Seusai makan malam yang tidak berapa romantis, Qairul terus memandu keretanya untuk pulang. Sejujurnya, ada satu lagi pelan yang berada di dalam lis yang dia buat pagi tadi. Berjalan di taman sambil makan aiskrim. Dia sudah terbayangkan betapa romantisnya suasana ketika itu. Dia yang tersipu malu, begitu juga Hayfa. Mereka sama-sama berjalan berpimpinan tangan di sebuah taman, hanya berjalan tanpa sebarang perbualan.
A comfortable silence.
Kemudian, dia belikan aiskrim coklat buat Hayfa, aiskrim kesukaan Hayfa menurut ibu mentuanya dan mereka mula duduk bersebelahan. Selepas itu, mereka akan mulakan Question and Answer game, yang dia sediakan pagi tadi ketika Hayfa sibuk meluangkan masa bersama mama dan papa.
Itu rancangannya! Tapi, disebabkan sekarang sedang hujan lebat, dia terpaksa membawa Hayfa pulang ke rumah. Hampa sungguh!
Suasana di dalam sepi buat masa yang agak lama. Apabila kereta diberhentikan di lampu isyarat, dia mula terdengar tawa halus di sebelah. Apabila dia berpaling, dia nampak wajah Hayfa yang tersengih sendiri, walaupun hanya berbekalkan lampu jalan dan lampu isyarat.
Keningnya mula bertaut rapat.
"Kenapa gelak?" soalnya pelik. Sempat tangannya membetulkan jaket kulit yang membaluti tubuh Hayfa itu. Senyuman Hayfa mula melebar. Tawanya juga semakin kedengaran jelas di pelupuk telingannya. Qairul mula menongkat kepalanya dengan sebelah tangan. Dah kenapa pula ni?
"This is the best first date, ever!" Getus Hayfa sambil memandang Qairul dengan pandangan bercahaya. Tidak mungkin gadis ini sedang bersarkastik dengannya. Tengoklah, Qairul dapat rasakan Hayfa sedang mengeluarkan aura bunga di sekelilingnya.
"What do you mean? Semua pelan yang aku buat tak menjadi." Gerutunya dengan rasa sebal di dada. Dia mahukan kesempurnaan dalam rancangannya. Tapi, semua rancangannya gagal. Jadi, apa yang seronok?
"Abang buat pelan?" soal Hayfa dengan nada teruja. Qairul hanya mampu mengetapkan bibirnya. Dia mula menegakkan tubuh lalu menekan pedal minyak apabila lampu isyarat berubah hijau.
"Hm. Beria aku tulis lis. Ada dalam poket jaket tu." Gumamnya perlahan. Sebenarnya dia malu, tapi disebabkan rancangannya sudah rosak, baik dia tunjuk sajalah pelan yang ditulis itu kepada Hayfa. Biar Hayfa hargai dia. Eh, mengada pula dia malam ni!
Hayfa terus menyeluk kedua belah poket jaket kulit ini. Apabila tangannya jumpa apa yang dicari, dia terus membuka lipatan kertas kecil itu. Sebelah lagi tangannya mula menyuluh kertas itu menggunakan cahaya daripada skrin telefonnya.
Walaupun masih malap, dia dapat baca satu persatu pelan yang ditulis oleh Qairul. Senyuman di bibir mula semakin lebar. Ya Allah, Qairul sanggup buat rancangan sebegini.
"Bila abang tulis semua ni?" soal Hayfa.
"Masa kau sibuk berborak dengan mama dan papa," balasnya. "Aku minta maaf kalau date kita tak berjalan lancar." Dan dia harap, temu janji mereka selepas ini akan lebih sempurna daripada hari ini. Akan dia kaji ramalan cuaca betul-betul dan sediakan payung sebelum hujan!
"But why?"
"Apa yang why?"
"Why did you go to this extent to make a plan just for me?"
Dia tanya kenapa? Kening Qairul mula bertaut rapat. Mestilah sebab dia mahukan Hayfa berasa selamat apabila bersamanya. Dia nak mengenali Hayfa dan gembirakan hati Hayfa. Dia nak manjakan Hayfa dengan apa yang dia boleh beri. Dan mestilah sebab dia juga mahu bercinta. Dia masih tidak tahu macam mana nak bercinta bersama Hayfa, tapi dia mahu Hayfa rasa dirinya dihargai. Dia nak tunjukkan yang dia boleh berikan segala yang Hayfa perlukan. Dia nak buktikan dia mampu mencuba dan berusaha untuk bercinta dengan Hayfa.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...