2.5

99 15 83
                                    



mamat poyo @ kahak
__________________________________

Wednesday

mamat poyo @ kahak
weyh pendek, aku kat belakang tau
tgh tolong cuci periuk kuali dgn budak kpg
rajin kan bakal suami kau ni 🤗
kalau ada apa2, pergi je kat blkg
delivered at 6.48 p.m

mamat poyo @ kahak
kau okay, pendek ?
busy sangat eh kat dapur tu ?
nak aku tolong tak ?
aira ??
delivered at 7.56 p.m

mamat poyo @ kahak
aku dah dengar apa yang jadi.
aku hantar kau balik.
jumpa kat depan.
delivered at 8.30 p.m

mamat poyo @ kahak
jangan difikirkan sangat hal tadi
goodnight.
mimpi yang indah, aira.
seindah diri kau.
delivered at 10.23 p.m

Today

you
sorry, aku baru baca mesej kau
thanks kahar
for everything
i mean it
🫶🏻

mamat poyo @ kahak
sama2 pendek
dah makan ke
kau katne skrg ni

you
baru je makan tadi
aku kat kudrat sekarang
asal tanya ?

mamat poyo @ kahak
ohh takde apa2
bagusla kalau kau dah makan
jap.
asal kau kat kudrat?
pendek ?
weyh
aku tahu la ada kem tapi awal sangat ni aira
aira ??
seen

___________________________


" sorry la kahar, tapi aku terpaksa seen kau. " ujar aira sambil tertawa kecil. dirinya berasa malas untuk menceritakan punca sebenar dia pulang awal ke kudrat. mengenali kahar, dia tahu kahar akan terus pulang ke kudrat sekiranya dia berterus terang kepada jejaka itu. jadi lebih baik dia berdiam diri.

setelah menukarkan bajunya ke pakaian yang lebih selesa, dia membawa dirinya ke dorm 4 kasturi. niatnya ingin mengembalikan buku nota ayam namun dia mendengar muzik yang dipasangkan dengan kuat. dia cuba menjenguk dari celah-celah tingkap, memeriksa sekiranya ada orang di dalam dorm tersebut.

tanpa aira sedari, ada satu susuk tubuh yang tertawa kecil, melihat telatah aira dari jauh.

' nak merompak ke ni ? eh tak mungkin. comel sangat ni kalau nak jadi perompak. ni kalau betullah datang merompak, memang aku bagi jiwa raga terus. tanpa paksa. ' omel jejaka itu dalam hati. dia hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum kecil melihat aira yang masih terjenguk-jenguk di tingkap dorm tersebut. tanpa membuang masa, jejaka itu melangkahkan kakinya ke arah aira .

mendengar derapan langkah kaki yang semakin mendekatinya itu, aira lalu menoleh untuk melihat siapakah gerangannya.

setelah melihat gerangannya, dia melambaikan tangannya ke arah jejaka tersebut. jejaka itu tersenyum manis sebelum membalas lambaian aira .

belum sempat jejaka itu menegur aira, aira terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di bibir, sebagai tanda untuk jejaka itu tidak mengeluarkan sebarang suara.

" kenapa ? " fakhri berbisik.

aira menudingkan jarinya ke arah tingkap dorm tersebut sebagai jawapan untuk soalan fakhri.

lacuna . phcWhere stories live. Discover now