Bab 44

1.2K 70 4
                                    

Qairul sudah mengagak bahawa tak mudah untuk dia selesaikan masalah dengan lancar. Matanya membaca liputan artikel berkenaannya dan arwah Lydia. Tajuk depan artikel juga sudah misleading. Apabila dia membaca artikel-artikel itu, memang banyak tokok tambah daripada yang benar. Artikel ini mengatakan mereka mendapat sumber daripada Mak Cik I. Tak perlu Qairul pening kepala untuk teka siapa Mak Cik I.

Pastilah Mak Iton. Tak bersyukurkah Mak Iton kerana dia hanya memberi surat restraining order supaya Mak Iton tidak mendekati keluarga mereka lagi? Atau mak cik itu masih tidak berpuas hati kerana dia masih dikeliling hutang, hasil yang ditinggalkan oleh suami tersayang itu?

Tidakkah dia tahu, dia membuka aib anaknya sendiri? Sekarang, siapa yang baca artikel ini pasti tahu bahawa Lydia pergi kerana bunuh diri. Dan sudah semestinya, Qairul adalah punca mengapa Lydia membuat keputusan mendadak itu. Tajuk artikel juga; Wanita membunuh diri selepas ditinggalkan bekas pemain badminton negara.

Hatinya terasa sakit apabila ada yang memberi komen bahawa Lydia bodoh kerana membuat keputusan melulu kerana seorang lelaki. Kerana seorang cinta. Terlalu beremosi. Perempuan bodoh. Tak ada agama. Yang paling menyakitkan hatinya, kafir!

Qairul mula merehatkan kepalanya di atas bahu sofa. Sakit kepalanya memikirkan masalah yang timbul ini.

"Jahat gila! Eee, kita samanlah yang komen ni!" getus Hayfa dengan nada meninggi. "Yang cakap kafir ni mesti terpaling maksum!"

"Kan! Berlagak pula!" Sampuk suara Daleeah pula. Qairul mengeluh sendiri. Ingatkan balik rumah keluarga, bolehlah luangkan masa bersama keluarga. Ingatkan bolehlah bawa Hayfa keluar berjalan ke.

"Kita tak boleh counter balik ke, Yan?" soal Daleeah kepada Haiyan. Haiyan yang turut membaca artikel hanya menyepi. 

"Sebab mak cik tu langgar RO, dia boleh dikenakan tindakan. Kalau fasal media, yang saya tahu, kita boleh buat press, tapi tak jamin nama arwah boleh bersih semula atau tidak. Tak akan berkesan 100 peratus untuk arwah," balas Haiyan sambil mengerling ke arah Qairul yang memejam mata dengan rapat itu.

"Untuk take down artikel-artikel pun kena bayar lebih. Kalau nak, aku boleh uruskan, Qai." Sambungnya lagi. Qairul masih diam, membuatkan mereka bertiga saling berpandangan. 

"Angah rasa macam mana?" soalan Puan Diana membuatkan Qairul kembali mencelik matanya. Badan yang tadinya terbaring kembali tegak.

"Kalau angah nak, mama dengan papa boleh tolong." Sampuk Encik Daud pula. 

"Nanti angah minta abang Luqman jadualkan sesi sidang akhbar untuk clearkan masalah ni." Balasnya dengan keluhan berat. 

"Hmm, no. Leah rasa, kalau buat sidang akhbar, itu macam tak jaga sensitivity. Bayangkan kalau ada orang buat sidang akhbar fasal keluarga kita, contohlah, salah seorang keluarga kita committed. Then, ada yang buat press. Tak bincang dengan kita pun. Satu, nampak macam kita nak bersihkan nama kita sangat. Dua, again, sensitivity. I think, kalau nak buat kenyataan, mungkin buat through social media," balas Daleeah dengan serius. Dia juga pernah lalu skandal yang sensitif. Membuat keterangan pada pihak media tak membantu langsung.

"Sama je kalau buat macam tu. Back fired juga," balas Haiyan pula. Daleeah terus menjeling ke arah suaminya.

"Mana-mana pun ada pros and cons, Yan. Baik press atau dekat media sosial. Orang tak akan berhenti bercakap.

"Kalau buat kenyataan di media sosial sekali pun, munchkin, orang akan tetap nampak Qai nak bersihkan nama." Bidas Haiyan pula. Daleeah mula bangkit dari duduknya.

"Like I said, both ways ada pros and cons, Ammar Haiyan."

Qairul mula memandang ke arah Daleeah dan Haiyan yang mula bertekak mulut di hadapan mereka. Ingat ini masa untuk bercinta depan dia ke? Serabut sungguh! Qairul bersyukur kerana mereka ambil kisah tentangnya, tapi perlukah bergaduh sambil menolak bahu masing-masing. Macam budak-budak!

Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now