Qairul yang baru sahaja siap membersihkan diri mula mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil. Matanya mula mengerling ke arah Hayfa yang ralit menulis sesuatu menggunakan komputer ribanya. Ulangan. KOMPUTER RIBA DIA, bukan milik Hayfa. Sesuka cempedak saja Hayfa ni. Sudahlah tak minta izin dulu. Dibuatnya ada gambar tak semenggah dalam tu, dah jatuh saham dia.
Tidak dapat menahan rasa ingin tahu, dia terus menghampiri isterinya itu. Sempat dia mengintai skrin komputer riba sebelum mengintai wajah Hayfa yang berkernyit itu. Uish! Ini ke rupa Hayfa apabila berusaha untuk siapkan kerja? Pada malam pertama mereka pula tu.
Hayfa yang sedang fokus menyusun semula susun atur carta dalam slide untuk presentation terus menghentikan gerakan jarinya apabila terasa ada air yang terjatuh di atas kepalanya. Dia terus mendongak dan matanya bertembung dengan sepasang mata hitam.
"Kau buat assignment on our wedding night?" soal Qairul mendatar. Ada rasa tidak puas hati bertandang di sudut hatinya. Kalau boleh, dia mahu meluangkan masa untuk saling berkenalan dengan Hayfa. Tapi, Hayfa sibuk siapkan kerja kursus pula.
Hayfa terus meneguk liurnya sambil mengukir senyuman lebar. Apabila dia nampak tangan Qairul mula memerangkap tubunya di antara meja dan lelaki itu, dia terus mengetap bibirnya. Kepala kembali ditundukkan. Sempat dia mengerling ke kiri dan kanan untuk memandang lengan kekar Qairul. Sampai tersembul urat dia.
"I asked you a question, Hayfa Natasha." Meremang bulu romanya apabila mendengar suara garau itu berbisik betul-betul di sebelah telinganya. Hayfa terus memuncungkan bibirnya.
"Hm! Bukan Ayfa nak buat pun, Ayfa nak semak je. Tapi, dia orang ni! Suka ubah-ubah susun atur yang Ayfa dah tetapkan. Warna tak sama dengan slide yang lain. Ada points yang tak kena dengan tajuk. Madam yang ajar kami ni strict tau, bang! Kadang-kadang, hanya sebab warna slide ni tak kena dengan cita rasa dia, kami boleh dimaki!" Getusnya sambil bermain dengan jari sendiri. Kemudian, dia sandarkan belakangnya pada dada kerusi. Kepala kembali didongak untuk memandang Qairul.
"Abang marah?" soalnya lembut.
Qairul terus menunduk untuk memandang Hayfa dengan lama. Cantik...
"Tak. Tapi, kau tu cuti. Buat gaya macam orang cuti." Balasnya pula.
Hayfa mencebik. Matanya masih merenung anak mata lelaki itu.
"Kalau boleh memang nak cuti! Tapi, kadang-kadang masa cuti pun lecturers bagi task. Macam sekarang, ini untuk miting workshop. Kami kena present laporan fasal site visit hari tu. Lepas tu, kena buat planning untuk other site visit soon."
Qairul mula mengukir senyuman nipis.
"Lepas ni nak ke mana?" soalnya perlahan. Matanya masih merenung wajah Hayfa yang bersih tanpa sebarang solekan itu. Hayfa mempunyai beberapa biji tahi lalat di wajahnya, membuatkan wajah Hayfa makin berseri. Ada sebiji di bawah mata sebelah kiri, di atas hidung, di pipi dan dagu sebelah kanannya. Hayfa juga mempunyai lesung pipit yang dalam di bahagian pipinya.
"Lepas ni, kami bercadang nak ke Indonesia. Masih dalam perbincangan. Tapi, kalau jadi, abang nak ikut tak? Kalau nak, jomlah! Kita boleh pergi honeymoon sekali."
Qairul terus menjongketkan keningnya. Dia mula menegakkan tubuhnya lalu mencubit kedua belah pipi Hayfa dengan geram. Geram tengok Hayfa tersenyum comel di hadapannya.
"Dah, tutup laptop tu. Kita berborak kejap dekat balkoni bilik. Ambil angin malam." Arahnya sambil mengguli pipi Hayfa seperti roti.
"Abang!" Marah Hayfa sambil mengenggam kedua belah pergelangan tangan Qairul. Tapi, lelaki itu hanya tersenyum lebar.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...