0.1

285 13 0
                                    


Aira membuka memo tersebut dan alangkah terkejutnya bila dia membukanya , memo tersebut penuh dengan darah dan tulisan yang ditulis menggunakan darah tersebut .

Pergi mati la sial . Tak penat ke jadi beban orang ? Macam bodoh . Orang macam kau ni sepatutnya mati masa dalam kandungan lagi lah , hidup pun bawak sial je . Kesian mak bapak kau , terpaksa tampung orang macam kau ni kan ? Pergi mampus la sial .

-I.A-

I.A
I.A
I.A

I.A ? Siapa lahanat ni ? Hidup kau dah boring sangat ke sampai nak buat orang macam ni lahanat ? Aira menyumpah seranah kepada orang yang menghantarnya benda bodoh macam ni .

Tanpa Aira menyedari , ada seseorang sedang memerhatinya dengan senyuman yang sinis apabila melihat reaksi yang dimahukannya .

Everything goes as I planned .

" Weyh , asal kau diam siot ? Kenapa tu surat cinta ke ? Ada orang minat kat kau ke sial ? " tanya Irish dengan teruja kerana dia ingin melihat kawan baiknya ini mempunyai peneman, dah 6 tahun straight dia ni single , dah tiba masanya untuk dia ni mempunyai seseorang disisinya .

Soalan Irish dibiar sepi , Aira bangun dan menghempaskan pinggan mi gorengnya yang sudah hampir kosong di atas meja tersebut . Ini telah menarik perhatian semua pelajar yang berada di dewan makan tersebut . Irish yang tidak menyangkakan tindakan Aira tersebut turut terkejut .

" Kau kalau nak ugut aku , kau cakap depan-depan la sial . Apa barang main pass memo macam ni lahanat . Kau ada masalah dengan aku , kau bagi tahu aku depan-depan . Dasar pengecut . Kalau aku dapat tahu siapa diri kau, memang nahas kau aku kerjakan , kau dengar tak ni sial ?! " kata Aira dengan suaranya yang lantang sambil mengangkat memo yang penuh dengan darah tersebut untuk tunjuk kepada semua pelajar .

Pelajar-pelajar yang berada di dewan makan tersebut dah kecut perut dengar ketua pelajar mereka berbunyi sebegitu . Hanya mampu berdoa kepada si dia untuk terus bernyawa sekiranya kapla mereka sudah mengetahui identitinya .

" Untuk semua pelajar kat dewan ni , aku nak korang bagi tahu kawan-kawan korang untuk datang dewan malam ni . Aku nak semua batch complete , faham ? " tanya Aira pada pelajar-pelajar yang berada di dewan makan tersebut namun pertanyaannya tidak dibalas dan ini telah menyebabkan dia menjadi semakin marah

" Bila aku tanya , jawab la ! Nak aku bagi lidah korang dekat anjing kurap tepi jalan ke , baru reti nak menjawab hah ?! Tuhan dah bagi kebolehan untuk bercakap , guna . Yang kau ambik part time jadi orang bisu tu dah apahal ? "

Para pelajar semakin takut akan kata-kata kapla high council mereka itu yang juga merupakan ketua pelajar di STIA .

" Faham ! " jawab pelajar-pelajar yang berada di dewan makan tersebut .

" Spoil mood aku nak makan " kata Aira, meninggalkan DM tersebut dengan hati yang panas.

Pelajar-pelajar di DM semua berbisik-bisik kerana masih ingin memproses apa yang telah terjadi .

" First time siot aku tengok dia marah macam tu " kata seorang pelajar yang duduk bersama gengnya di salah satu meja makan DM tersebut .

" Dia siapa sebenarnya ? Kenapa semua orang macam takut betul dengan dia ? "

" Eh kau serius la tak kenal sapa kak Aira ? " tanya pelajar yang bernama Shasha tersebut.

" Entah dia ni , nak cakap duduk dalam gua , tak jugak . Kau sama bilik dengan aku kot , takkan kau tak tahu siot ? " jawab kawannya yang sorang lagi .

" Tak sekarang ni , apa kena mengena dengan duduk sebilik dengan kau dan kenal kakak tadi tu " tanya pelajar yang masih tak paham situasi yang tengah berlaku sekarang ini .

" Kalau aku kenal dia , macam mana kau boleh tak kenal dengan dia ? Aku yang tak pernah jumpa dia pun kenal dengan kak Aira tu "

Shasha hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah 2 orang kawannya itu .

" Senang cerita , kau jangan buat hal dengan kak Aira tu . Dia ketua pelajar kat sini and dia juga kapla perempuan yang pertama dalam sejarah high council untuk aspura dan aspuri " kata Shasha untuk menjelaskan kepada kawannya .

" Yes , that is correct. Kalau laki pun boleh kalah dengan dia , apatah lagi kita beb . Dia tu pengerusi kelab taekwando kot , black belt lagi tu . Dia takkan kacau kau , kalau kau tak kacau dia . Dia senanya okay je , peramah orangnya tapi once dia marah , heh . Maksudnya apa sayang ? Maksudnya , al-fatihah "

" Bapak swag siot . Ketua pelajar , kapla aspura dan aspuri and then pengerusi taekwando lagi . Sheesh . Memang tak terkejut la kalau dia girl crush semua orang " kata pelajar yang sudah faham akan situasi sekarang .

"Sebab tu la dia dihormati dan digeruni oleh semua orang . No one messes with Aira Kirana . Orang yang nak tempah batu nisan je sanggup buat hal dekat dia , macam yang bagi memo tadi tu la . Bapak creepy siot "

















" Kau okay tak ni ? " tanya Irish kepada kawan baiknya yang kelihatan sedang memikirkan sesuatu .

" Alaa takyah layan la benda bodoh macam ni , kau buat derk je nanti kita siasat benda ni sama-sama "

" Takyah masuk campur , biar aku settlekan benda ni sendiri and aku takkan lepaskan orang yang hantar benda ni , biar sampai ke lubang cacing pun , aku takkan lepaskan si jahanam ni " kata Aira dengan mukanya yang serius menunjukkan bahawa dia benar-benar bertekad untuk mencari orang yang menghantar memo tersebut .

Irish mendengar kata-kata Aira tersebut lalu mengeluh . Dia mengurut pelipis kepalanya sambil merenung muka Aira .

" Kau memang betul-betul nak cari dia ke ? Apa tujuan kau untuk kumpulkan batch-batch yang lain malam ni nanti ? "

"Aku tau apa yang aku buat Irish . Budak yang hantar memo tu nama dia Nisa kan ? " tanya Aira kepada Irish .

" Mana la aku tau siot , kau yang bercakap dengan dia , bukan aku . " Irish membalas pertanyaan Aira sebentar tadi dengan nada yang agak tidak puas hati kerana Aira bertegas bahawa dia tidak mahu pertolongannya.

Setelah mendapat jawapan daripada Irish , Aira berlalu pergi meninggalkan Irish yang terpinga-pinga di dalam bilik tersebut .




















" Assalamualaikum pelajar-pelajar STIA "


" Assalamualaikum pelajar-pelajar STIA "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
lacuna . phcWhere stories live. Discover now