" apa jadi dengan kawan baik kau, irish ? "senyap .
" aira ? " tanya naim dengan riak wajah yang risau .
risau kerana ekspresi aira seperti tidak selesa akan soalan tersebut .
" korang okay ke aira ? ada apa-apa jadi ke masa aku takde ? " tanya fahmi .
aira hanya ketawa terpaksa kemudian menggelengkan kepalanya .
" susah aku nak explain . panjang sangat ceritanya . " kata aira lalu melepaskan keluhan berat .
" pendekkan . " amirr mencelah . tangan masih menyuap karipap sardin ke dalam mulut.
" dia sama macam orang lain , bang fahmi . "
hanya dengan satu ayat , fahmi kemudian faham lalu menggelengkan kepalanya dengan kesal .
" tak sangka dia pun macam tu . " fahmi senyum terkilan .
naim dan amirr saling berpandangan .
apa yang sama ? dia pun macam tu ? maksudnya ?
" eh cakap pasal irish ni kan , aku macam pernah dengar la nama tu somewhere tapi aku tak ingat kat mana " naim berkata sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal .
aira mengangkat keningnya .
pernah dengar ? ada orang yang kenal irish ke kat kudrat ni ?
" eh takyah la cakap pasal tu , ni .. apa yang sama ? kenapa dia macam orang lain ? apa yang orang lainnya ? " bertubi-tubi soalan yang amirr utarakan kepada aira dan fahmi .
namun aira hanya menggelengkan kepalanya , menunjukkan bahawa dia tidak mahu berbincang akan isu tersebut .
amirr dan naim menganggukkan kepala mereka , mengalah . tidak mahu memaksa aira .
" eh aku cau dulu . korang sambung la berborak . " aira meminta diri untuk pergi .
" eh nak aku temankan tak ? " tanya naim dengan risau .
" eh takyah takyah . aku okay . korang takyah temankan aku . dah aku cau dulu " aira kemudian berdiri lalu menghayunkan kakinya ke arah dormnya .
semasa dia berjalan , dia merasakan ada seseorang mengekorinya dari belakang namun dia mengabaikan sahaja perasaannya itu .
sapa pulak ni halah halah seteghes ah .. dahla sekolah lelaki . nyesal pulak tak suruh naim temankan tadi ish
dia merasakan ada satu tangan menggapai lengannya . dengan rasa panik , dia mengahyunkan penumbuknya ke arah lelaki tersebut .
" OUW ! "
aira kemudian melihat siapakah gerangan lelaki tersebut dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat muka lelaki itu .
" KAU ?! "
" takde angin , takde ribut , kau tiba-tiba tumbuk aku , pendek ? memang dah lama simpan dendam ke apa ? " kata kahar dengan sinis sambil mengelap darah di hujung bibirnya .
boleh tahan juga penangan aku ni sampai berdarah kapla bana yang sorang ni .
namun perasaan bersalah kemudian mula menghantui dirinya .
dengan risau , dia kemudian menarik muka kahar untuk melihat luka di hujung bibirnya .
" uish boleh tahan juga tumbukan aku ni eh ? kau okay tak ? sorry la wei , aku ingat orang mana berniat jahat ke apa tadi . dahla gelap , tu yang aku tak fikir panjang sebelum swing kan penumbuk aku . sorry eh , kahar ? "
YOU ARE READING
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"