tuk tuk tuk" masuk ! " laung tuan yusoff apabila dia mendengar ketukan di pintu pejabatnya .
dia melihat satu susuk tubuh yang dia sangat kenali lalu menyuruhnya untuk duduk di kerusi yang disediakan .
" ada apa yang saya boleh bantu ? " tanya tuan yusoff kepada pelajar tersebut .
" maaf mengganggu , pengetua tapi saya ada benda penting yang saya ingin bincangkan bersama pengetua . tentang aira . "
tuan yusoff menaikkan keningnya , tertarik dengan topik yang dibualkan itu . ingin tahu apa anak buahnya sudah lakukan kali ini .
" saya dapati bahawa dia keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran dan saya rasa ada orang yang hasut dia untuk buat sedemikian . " dengan muka yang agak tegang , jejaka tersebut menjelaskan .
" maksud awak , aira dah langgar peraturan sekolah ke ? " tanya tuan yusoff dengan riak wajah yang terkejut . jelas sekali tidak menyangka akan hal tersebut .
" malangnya , ya tuan dan saya rasa orang yang hasut dia untuk buat macam tula yang menjadi puncanya aira melanggar peraturan sekolah , pengetua . " kali ini , jejaka tersebut betul-betul menekankan perkataan hasut itu .
" takpe , buat masa sekarang , saya tak boleh nak dengar satu pihak sahaja . nanti saya akan tanya aira sendiri tentang hal ni . "
" saya minta maaf pengetua kalau rupa saya ni macam penyibuk sangat tapi saya buat macam ni demi kebaikan aira " jejaka itu mula berasa serba salah .
" takpe . saya faham apa maksud awak . terima kasih sebab bagi tahu saya dan terima kasih juga sebab selalu tengok-tengokkan aira untuk saya . " tuan yusof menepuk bahu jejaka tersebut dengan lembut .
jejaka itu menarik nafas lega apabila melihat respons yang positif dari tuan yusoff .
" no problem , pengetua . saya sanggup buat apa saja demi aira " kata jejaka tersebut sebelum melangkah keluar daripada bilik pengetua tersebut .
selangkah jejaka tersebut keluar daripada bilik pengetua tersebut , perasaan bersalah mula menghantui dirinya .
dia mula menyoal dirinya sendiri tentang perbuatannya tadi . adakah benda yang dia buat tadi itu betul ? dirinya masih ragu-ragu dengan tindakannya sendiri .
takpe , ni untuk kebaikan aira juga .
jejaka tersebut melepaskan keluhan yang berat apabila dia mendengar suara hatinya berbisik .
" maafkan aku , aira . this is the only way untuk aku jauhkan kau dari kahar . "
jejaka tersebut lalu beredar pergi namun tanpa dia sedari ada satu susuk tubuh yang tengah bersembunyi di sebalik dinding tersebut dan dia telah mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulutnya .
" kenapa kau nak jauhkan pendek daripada aku , naim ? "
+++

ANDA SEDANG MEMBACA
lacuna . phc
Romance• Lacuna (noun) a blank space or missing part "are you the missing part of my heart , kirana ?"