Bab 6

1.6K 97 2
                                    

Qairul hanya mampu menunduk memandang makanan. Dia dapat rasakan ada mata-mata yang sedang memandangnya tika ini. Yang pasti, pandangan dari pak cik-pak cik yang datang minum kopi di warung kecil ini. Aktiviti petang agaknya. Janganlah ada yang datang serang dia sebab kalah di All England beberapa bulan lepas. Dia tahu, ramai yang mencacinya di media sosial. Sebab itulah dia padam akaun miliknya.

Sudah rasa tidak perlu untuk terus ada sebuah akaun di media sosial. Tak elok untuk kesihatan mentalnya.

"Abang tak selesa ke?" bisik Hayfa sedikit perlahan, membuatkan dia panggung kepalanya.

"Aku pun dah rasa tak selesa bila pak cik tu asyik pandang kita, Pa. Handsome sangat ke tunang kau sampai pak cik pun pandang. Kalau mak cik dan perempuan yang pandang, aku okey je. Logiklah perempuan bila nampak lelaki kacak. Ini pak cik kerepot," celah Adlin pula. Dia memang perasan mata-mata pak cik itu sedang memandang ke arah mereka.

"Abaikan je. Makan cepat. Nanti balik bilik boleh terus rehat," balas Qairul pula. Padahal, nak telan nasi pun dah tak boleh. Dadanya sudah mula berdetak laju. Matanya mengerling ke arah Hayfa yang sedang memandang sekeliling.

"Ayfa dah habis. Cuma, Ayfa rasa abang yang tak boleh makan sebab orang pandang." Ujar gadis itu sambil kembali untuk memandangnya. "Ayfa rasa, abang kena pakai purdahlah. Kejap, Ayfa pergi beli tudung atau selendang dekat kedai sebelah."

Kening Qairul terus bertaut.

"Kau dah tak betul ke? Kenapa pula kau nak beli tudung atau selendang untuk abang Qairul?" soal Adlin pelik.

"Untuk tutup mukalah."

"Kau bengap ke? Baik kau belikan face mask ke? Ini tudung. Lagilah orang duk pandang cik abang kau nanti!"

Hayfa diam buat seketika sebelum menepuk dahinya sendiri. Mata Qairul dia pandang dengan penuh rasa bersalah.

"Maaf, bang. Ayfa memang selalu merapu bila berdebar."

Adlin terus mengangguk laju. Mengiakan kata-kata Hayfa.

"Betul tu! Dia selalu merapu bila nervous. Jadi, harap abang faham kalau dia tiba-tiba merapu depan abang! Tapi, saya bernasib baik dia tak merapu masa miting dan sesi temu bual dengan VIP. Kalau tidak, memang kena maki saja!" Sampuk Adlin sambil menepuk bahu Hayfa.

Kening Qairul terjongket naik. Oh...

"Siapa VIP?" soalnya perlahan. Nasi disuap ke dalam mulut. Sempat dia mengintai pinggan Hayfa yang sudah kosong. Cuma ada sayur yang diasingkan. Haih, macam mana nak membesar kalau sayur pun tak makan? Sudunya terus mengambil sisa sayuran yang Hayfa tidak makan lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Hayfa yang memandang terus ternganga. Abang Qairul makan sayur dia? Ah... romantiknya.

"VIP tu biasanya orang-orang dari majlis pembandaran, orang-orang dari sektor pelancongan dan stakeholder. Biasanya, mereka nak dengar kita punya proposal untuk develop this one particular area." Jelas Adlin sambil memerhati dua pasangan ini. Tidaklah nampak seperty sedang hangat bercinta. Tapi, tetap menggelikan.

Seorang tersenyum sorang diri, angau! Seorang tanya muka selamba, tapi makan sayur si angau tu. Dia? Tayar ketiga. Hm...

"Hayfa is our project manager. Our team leader." Sambung Adlin lagi. Qairul terus memandang Hayfa dengan kening yang terjongket naik.

"Ya?" soal Qairul sepatah. Hayfa yang tersengih terus mengangguk kepalanya laju.

"That sounds great."

"Memang! Orang dari Tourism Johor Bharu dah ajak Hayfa intern dekat syarikat mereka. Mungkin sebab mereka nampak cik adik kita berkaliber!" Puji Adlin lagi.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now