Adakah dia sedang berkhayal? Mungkin dia baca terlalu banyak manhwa (komik Korea) sehingga dia berkhayal sekarang. Lelaki yang berada di hadapannya ketika ini benar-benar kacak. Raut wajah yang cemas itu sungguh mempersonakan. Siapakah jejaka kacak ini? Kenapa dia rasa seperti dia pernah tengok lelaki ini sebelum ini?
Adakah ini jodoh?
"Awak okey?" soal lelaki itu dengan lembut. Ah... suara dia juga kedengaran seperti lullaby. Terbuai-buai dia mendengarnya. Adakah ini bidadara? An angel? Uish, melampau sungguh tu. Adakah dia sedang berhalusinasi? Delusional?
"Kamu lepas jelah budak Ayfa ni, Qai. Mereng dah agaknya!" Sampuk suara sumbang dari belakang. Tch, siapa pula yang menganggu dia merenung putera idaman ini?
"Tak apa ke, mak cik?" soal lelaki bernama Qai itu. Qai... dah serupa Kai Exo. Walaupun rupanya tak sama, tapi Ayfa sudah dibutakan dengan sinaran kekacakan seorang Qai. Wah, gedik betul.
"Lepas je! Jauh sangat dah budak ni pergi. Sampai Pluto dah agaknya." Balas suara sinis itu pula.
Tak semena, tubuhnya jatuh ke bawah. Jatuh bak nangka buruk. Matanya terus terpejam dek menahan sakit.
"Aduh!" Getusnya sedikit kuat. Sakit punggung dia dibuatnya.
"Er... maaf."
"Tak payah nak minta maaf sangat, Qai! Buat perangai sungguh!" Bebel Puan Fasha. Malu apabila anak daranya merenung wajah Qairul dengan mata terbeliak. Dasar anak mata keranjang! Pantang nampak lelaki kacak, habis meleleh air liurnya! Sudahlah Qairul selamatkan dia dari terjatuh akibat terpijak kain sendiri. Boleh pula si Hayfa ini merenung anak teruna orang seperti singa perhatikan kancil. Dia sebagai ibu, turut merasakan malu! Kalau orang lain, cepat-cepat berdiri dan minta maaf. Ini tidak, tenung saja anak teruna orang.
Hayfa mula menggelengkan kepalanya. Tadi, dia hampir terjatuh kerana terpijak kain sendiri. Dan putera kayangan ini selamatkan dia daripada terjatuh. Sekali, lelaki itu lepaskan tautan pula. Sakit punggung dia ni!
"Sakit." Rengeknya sambil memandang lelaki itu. Dia tak nak tolong ke?
"Eh, bangunlah cepat! Buat malu saja! Ini kenduri orang, Fa oi!" Bebelan mommy sudah kedengaran. Dia baru nak minta tolong Qai yang kacak ini untuk bantu dia bangun.
Qairul menggaru keningnya sendiri. Serba salah sebenarnya. Tapi, tak elok peluk pinggang anak dara lama-lama. Dia pun tak selesa. Sedang elok Puan Fasha suruh dia lepaskan, dia lepaskan.
"Mana Leah, Qairul?" Soal Puan Fasha lembut.
"Leah kat dalam, mak cik. Jemputlah masuk. Jangan lupa makan banyak-banyak, ya." Pelawanya dengan senyuman lebar.
Walaupun dia tahu, ada sepasang mata yang merenungnya dengan pandangan bersinar, Qairul membuat keputusan untuk mengabaikannya.
Hayfa yang memandang terus ternganga. Fuh, kacaknya lelaki ini! Jantung dia sudah berdegup laju kerana terpaku. Suara juga lembut saja. Sejuk hati dia mendengar.
"Awak single?" soalan itu terpancul keluar dari mulutnya. Qairul dan Puan Fasha terkelu. Dia tanya apa tadi?
"Kalau awak single, nak jadi boyfriend saya tak?" soalnya lagi. Tak semena, bahunya dipukul kasar oleh Puan Fasha.
"Awak ni dah kenapa, Ayfa? Gatal tak bertempat! Meh masuk, tengok pengantin!" Bebel mommy nya sambil mengheretnya masuk ke dalam perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu.
Qairul tersengih janggal. Apa yang sudah terjadi tadi? Perempuan itu ajak dia jadi teman lelaki dia? Padahal ini kali pertama mereka berjumpa kan?
Dia menggeleng sendiri. Lucu sungguh. Tapi, boleh tahan comel juga.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romansa⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...