0.2

324 16 0
                                    



" Assalamualaikum pelajar-pelajar STIA " ucap Aira yang berdiri di atas pentas kepada pelajar-pelajar di dalam dewan tersebut . Dia hanya memakai t-shirt hitam berkolar dan tracksuits .

Pelajar-pelajar yang berada di dalam dewan tersebut menjawab salam kapla mereka namun sahutan tersebut tidak mencapai ekspektasinya dan membuatkan dia melepaskan keluhan kecil.

" Haih sahut salam pun susah ke ? Bunyi macam orang tak makan sebulan , bukan semua baru je makan malam dekat DM tadi ke ? " kata Aira sambil memandang satu-satu muka pelajar yang ada di dewan tersebut dengan pandangan yang tajam .

" Assalamualaikum pelajar-pelajar STIA " ulang Aira dengan suara yang lebih kuat dan lantang daripada sebelumnya .

Setelah mendapat sahutan yang dimahukan , Aira kembali ke tujuan asal dia mengumpulkan semua batch pada malam ini , mencari gerangan si lahanat yang menghantar memo tersebut .

" Tujuan aku kumpul korang semua kat sini untuk mencari gerangan seorang lahanat yang menghantar memo sial ni . " dia mengangkat tangannya yang memegang memo tersebut agar semua pelajar dapat melihat memo tersebut .

" Untuk orang yang takde dalam DM tengah hari tadi , aku jelaskan kat korang la eh supaya korang tak la nampak macam lost sikit . So tengah hari tadi , ada satu hamba allah yang bengong sikit decide untuk hanta benda bodo ni kat aku masa aku tengah makan . Paling aku pantang orang bagi benda bodoh macam ni masa aku tengah makan , jadi sebelum aku jadikan hidup korang kat STIA ni macam neraka , better mengaku sebelum aku dapat tahu sendiri . Orang yang sama batch dengan si lahanat ni , memang malang la eh . Satu buat hal , semua kena . Salahkan orang yang buat hal tu dan salahkan nasib korang jugak la sebab satu batch dengan si lahanat tu ." kata Aira dengan muka yang bengis .

Kedengaran bisikan yang tidak berpuas hati daripada sesetengah pelajar setelah mendengar apa yang diperkatakan Aira sebentar tadi .

Aira hanya tersenyum sinis apabila mendengar bisikan-bisikan halus daripada pelajar yang ada di dalam dewan tersebut .

" Kalau ada yang tak puas hati , datang depan . Kita manifesto sekarang juga . "

Senyap.

Bisikan pelajar yang tidak berpuas hati tersebut turut lenyap .

" Exactly . "

Aira hanya tersenyum sinis melihat dewan yang kini senyap seperti tidak ada orang di dalamnya .

" Aku bagi korang tawaran la eh , sapa yang dapat tahu nama , kelas dan dorm si lahanat yang hantar benda ni , aku bagi korang lesen , free . Tak perlu bayar , tak perlu manifesto . Aku bagi korang free benda tu . Amacam , setuju ? " tanya Aira kepada pelajar-pelajar tersebut .

" Setuju ! " majoriti menyahut setuju dengan tawaran yang ditawarkan oleh Aira tersebut . Aira tersenyum puas mendengar jawapan yang dimahukannya .

" Bagus , bagus . Memang itu yang aku nak dengar . Sebelum tu , pelajar Form 1 , angkat tangan tinggi-tinggi . "

Semua pelajar tingakatan 1 mengangkat tangan mereka untuk mengelak diri ditibai oleh kapla mereka .

Aira mencari muka yang menghantar memo tersebut kepadanya di DM tadi dan akhirnya dia bertentang mata dengan orang yang dicari-carinya .

Budak itu masih kelihatan pucat tapi lebih teruk daripada sebelum ini sehingga menyebabkan Aira risau kerana mukanya seperti dia akan pengsan bila-bila masa saja .

" Nisa kan ? " Aira bertanya kepada budak tersebut dengan lembut .

" Ya , saya . Kenapa k-kak ? " tergagap budak yang bernama Nisa itu menjawab persoalan Aira sebentar tadi .

lacuna . phcTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang