafas slow slow , hembus . tarik nafas , hembus . "
naim mengulang langkah-langkah tersebut sehingga aira boleh bernafas seperti biasa . dia lalu menekap dua jarinya ke leher aira untuk memeriksa nadi aira .
" tarik nafas .. hembus . you're doing good aira . relax okay ? relax . im right here , takkan pegi mana-mana . you're not alone right now , okay ? tarik nafas .. hembus . "
rasa sesak di dada aira kian menghilang namun mukanya masih kelihatan pucat .
ramai yang memerhati adegan tersebut , termasuklah ayam dan fakhri .
fakhri bersyukur yang aira tidak apa-apa namun dia tahu di sudut hatinya , dia berharap yang dirinya berada di tempat naim .
kenapa naim ? kenapa bukan aku ?
" aku tarik kau slow-slow okay ? kau cuba untuk berdiri . okay , aira ? "
aira hanya mampu mengangguk . separuh tenaganya sudah hilang akibat panick attack tersebut .
naim menarik tangan aira dengan lembut untuk membantunya berdiri .
" kau nak aku temankan tak , jumpa bapak kau tu ? ke kau nak aku bagi tahu bapak kau yang kau tak berapa sihat sekarang ? " naim bertanya .
aira menggelengkan kepalanya . masih berdegil kerana dia ingin tahu apa tujuan bapa dia kemari .
" tak , aku nak jumpa dia . maybe ada benda yang dia nak bincang . kalau tak , takkan la dia nak datang dari jauh pegi sini kan ? "
mesti ada benda yang dia nak bincang sampai sanggup datang sini . macam la orang tua tu rajin sangat . lagi-lagi kalau nak jumpa aku .
naim yang mendengar kata-kata aira tersebut hanya mampu menganggukkan kepalanya . dia tahu kalau dia cakap apa pun , bukannya aira nak dengar . jadi , daripada mengsia-siakan tenaga yang ada , better angguk je .
" amirr , aku temankan aira jap , takut dia pengsan kang kat tengah jalan . kau jaga dorang eh . jangan sampai ada yang mati pulak " pesan naim kepada amirr lalu mengekori aira yang sudah jauh di hadapan .
amirr hanya menggelengkan kepalanya sambil memutarkan bola matanya .
" macam la kitaorang ni tengah berperang . main badminton je kut , apa yang mendatangkan maut nya ? bengong bethol "

ANDA SEDANG MEMBACA
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"