" weh aira , cuti sekolah nanti kau balik mana ? " tanya amirr kepada aira semasa mereka sedang beratur di DM .
soalan amirr membuatkan aira terkaku .
eh betul jugak eh .. nak balik mana siot ? rumah memang tak ah , bapak sendiri dah tak ngaku kau sebagai anak dia , ada hati nak balik situ .
amirr menaikkan keningnya bila lengannya dipegang oleh naim , menandakan untuk tidak berbincang hal tersebut memandangkan dia dah tahu kes aira dan bapanya .
" eh aira , cuti ni nak tak kita keluar pergi tengok wayang ? " dengan lembut naim bertanya kepada aira .
belum sempat aira menjawab , lengannya ditarik lembut oleh seseorang dan dia sudah tahu siapakah gerangannya . siapa lagi yang berani nak potong line kat DM ni kalau bukan kapla bana mereka itu ?
senyap .
haih awkward mat ..
kahar mengambil makanan untuk aira terlebih dahulu sebelum mengambil untuk dirinya . dia lalu meberikan pinggan tersebut kepada aira .
noh rokiahhh .. dia nak perut aku kembung sampai tak dapat jalan ke apa ? bapak banyak siot . kalau boleh , satu tray tu dia bagi kat aku .
kahar seperti menyedari bahawa aira tengah mengutuknya di dalam hati lalu berkata ,
" makan banyak sikit , pendek . lately aku tengok kau makan sikit sangat . not good for your health , aira sayang . makan , okay ? " kata kahar dengan lembut lalu beredar pergi .
aira hanya mengekori susuk tubuh badan kahar dengan ekor mata sahaja . dia lalu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum .
eh eh . ko takyah nak senyum bagai eh aira . mamat tu panggil kau pelacur tau . marah aira marah . bukan senyum . tapi .. dia dah minta maaf hari tu .. nampak la juga keikhlasan dia sikit .. tapi ishh .. maafkan jela aira . bak kata keemkeem , macam budak-budak nak gaduh macam ni .
" cey cey cey , senyum senyum . pergi je la berdamai . aman sentosa negara . " kata hakeem sambil menyiku lembut aira .
" betul cakap keemkeem tu aira . aku pun penat tengok korang dua macam ni . pergilah berdamai dengan cara yang matang , okay ikan emas ? " kata zahrin sambil mengusap lembut kepala aira .
" hmm tengok la macam mana nanti " aira memutarkan bola matanya .
" dah dah dah . jom makan . aku dah lapar dah ni . hal rumah tangga kau ni , nanti kita settle . sekarang ni , jom makan . " kata hakeem sambil menarik lembut lengan aira untuk mengikutnya bersama .
" eh eh sejak bila pula aku cakap aku nak makan dengan korang ? ah tak nak tak nak "
" asal pula kau tak nak makan dengan kitaorang ? " tanya hakeem sambil bercekak pinggang dengan riak wajah yang jelas tidak berpuas hati .
" dah terang lagikan bersuluh la keem . ko tak nampak ke ada kapla kita tu kat situ ? memang sah sah la ikan emas ni tak nak makan kat situ . " jawab zahrin sambil mencubit pipi aira .
aira hanya memutarkan bola matanya . tidak mengiyakan mahupun menafikan .
" lahh .. nyah , kau takut dengan dia ke nyah ? " tanya hakeem dengan wajah yang tidak percaya .

ANDA SEDANG MEMBACA
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"