Bab 41

1.3K 60 4
                                    

Mata Qairul terus merenung tali yang terikat di belakang Hayfa. Tali baju dres yang membuatkan dres itu memeluk tubuh isterinya. Keningnya bertaut rapat sebelum dia naikkan bola matanya untuk memandang belakang Hayfa yang agak terdedah. Mana Hayfa dapat dres ini sebenarnya? Seram betul dia melihatnya. Seram dengan diri sendiri.

Matanya asyik bergerak, memandang Hayfa yang lincah bergerak di dapur.  Sebaik sahaja Hayfa masukkan loyang kek ke dalam ketuhar, dia terus alihkan matanya untuk memandang peralatan yang Hayfa guna di dalam sinki. Mangkuk yang berada di tangannya terus dibilas sebelum di letakkan di singki sebelah.

"Sekarang, kita tunggu kek masak!" Ucap Hayfa dengan ceria. Dia mula menggaru pucuk hidungnya. Hmm...

"Ju–Jumaat ni kau cuti, kan?" Soalnya perlahan.

"Hmm. Cuti."

Okey, Qairul. Ajak dia keluar untuk pulihkan semula hubungan kau orang yang keruh beberapa hari yang lalu. To make up with her.

"Kau—"

"Abang nak keluar dating dengan Ayfa, tak? Kita boleh have fun sama-sama!" Pangkas Hayfa dengan laju. Qairul berpaling untuk memandang Hayfa yang duduk di atas kitchen island. Kakinya diayunkan ke depan dan belakang. Wajah isterinya itu juga kelihatan bercahaya, teruja dengan cadangan sendiri. Dia baru saja nak mengajak Hayfa keluar, namun, Hayfa terlebih dahulu mencantas kata-katanya.

"Nak pergi mana?" soalnya sambil tersenyum nipis.

"Kita boleh pergi makan dekat kafe, tengok wayang, makan lagi dan jalan-jalan. Ataupun, kita boleh pergi Johor Bharu? Mesti banyak tempat menarik dekat situ!" Ujar Hayfa yang sudah tersenyum lebar. Pipi yang tadinya putih mula berubah merah. "Kita boleh duduk rumah sambil saling berpandangan je kalau abang nak. Ayfa tahu, abang tak suka keluar sangat, especially tempat awam yang ada ramai orang."

Qairul ketap bibirnya sambil merenung anak mata Hayfa. Lama.

"Atau... kalau kau tak kisah, kita boleh pergi tengok fashionshow Leah. Lepas tu, kita boleh pergi mana-mana tempat yang kau suka."

Kening Hayfa mula berkerut.

"Fashionshow Leah?" Soal Hayfa dengan kerutan di dahi.

"Yup, Leah ada fashionshow Sabtu ni dekat KL, soon. Kita boleh balik rumah parents kita dulu, malam Khamis tu. Jumaat, kita jalan-jalan. Sabut pergi fashionshow Leah. Kau nak pergi?" Soal Qairul sambil berpaling semula untuk mengelap tangannya yang basah.

"Tak apa ke? Ayfa bukan artis nak ke sana."

"Kenapa tak boleh?"

"Bukan fashionshow biasanya akan dapat jemputan ke?"

Eh, ya tak ya juga. Qairul mula menggaru pipinya sendiri. Perlukah dia hubungi Haiyan untuk dapatkan kad jemputan untuk dirinya dan Hayfa? Lagipun, dia kan abang ipar Haiyan. Mesti boleh, kan?





Qairul hanya mencebik sendirian. Matanya masih membaca beberapa keping e-mel dan mesej daripada Luqman. Apabila Qairul membaca mesej berkenaan ugutan Mak Iton boleh diambil tindakan, dia mula menghela nafas dalam. Tangannya mula mencapai muk, lalu dia menghirup kopi dengan kening yang bertaut.

Ya, dia mengambil masa yang terlampau lama untuk selesaikan masalah. Terlalu lama! Senyuman sinis Qairul ukir sambil membalas pesanan mesej Luqman. Bukti sudah mencukupi, yang tinggal hanya serahkan segalanya kepada pihak berkuasa.

Sekarang... apa yang dia perlu buat hanyalah berjumpa Fina. Kalau ikutkan hati, dia langsung tak nak berjumpa dengan keluarga itu. Tapi, disebabkan Fina adalah kawan Hayfa dan Hayfa kelihatan agak buntu bagaimana untuk teruskan hubungannya dengan Fina, maka dia perlu buat sesuatu. Apa sahaja yang buatkan Hayfa gembira, dia akan lakukannya.

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now