0.4

226 14 15
                                    



Aira kini berada di dormnya , tengah mengemas barang-barangnya buat kali terakhir namun pergerakannya terhenti apabila seseorang yang dia elak untuk berjumpa kini berdiri di hadapannya .

Dengan muka yang gembira .. ?

Kau memang betul-betul manusia bertopengkan setan kan Irish ? Sanggup kau buat aku macam ni ? Apa salah aku dekat kau ? Aku ingatkan kita ni kawan atau aku sorang je yang anggap kita kawan sekarang ni Irish ? Kau memang dah lama bencikan aku ke Irish ?

Semua persoalan yang bermain di kepalanya , dia cuba untuk tidak menghiraukannya dan fokus mengemas walaupun ada jembalang setan yang tengah memerhatinya .

" Tch , dah jadi macam ni pun , kau tetap nak pasang muka sombong kau tu ? Dasar penagih dadah . " kata Irish dengan nada yang mengejek sambil tersenyum sinis .

Aira yang mendengar kata-kata Irish , hanya membiarkannya walaupun sekarang dia ingin menimbuskan kepala Irish 7 kaki ke dalam tanah tapi apakan daya , dahla nama tercalit dalam kes dadah takkan nak tambah lagi kes bunuh ? Ye dok ?

Aira meletakkan semua barang miliknya yang berada di atas meja belajarnya itu ke dalam kotak yang disediakan .

" Ohh ni memang side effect lepas ambik benda haram tu ke ? Pekak ? Sorry la , aku taktau sebab aku tak pernah pegang benda haram tu , bukan macam orang tu " sekali lagi , Irish berkata dengan nada yang mengejeknya sambil muka yang amatlah menunjukkan bahawa dia sangat bahagia akan pemergiannya .

Melihat reaksi Aira yang sangat tenang dan seperti tidak terkesan pun akan kata-kata Irish , membuatkan dirinya seperti orang bodoh dan itu membuatkan hatinya panas .

Irish merentap lengan Aira dengan kasar , lalu berkata ,

" Eh betina , kau pekak ke ? Aku tengah cakap dengan kau ni kan sial ? Dahla jadi penagih dadah , pekak lagi tu . Pi mati je la kau sial "

Aira hanya menepis kasar tangan yang merentap lengannya dengan kasar ,

" Ha sudahh .. Aduhhhh kan dah kena samak lepas ni . Haishh macam mana la najis mughazalah ni boleh pegang kau Aira ? Hishh menyusahkan betul la " kata Aira sambil mengusap lengannya yang direntap oleh Irish sambil menunjukkan muka yang agak jijik .

Melihat reaksi Aira , hati Irish semakin panas dan ini membuatkan dia mengangkat tangan untuk menampar muka Aira namun Aira lebih pantas untuk menahan tangan Irish dengan menggenggam pergelangan tangan Irish dengan erat sambil menatap muka Irish dengan tajam .

" Eh betina , kau yang provoke , kau yang panas . Kalau diri tu cepat koyak , jangan la kacau orang . Ni tak , orang tak berbunyi pun dah panas , apatah lagi bila dah berbunyi . Mesti adik bucuk shayang Irish ni nangis kan alololo manjaaa diaa " dengan nada yang mengejek , Aira berkata sebegitu sambil menunjukkan senyum sinis , trademarknya .

" Kau fikir aku tak tahu plan kau ? Start dari bila kau offer untuk tolong aku lagi dah , aku dah tau ni semua kerja kau . Saja tengok orang yang kita sayang menipu . Dahla menipu , ada hati nak tampar muka orang . Kau fikir kau siapa hah betina ? Kau siapa nak sentuh aku ? Kau bukan kawan aku , aku tak kenal kau , apatah lagi ada hubungan apa-apa dengan kau . Nothing . " kata Aira sambil menunjal jarinya di dada Irish .

" Seorang kawan takkan buat kawan dia macam ni tapi eh jap . Kita pernah berkawan ke ? Sebab yela , kau kan anggap semua ni as kau punya plan untuk dapat jawatan tinggi . " Aira menyindir Irish dengan senyumannya yang sinis .

