Hayfa menghembus nafas lega. Dia bersyukur, usahanya menghafal segala aksara hiragana, katakana, kanji, kata kerja, kata hubung, dan semua yang berkaitan dengan Bahasa Jepun, masuk dalam kertas yang diambil tadi. Tajuk untuk karangan pendek juga mudah. Hayfa berharap, dia tidak tersalah tulis. Bahasa Jepun merumitkan, lebih-lebih lagi kalau bentuknya sama. Hayfa mula menapak keluar daripada dewan periksa. Susuk belakang Fina yang berjalan di hadapannya ditenung lama.
Tanpa berfikir panjang, Hayfa terus berlari untuk mendekati Fina. Apabila langkahnya berjaya mengejar langkah Fina, dia hanya berjalan di sebelah Fina tanpa berkata apa-apa. Fina mengelirng ke arah Hayfa sekilas pandang sebelum kembali memandang ke hadapan.
"Laki kau okey ke?" soal Fina, memecahkan hening di antara mereka berdua. Bibir Hayfa terus mengukir senyuman nipis. Akhirnya, Fina bercakap dengannya.
"Okey. Kau okey?" soalnya pula.
Fina berhenti melangkah sambil mendongak kepalanya memandang langit yang mendung.
"Tak. Tapi, aku akan okey," balas Fina sebelum berpaling untuk memandangnya.
"Jadi, semester depan kau mula gap year?"
"Hmm."
Hayfa mengangguk perlahan.
"Kau pula? Okey?" soal Fina pula.
Hayfa terus tersenyum manis buat Fina. Kepala diangguk laju. Fina terus merenung matanya lama.
"Kahwin dengan lelaki yang masih tersekat di masa lampau tak mudah, Fa. Kau yakin, kau akan okey? Walaupun kita dah tak macam dulu, kau tetap... kawan aku. Kalau kau rasa, kau tak boleh bahagia, belum terlambat untuk keluar dari perkahwinan kau. Jangan sebab cinta, kau menderita. Jangan sebab kau, anak-anak kau menderita sama," ucap Fina mendatar. "Trust me, aku pernah saksikan cinta itu terlalu buta sampai anak-anak yang menderita."
Hayfa terkedu. Tiada nada sinis dalam kata-kata Fina. Hanya mendatar sahaja. Dia mula menunduk buat seketika. Cuba menghadam kata-kata Fina tanpa mengambil hati.
"Aku okey," balas Hayfa lembut. Qairul cuba untuk bahagiakan dia, dahn dia yakin, mereka berdua boleh teruskan perkahwinan ini. "Terima kasih sebab risaukan aku, Fina."
"Aku tak nak kau jadi rebound." Ujar Fina dengan kening yang bertaut. Hayfa tersenyum mendengarnya.
"Jangan risau."
"Kau akan terluka, Ayfa."
Senyuman Hayfa semakin lebar. Fina rindukan dia, kan? Fina risaukan dia, masih. Dan dia tahu, Fina masih sayangkan dia sebagai seorang kawan. Mata Fina direnung lama. Kemudian, Hayfa peluk bahu Fina dengan kemas, mengajak Fina untuk kembali melangkah.
"Kau tahu tak, aku harap aku boleh jumpa Lydia. She sounds so remarkable," sisi wajah Fina dikerling sekilas. "Aku tak harap aku boleh buat Qairul lupakan kakak kau. Tapi, aku nak lihat dia sembuh. Aku nak dia sentiasa ketawa. Aku nak lihat dia bahagia. Tapi, aku tak cakap yang aku bahagia dia, tau. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa hadapan untuk aku mengaku yang aku bahagia milik dia."
Fina mula buat muka. Sungguhlah, Hayfa cringe! Loya pula dia mendengarnya. Jiwang!
"Dan aku juga nak lihat kau bahagia, Fina."
"Gelilah aku dengan kau ni! Jangan bagi aku ayat jiwanglah," selar Fina sambil menolak lengan Hayfa yang melilit bahunya. "Kau yakin kau boleh happy? Dengan mamat tu?"
Hayfa terus tersenyum. Ya, dia yakin. Sekarang pun, dia sudah terasa bahagia. Kalau kata, esok akan datang ujian buat dia dan Qairul lagi, dia akan tetap berdiri di sisi Qairul.
YOU ARE READING
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED)
Romance⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan terse...