Hayfa juga nampak sangat kecewa apabila dia maklumkan bahawa percutian mereka terpaksa ditunda buat sementara waktu. Namun, Hayfa tetap tersenyum buatnya. Matanya sempat mengerling ke arah Hayfa yang sedang siapkan tugasannya. Nampak tekun dan betul-betul fokus. Dia terus melabuhkan duduk di sofa sambil mencapai remote TV yang berdekatan.
Sekali lagi matanya mendarat pada wajah Hayfa. Rambut Hayfa yang lurus dan panjang itu kelihatan berkilat dan sihat. Pandai sungguh Hayfa menjaga rambut.
Jarinya mula menekan punat pada alat pengawal jauh itu, mencari cerita yang menarik minatnya.
"Abang. Siapa yang telefon abang tadi? Kerja ke?" soalan Hayfa yang kedengaran bersahaja itu berjaya menarik perhatiannya. Memikirkan segala kata-kata cacian wanita itu, hati Qairul kembali sakit. Tak semena, dia berdecit.
"Orang busybody. Terhegeh-hegeh nak tanya betul ke aku dah kahwin. Menyemak!" Getusnya. Sungguh, hati dia terasa sangat sakit. Sakit apabila mendengar jeritan dari corong telefon.
"Siapa?" Hayfa mula berpaling untuk memandang Qairul. Dia perasan, air muka suaminya itu berubah keruh sejak dia menerima panggilan itu. Entah mengapa, hatinya mula rasa gelisah.
Perempuankah?
"Orang gila! Kau tak payah nak kisah. Aku dah block dia!" Serabut sungguh!
Hayfa mula menggigit bawah bibirnya. Dia mula mendekati Qairul. Kemudian, dia rehatkan dagunya di atas lutut suaminya itu. Apabila pandangan mata mereka bertaut, dia terus mengukir senyum.
"Perempuan, eh? Bekas kekasih abang ke?"
Kening Qairul mula bertaut.
"Berapa kali aku nak cakap aku tak ada bekas kekasih? Berapa kali aku harus cakap sampai kau faham? Kau nak aku buat apa untuk fahamkan kau? Hah? Aku tak ada bekas kekasih, Hayfa." Balas Qairul dengan agak kasar.
Hayfa mula mengangkat dagunya sambil memandang Qairul. Wah... sakitnya hati. Tahulah kita menyibuk, tapi tak payahlah herdik!
"Sorry." Gumam Hayfa sambil berpaling untuk kembali ke tempat asalnya. Baik dia siapkan tugasan dia. Bercakap dengan Qairul ni, lama-lama boleh berdarah hati! Orang tanya saja kan? Salah ke dia tanya? Rasanya tak salah!
Qairul mula meraup wajahnya berkali-kali. Matanya mula melirik ke arah Hayfa yang membelakanginya. Bunyi papan kekunci memenuhi ruang tamu. Qairul mula menjujut nafasnya dalam. Dia mula turun dari sofa lalu duduk di sebelah Hayfa. Matanya mula mengerling untuk memandang wajah masam isterinya itu. Apa dia nak buat ni? Qairul mula mencucuk bahu Hayfa dengan jarinya.
"Fa." Panggilnya. Namun, Hayfa hanya diam.
"Aku minta maaf sebab tinggikan suara. Aku tertekan dengan apa jadi." Terangnya dengan lebih lembut. Bahu Hayfa dicucuk lagi dan lagi.
"Apa jadi?" soal Hayfa tanpa memandang. Qairul mula mengeluh. Dia rehatkan kepalanya di atas meja kopi. Matanya terus memandang wajah Hayfa yang masam itu. Terlalu banyak yang terjadi sebentar tadi, Hayfa. Aku tak tahu macam mana nak meluah.
"Well... media dapat tahu aku dah kahwin. Kita kan buat kecil-kecilan je. Tak ada siapa tahu pun. Aku pun dah tak ada social media sebab semak je benda alah tu. Tadi, bang Luq call. Cakap adalah beberapa spekulasi tentang perkahwinan kita. Spekulasi bodoh. Jadi, aku agak benganglah." Ceritanya sambil menarik tangan Hayfa untuk digenggam.
"Spekulasi apa ni?" Akhirnya Hayfa membalas pandangannya. Ah, dia tak suka apabila wajah kemerahan itu berubah masam. Apatah lagi mata bercahaya itu tidak memandangnya.
Dia nak Hayfa terus pandang dia. Dia nak wajah ini terus tersenyum kepadanya.
Hanya untuk dia.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...