" Kalau kau nak tahu la kan , persahabatan sering hancur bila adanya orang macam kau dalam circle tu . Orang yang dengki . Orang yang sering cemburu bila orang lain lebih daripada dia . Dasar gila kuasa . "

Setiap perkataan yang dilontarkan dari Aira kepada Irish , menghiris hati Irish kerana setiap perkaatan tersebut memang ada betulnya .

" Eh betina , aku pun taknak la jawatan tu . Kau sendiri yang calonkan aku and you have the audacity untuk berdendam dengan aku macam aku pulak yang rampas jawatan tu dari kau sedangkan benda tu bukan milik kau lah sial "

" Kau nak , kau bagi tahu aku , Irish . Bukannya undi aku jadi kapla and then acah-acah tersakiti apa semua , sial . Perlukah kita jadi sampai macam ni disebabkan jawatan sial tu ? Eh benda tu kau tak bawak sampai ke liang lahad la bodoh . Kau ingat kat dalam sana nanti , malaikat mintak kau punya sijil dengan jawatan kau kat sekolah ke hah bodoh ? " Aira menyatakan apa yang dia simpan selama ini demi menjaga persahabatan mereka yang mungkin dipandang ringan oleh Irish . Sakit mat . Lebih sakit daripada kena panggil beria dengan lelaki beb . Beria dengan kawan kau sendiri sedangkan kawan kau tu hanya anggap kau sebagai cara untuk dapat sesuatu jawatan . Bodoh kan ?

Aira meninggalkan bilik tersebut dengan hati yang retak seribu .

Heh . Takyah tunggu laki untuk retakkan hati aku , yang sama jenis dengan aku pun dah cukup .

Aira menoleh ke belakang untuk kali yang terakhir dan berkata ,

" Untuk pengetahuan kau , dari kita start kenal , aku tak pernah rasa menyesal sebab jumpa dengan kau .. Until , now Irish Azkia . Aku menyesal jumpa dengan kau , aku menyesal percayakan kau lebih dari family aku sendiri and aku rasa menyesal kawan dengan kau la sial "

Dengan itu , Aira meninggalkan Irish yang hanya berdiri kaku di dalam dorm tersebut .
















PANG !

" Lepas ni , aku taknak tengok muka penagih dadah ni dalam rumah aku lagi . Kau keluar ! " halau Encik Khairulnizam sambil menunding jarinya ke pintu gate rumahnya .

" Aku takkan mengaku lagi yang kau ni anak aku , Aira Kirana . Kau bukan anak aku lagi . Apa yang jadi lepas ni dengan kau , aku takkan tolong kau lagi . Kalau kau nak pegi mampus pun , aku takkan kisah lagi . " kata Encik Khairulnizam dengan suaranya yang tidak menunjukkan sebarang perasaan.

Aira menahan air matanya daripada menitis .

Jangan nangis , Aira . Jangan nangis.
Jangan nangis.

" Untuk kali yang terakhir , Encik Khairulnizam . Izinkan adik- izinkan saya untuk menyalam encik buat kali terakhir , b-boleh tak abah ? " dengan suara yang lembut dia bertanya kepada bapanya .

Encik Khairulnizam hanya memandang ke tempat lain lalu berdiri untuk meninggalkan tempat tersebut namun dia ditahan oleh Aira yang memegang lembut lengannya .

" Please , abah . Untuk k-kali terakhir . " Aira melutut di depan abahnya , merayu untuk menyalam tangannya buat kali terakhir .

Encik Khairulnizam mendengus kasar sebelum memberikan tanganya dengan muka yang amat terpaksa .

" Halalkan makan minum adik kat rumah ni , adik minta maaf , dari hujung rambut ke hujung jari kaki adik sebab adik dah lukakan hati abah . Terima kasih untuk segalanya abah . Tiba masanya abah lepaskan beban ni kan ? Aira sepatutnya mati je dulu supaya hidup abah dengan mama takla teruk sangat oleh Aira . Maafkan Aira ye bah ? " Aira melontarkan senyuman yang terpaksa sebelum mengangkat beg galas dan kotak-kotak yang dari asrama lamanya .

Tiba-tiba ..

" Aira Kirana ! Stay where you are ! "


" Aira Kirana ! Stay where you are ! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
lacuna . phcWhere stories live. Discover now